Cerita Ita: kek hari lahir                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kek hari lahir

Diraikan Hari Lahir dan Hadiah

Ulangtahun ke 47 Yang Diraikan Assalamualaikum semua, kita masih lagi berada di bulan kelahiranku. Biasa kalau cukup awal tahun, mesti cukup umurku. Jadi sambutan biasanya cuma biasa-biasa saja. Sebab jaranglah orang ingat. Kek Pandan Gula Melaka, Sedap! Alhamdulillah tahun ni ada yang sudi meraikan dengan kek harijadi pada minggu kedua Januari hari tu. Terima kasih buat kawan-kawan sekerja yang baik hati. Aku sangat hargainya. Seronok bekerja di Projek Pertanian Moden ni sebab masing-masing bantu membantu dan tak berkira kerja. Tuntut Hadiah Harijadi di Secret Recipes dan 7Elevan Minggu lepas aku sempat tuntut 2 ganjaran sempena bulan kelahiranku. Pertama aku pergi makan kek dan juadah di Secret Recipes. Sebenarnya lebih kepada nak tuntut kek percuma, tapi kenalah makan juadah utama dulu. Menu Pilihan di Secret Recipes  3 menu pilihan di Secret Recipes  Jadi aku pilih Tomyam Kung dengan Earl Breakfast Tea untuk makan dengan kek percuma. Sayangnya kek percuma takde banyak pili...

Majlis Sambutan Hari lahir Kakak yang simple

assalamualaikum semua, hari ni kerja berlambak tapi tetap jugak nak tepek gambar sekitar majlis simple untuk kakak kat taska dia.. kalau ikutkan kesibukan ummi dia memang tak buat apa-apa la untuk hari lahir kakak...ditambah pulak dengan ketiadaan abang dia lagi dua orang tu.. ooo... aku lupa nak cerita.. abg long dan abg ngah dah kami tinggal kat kampung sejak kami balik bulan lepas... sibuk sangat masing-masing nak tinggal tapi... nanti aku cerita lagi ok.. kali ni entry khas untuk kakak husna... macam biasa kakak dah siap mandi dan pakai baju comel-comel nak ke sekolah.. tapi untuk hari jumaat lepas istimewa sikit sebab ada kek mengiringi... meh kita layan gambar... memula tu la tuan punya badan yang diraikan kan? malu-malu nak potong.. hahaha... comel kan? lepas tu gambar dengan adik hadi.. adik tetiba jadi entiti seram.. haha.. gambar dengan kawan-kawan... mata tetap fokus kat kek.. alahai sukanya orang nyanyikan lagu... dan last sekali gam...