Cerita Ita: bulan ramadan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bulan ramadan

Salam Ramadan Buat Semua

Ramadan 1445H Yang Dinanti Assalamualaikum semua, sedar tak sedar dah masuk hari ke 5 Ramadan tahun ni rupanya. Macam sekejap je berlalu, baru je rasa tengok pengumuman awal Ramadan hari tu. Tiba-tiba je dah sampai hari ke 25 dah pun.  Telah diumumkan secara rasminya pada malam 10hb Mac 2024, yang 1 Ramadan 1445H telah jatuh pada hari Selasa, 12hb Mac 2024. Maka secara tak langsung, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari itu iaitu lewat sehari dari umat Islam di Mekah. Jadi harapnya aku tak terlewat nak ucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca blog Ceritaita. Cuaca Panas di Seluruh Negara Macamana korang menghadapi bulan puasa tahun ni? Kalau tanya kami, agak menguji jugak dengan cuaca agak panas sekarang ni. Semalam macam ada terbaca yang Malaysia akan lebih panas beberapa hari mendatang ni.  Mulai hari tu negeri Perlis telah diumumkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana suhu di seluruh negeri Perlis telah mencecah 37 hingga 40 darjah celcius. Negeri lain pun ad...