Cerita Ita: kucing                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kucing

Balik kampung dan aktiviti cuti sekolah

assalamualaikum semua,  hari ni merupakan hari pertama naik sekolah setelah seminggu bercuti kan.. kebetulan pulak cuti hari raya aidiladha terselit tengah-tengah minggu lepas aritu.. jadinya aku ambik kesempatan bercuti jugak bersama anak-anak.. alhamdulillah setelah lama tak cuti raya lama kan.. dan hari ni nak coretkan sikit kisah balik kampung dan  aktiviti cuti sekolah  anak-anak waktu cuti sekolah yang lepas.. mehlah baca.. kami mula balik kampung hari Sabtu lepas.. kami gerak pagi Sabtu tu dan sempatlah tersangkut dalam kesesakan di Tol Gombak sekejap.. tapi alhamdulillah la tak lama.. lepas tu kami berkejar pulak nak hantar abg long gi ke Kem Rehlah anjuran KAFA lama abg long masa kat Kuantan dulu.. abg long tak mendesak pun nak pergi cuma aku je yang rasa dia patut diberi peluang untuk luangkan masa dengan kawan-kawan lama yang dia rindukan setiap hari..  lepas dari tu kami terus gi makan-makan kat Pantai Kempadang.. rindu nak lepak kat pantai ni.. banyak ke...

Aku dah jadi tokwan!

Assalamualaikum semua,  aku nak cerita pasal cucu pulak kali ni.. asyik cerita pasal anak je kan.. jadi kali ni kita cerita pasal cucu.. aku dah memang ada cucu dah pun.. tapi cucu sedara la.. anak pada anak sedara sepupu belah mak aku kat Pontian.. tapi kali ni bukan aku nak ceritakan pasal cucu tu.. aku nak cerita kisah Cucu Berbulu tau.. haha.. cucu baru kami.. nak bagi nama apa ye? (kucing comel) korang semua tau kan aku ada bela kucing kat rumah ni.. kami bela 2 ekor je pun yang kami dapat dari orang lain.. kami bela masa umur dia dah besar pun.. dalam 2 bulan macam tu la.. dan masa tu dah boleh dipisahkan dari emaknya pun.. jadi tak la rasa bersalah sangat.. yang ni bape kali ntah tukar nama.. sekarang kekal dengan nama Remy (yang jantan) dan Wani (yang betina).. bila dah bela 2 ekor ni rezeki untuk bela binatang agaknya makin meriah sampai ada kawan bagi seekor lagi yang diselamatkan dari kena langgar kereta.. yang kami panggil Meowt.. tapi umur Meowt t...

Anak-anak dan anak bulu, serasikah bersama?

Assalamualaikum semua , hari ni aku nak cerita kisah anak-anak di rumah ni.. bukan setakat anak kami yang berempat tu aje tau tapi sekali dengan anak berdua yang berbulu.. haa.. siapa pulak anak bulu tu kan?  adik hadi dan wani tak lain tak bukan anak bulu tu ialah anak kucing kesayangan kami kat rumah ni.. dari awal kami bela sejak bulan 8 tahun lepas sampailah sekarang ni.. dah 8 bulan dah pun dalam jagaan kami.. masa kami ambik diorang ni dulu umurnya dalam 2 ke 3 bulan macam tu la.. entah kenapa waktu tu anak-anak kat rumah ni teringin sangat nak bela kucing.. sampaikan setiap kali jumpa kucing kat tepi jalan atau memana kedai makan mesti mintak kami bawak balik rumah.. dan entah macamana pulak kami masa tu boleh rasa lembut hati nak ikutkan kemahuan anak-anak.. dan secara rasminya aku dan shah gigih kumpul duit jugak nak beli sangkar kucing.. dah lama betul aku tak ambik tau pasal benda gini.. tetiba pulak aku jadi orang yang rajin tengok orang i...

Apa adik beradik ni tengah buat?

assalamualaikum semua, pagi tadi aku ada upload gambar di facebook.. dan kemudiannya aku tanya sesiapa yang tau apa yang tengah adik hadi dan abg ngah buat pada masa tu.. saja je la nak bagi teka teki kot-kot orang tau jawab kan..gambarnya macam kat bawah ni... Apa adik beradik ni tengah buat?  tak sangka ramai yang hebat.. kebanyakan tekaan betul tau.. dan kali ni aku nak tanya pulak pembaca blog Cerita Ita ni pulak.. rasanya dua beradik kat atas tu tengah buat apa agaknya.. dan apa yang ditengoknya? korang cuba teka dulu.. kemudian aku bagi jawapan boleh?... hahaha.. ok aku malas tunggu dan aku bagi jelah jawapan sekali la kat sini.. gambar kat bawah ni akan menjawab persoalan kat atas tu.. yaa... diorang tengah bagi kucing makan.. ni antara hobi anak-anak kalau ada kucing kat area kedai makan.. memang kegemaran anak-anak la kiranya ni tapi biasanya aku akan bagi perlepasan kat anak-anak ikut pada kedai jugak.. sebab ada kedai yang ...

Meowth.. akhirnya kau pergi jua...

assalamualaikum semua, belum sempat aku nak ceritakan pasal haiwan peliharaan kami yang baru je kami bela... tapi terpaksa pulak menyampaikan satu berita sedih... sedih sangat buat kami berita ni... sesedih orang kehilangan ahli keluarga...   adik Hadi dan Meowth kucing kecil yang kami beri nama Meowth ni sangat comel dan manja... asalnya kami cuma mahu penuhkan impian anak-anak untuk bela kucing di rumah... dan aku agak tak sangka rezeki membela Meowth ni datang begitu saja...  ada kawan di pejabat yang tiba-tiba bertanya pada hari Khamis minggu kedua terakhir bulan September yang lepas... aku tak bagi kata putus tapi bila tengok muka comel begini terus tak jadi nak lepaskan peluang bela dia...  Meowth yang comel kawan aku sebelumnya selamatkan Meowth dari kena langgar dengan lori di atas jalanraya... dia nak bela tapi disebabkan kucing dia pun memang dah banyak maka dia tak sanggup lagi dah... dan kami bagi nama Meowth tu atas per...

Kehadiran ahli keluarga baru kami..

assalamualaikum semua, nak berkongsi berita gembira buat kami.... kalau semua orang sibuk tunjuk gambar Putera sulung Kate Middleton dan Putera William...aku nak sibuk jugak...sibuk tayang gambar puteri dan puteri comel kami ni... walaupun jantinanya masih belum dapat dikenalpasti... tapi yang pasti mereka comel.... di pagi hari kejadian di tempat kejadian... pagi tadi... siap ada teman yang setia menunggu tu....hehe... dan hasilnya.... 4 ekor anak PETO yang comel-comel.... PETO ni sebenarnya kucing liar yang datang tumpang kat opis kami dan kami bagi dia makan... dulu ada seekor kucing yang kami panggil PET...sangat manja.. dan sekarang orang lain dah bela kat rumah mereka... sekarang ni keluarga PETO dah bertambah... jadi sesiapa yang sudi boleh la ke makmal kami ye.... p/s yang putih hitam si penunggu tu pun tengah tunggu masa je tu...