Cerita Ita: azam                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel azam

Tahun Baru 2026 Happy New Year

Salam Tahun Baru 2026! Assalamualaikum semua, selamat tahun baru 2026 buat semua. Semoga kehadiran tahun baru ni membawa kebaikan untuk semua orang. Amin. Doakan buatku juga ya. 2025 adalah tahun yang sangat berat untuk kami. Nanti jika diberikan kekuatan aku akan cuba menulis. Azam Baru Berulang Aku pulak nak balikkan semula azam baru yang muncul setiap tahun pada tahun 2026 ni insyaAllah bermula hari ni. Aku akan cuba menulis sekurang-kurangnya satu post di blog setiap hari. Aku sebenarnya dah lupa yang dulu aku jadikan blog ni sebagai terapi. Jadi mari kita mulakan balik. Azam Yang Tak Kesampaian Ada juga azam baru yang tak pernah kesampaian iaitu azam mengurangkan berat badan. Tahun lepas berat aku bukan makin turun malahan makin naik dari 69kg ke 80kg.. Terkejut beruk bila tengok penimbang. Ini masa proses pemasangan Jadinya aku kena kuatkan semangat. Hujung tahun aritu aku ada beli treadmill. Beli masa sale 11.11 kat shopee. Alhamdulillah dapat harga murah. Jadinya semangat la s...

Jadual Tabung 52 minggu

assalamualaikum semua, sejak beberapa hari lepas aku asyik tengok kisah tabung 52 minggu lalu lalang di dinding facebook aku.. kisahnya ialah kawan-kawan yang mengutip hasil dari tabung 52 minggu mereka.. macam best je bila aku tengok.. biasalah kan bila nampak hasil duit tu kita akan rasa macam seronok sangat, lagi-lagi la bila nampak duit banyak sekali gus depan mata tu kan.. tapi hakikatnya mereka kumpul dengan gigih selama 52 minggu iaini setahun lamanya tu tau.. siap ada jadual tabung 52 minggu tu lagi.. Jadual Tabung 52 minggu ~ gambar ni aku dapat dari Google  apa maksudnya tabung 52 minggu ni sebenarnya? aku pun baru sedar ada orang buat azam gigih kumpul duit dengan cara macam ni.. alternatif yang sangat bagus untuk orang yang tak berapa berdisiplin nak menyimpan duit dan nak tanam sifat suka menyimpan dalam diri.. dan jugak untuk orang yang suka letakkan target tapi taknak letak target tinggi sekali gus.. ini memang cara yang sangat berkesan rasanya.. car...

Selamat Hari Lahir yang ke 39 Ita!

assalamualaikum semua, hari istimewa muncul lagi hari ni.. setiap kali awal tahun pasti ianya muncul lagi.. apa lagi kalau bukan hari lahir aku yang jatuh pada setiap 3 Januari setiap tahun bermula tahun 1979 lagi..  dan tahun ni genap 39 tahun dah rupanya.. makin tua pulak rasanya..  setahun lagi akan mencecah usia 40an..  Selamat Hari Lahir yang ke 39 Ita!  kalau lelaki orang akan cakap waktu inilah makin menjadi tapi aku rasa kalau untuk perempuan lebih sesuai makin berisi kot..  bukan isi lain pun sebenarnya, tapi lebih kepada tambah isi badan yang banyak.. hehehe.. ada sesiapa nak bantah?  tapi aku sebenarnya nak rakamkan penghargaan buat semuanya terutama insan tersayang iaitu keluarga dan rakan-rakan.. terutama abg long yang dah ucapkan sehari awal lagi macam biasa pasal dia selalu ingat harijadi ummi dia jatuh pada 2 Januari.. hihi.. lucu kan?  apa pun terima kasih ye nak.. ummi hargai sangat-sangat..  untuk tahun ni t...

Azam tahun baru

assalamualaikum semua, setiap kali tahun baru masihi menjelma semua orang sibuk bercerita pasal azam tahun baru mereka.... topik di Tv  tadi pagi sangat bagus... setelah ditanya semua orang pelbagai bangsa tentang azam baru masing-masing kemudian dikupas satu persatu pula pasal azam tahun baru dan cara menyambutnya dalam islam...........tersusun hujah ustaz pagi tadi.... sekali lagi maaf tak dapat aku nak nyatakan nama ustaz ni...terlepas pandang dalam sibuk menyiapkan persiapan anak-anak ke taska... minta halalkan ilmu ustaz ye.... ada tiga penyataan ustaz yang amat menyentuh jiwa... pertama: "dalam merayakan apa jua perayaan jangan kita sampai lupa mengerjakan solat...ini akan menjadikan sesuatu itu melanggar syarak" kedua: "selagi belum dihisab...selagi itu belum terlambat untuk insaf" ketiga: "jangan hanya menunggu tahun baru untuk berubah kerana kita tak pernah tau bila ajal kita akan tiba" p/s sampaikanlah walau sebaris ayat..... ...