Cerita Ita: tanda-tanda                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tanda-tanda

Shah kena bedah hari ni!

assalamualaikum semua,  hari ni aku bersiaran dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, menemani teman serumah sejak hampir 11 tahun yang lalu untuk jalankan pembedahan kecil yang dijadualkan hari ni. pembedahan di Day Care, Tingkat 3, HTAA mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku ada kat sini pagi ni kan? (eh2 perasan artis..haha..). bagi yang tertanya-tanya tu kalau ada ni aku nak cerita sikit apa yang berlaku sebenarnya.  sebenarnya sejak beberapa bulan lepas shah dah mula datang untuk beberapa temujanji dengan doktor berkenaan sakit belakang dia satu masa dulu. yang sakit belakang tu dah satu cerita tapi ntah macamana pulak tetiba muncul satu dua biji ketulan timbul kat belah belakang shah.  bagi shah pulak memula dia ingat cuma biji angin dan takde benda yang serius yang perlu diberi perhatian sangat la. jadinya dia cuma diamkan dan buat tak tau saja. tapi bila doktor buat pemeriksaan doktor terus bagi rujukan untuk buat ujian lanju...

hyperthyroidism pulak?

assalamualaikum semua, selamat pagi... semoga pagi kita membawa rahmat Allah pada kita semua...dan alhamdulillah pagi ni hujan rahmat dah membasahi bumi kuantan yang panas sejak beberapa hari lepas... terima kasih kepada yang sudi membaca entry dari blog yang tak seberapa ni dan terima kasih juga pada komen yang kalian tinggalkan... maaf tak dapat nak balas buat masa ni... malam tadi selepas selesai memasak sayur jantung pisang digoreng bersama kentang, tauhu dan soohoon dan dilawan pulak dengan jantung pisang dicelur cicah sambal tomato.....berhenti situ dulu... hehe... kami tak makan... lepas tu terus solat maghrib dan bersiap ke Klinik 1 Malaysia di UTC Kuantan... UTC Kuantan  untuk pengetahuan masuk kali ni dah 2 kali aku ke klinik ini.. alhamdulillah perkhidmatan yang diterima sangat baik dan cepat...lagi cepat dari klinik swasta... dan malam tadi selepas dapat nombor giliran aku duduk tak sampai 5 minit pun dah dipanggil masuk untuk jumpa doktor... alhamdulillah...

Berdebar-debar

assalamualaikum semua, maaf tak dapat nak update dalam masa terdekat ni... sangat-sangat dibebani tugas... inshaaAllah akan ada update yang panjang nanti... ada dua perkara aku nak kongsikan... satu, trip ke Bangkok nampaknya tak jadi dan plan kami untuk berhari keluarga di Cameron Highland diteruskan jua akhirnya... harapnya semua urusan dipermudahkan... alhamdulillah... kedua, aku mula rasa tak sedap hati dari semalam... dada rasa berdebar-debar tanpa henti dan nafas rasa macam terlalu pendek... bukan disebabkan terima berita yang tak mengembirakan atau apa... tapi memang tanpa sebab... tadi aku plan nak buat pemeriksaan di klinik tapi nampaknya beban kerja sekali lagi tak mengizinkan... inshaa Allah malam ni kalau tak ada aral melintang akan aku gagahi juga ke klinik... doakan segalanya berjalan lancar dan tiada apa yang perlu dibimbangkan ye kawan-kawan... p/s simptom macam sakit jantung...tapi nauzubillahiminzalik...

stress???

assalamualaikum semua, Stress?  minggu ni mungkin tak akan ada update dari Cerita Ita... tengok mood la macamana... minggu ni kena jadi DIO bertugas... ada Surveillance Audit ISO lagi 6 hingga 7hb ni.... wah.... meh kita tengok apa tanda-tanda stress? anda mengalaminya jugak?  dan apa yang boleh kita buat bila stress? cara mengatasi stress   p/s apa pun..... apa terjadi.... teruskan senyum...... :)