Seronoknya bermain hujan Seronoknya anak-anak bermain hujan Assalamualaikum semua, baru ni PM umumkan cuti umum sempena meraikan kerajaan baru yang memerintah. Johor pulak umumkan cuti umum juga sempena pasukan JDT melangkah kaki ke pusingan akhir Piala Malaysia bertemu Selangor semalam. Sebab itu juga aku dapat menikmati pemandangan anak-anak seronoknya bermain hujan ni. Lebat betul hujan siang tadi Jadinya bercuti panjanglah kami di Johor ni sampai Isnin esok. Kami tak kemana pun. Cuma balik kampung je. Di kampung pun masih ada tanggungjawab untuk diselesaikan. Itu pun selalunya kena berbahagi dengan adik beradik yang ada pasal tuntutan keluarga sendiri juga. Macam kami ni agak berat juga. Shah selalunya akan terus buat pau untuk diniagakan. Anak-anak pulak terikat dengan aktiviti sekolah memandangkan masing-masing akan hadapi peperiksaan besar. Serba salah juga selalunya. Walau terhad masa yang ada, juga kesihatan diri yang dah tak berapa baik. Kena luan...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.