Cerita Ita: lokasi                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lokasi

Warong Cabin Gudang Garam Segamat

Singgah Makan di Warung Cabin Gudang Garam Segamat Assalamualaikum semua, semalam kami gerak balik dari Kuantan menghala ke Kluang. Sempat singgah ke rumah lama kami sewa dulu di Kampung Kempadang, kemudian ke rumah kakak kami di Taman Tas sebelum ke Kampung RPSB Banjir untuk singgah rumah lama dan rumah baru mak. Rumah pertama kami sewa dulu di Kampung Kempadang. Rumah kayu ni.  Rumah kedua kami sewa rumah berkembar ni. Azab tiap hari basuh taik kambing.  Lama kami tak jenguk rumah baru mak, dah masuk 8 bulan mak pergi. Belum ada kekuatan lagi nak cerita pasal kehilangan ni. Berat hati dan mata bila menulis. Tunggulah dulu masa yang sesuai. Lokasi Warong Cabin Gudang Garam Segamat Waktu dalam perjalanan balik tu memang belum berhenti mana-mana untuk makan. Kebetulan pulak kami berhenti di Segamat untuk solat Maghrib dan Isyak terus la aku ligat cari tempat makan. Masa tengok kat google tu jaraknya lebih kurang dalam 9 ke 10 minit perjalanan dari Stesen Minyak Petronas yang ka...

Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka

assalamualaikum semua, cuti sekolah baru ni ada rezeki untuk bawak keluarga ikut sekali masa aku berbengkel untuk penulisan saintifik di Melaka.. kali ni kami menginap di Swiss Garden Hotel Melaka.. alhamdulillah sangat puashati bila menginap di sini.. Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka hotel ni berada betul-betul di tengah Bandar Melaka.. atau dipanggil Melaka Tengah.. lokasinya terletak bersebelahan dengan Kampung Morten yang merupakan salah satu daripada tarikan di negeri Melaka.. ada banyak kemudahan di hotel yang bersambung dengan pusat membeli-belah besar iaitu The Shore..  kiranya hotel ni memang berada di lokasi sangat strategik la.. Swiss Garden Hotel Melaka biliknya agak luas dan sangat selesa untuk kami sekeluarga.. maklumlah kalau ada 4 orang anak yang masih kecil kami masih tak boleh nak tempah bilik lain untuk anak-anak.. masih risau dengan keselamatan anak-anak kalau berlainan bilik.. jadi jalan selamat ialah cari hotel yang ada bilik besar ...

#GooseySelfie MyTOWN Shopping Centre menawarkan hadiah bernilai RM10,000 !

assalamualaikum semua, sempena hari baru di tahun baru 2017 ni aku nak kongsikan dengan korang semua pasal satu pusat membeli belah baru iaitu MyTOWN Shopping Centre yang akan dibuka pada awal tahun 2017 ni tau.. menarik bunyinya ek ? kalau nak tau kemunculannya jugak datang bersama hadiah menarik bernilai sehingga RM10,000 tau ! MyTOWN Shopping Centre lokasi MyTOWN Shopping Centre ni strategik dan sangat mudah nak jumpa tau.. sebabnya kerana ianya bersambung dengan IKEA Cheras.. aku pernah ulang alik dari Kuala Lumpur ke HUKM sebelum ni memang nampak jelas dari jauh IKEA Cheras tu.. sangat senang nak pergi.. dan ianya akan dibuka pada awal tahun 2017.. jadi boleh tengok facebook MyTown ni untuk hadiri pembukaannya nanti..  Lokasi MyTOWN Shopping Centre Pusat membeli belah ni akan mempunyai lebih kurang 460 buat lot kedai dalam pusat setinggi 5 tingkat yang berkonsepkan F & B dan jugak retail.. sesuai sangat la untuk mereka yang ada family yang menc...

Makan Sate Sedap di Sate Peramu Kuantan

assalamualaikum semua, wah lamanya tak menulis...cerita abg long pun tak bersambung-sambung...esok tengahari rehat panjang..insyaAllah harapnya ada masa untuk menulis dan harapnya aku masih ingatlah kronologi kesnya...huhu... ini cerita malam tadi sebelum ianya jadi basi jugak macam cerita-cerita lain.. alhamdulillah disebabkan ada rezeki lebih kami bawak anak-anak makan sate semalam...bukan sate mahal pun tapi yang sesuai dengan kemampuan keluarga kami ketika ini... kami makan di kedai Sate Peramu di Kg. Peramu Kuantan.. lokasi kedainya senang je..kalau dari arah Bandar Kuantan kedainya sebelah kanan dan korang kena ambik u turn di depan sikit untuk ke kedainya..selepas u turn korang akan nampak kedai makan De Muara Seafood..haa..kedainya betul-betul bersebelahan kedai De Muara ni.. ada bermacam pilihan sate yang ada macam gambar di bawah ni... harga sangat berpatutan bagi kami yang anak ramai ni.. sate ayam 50 sen..sate d...