Ogos 2024 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2024

Meraikan Merdeka: Rakyat Malaysia Bersatu Menyokong Perniagaan Tempatan

98% Percaya Kuasa Membeli Lokal untuk Memperkasakan Komuniti Kurang Bernasib Baik Assalamualaikum semua, menjelang Hari Kebangsaan ke-67, kajian 'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024' Shopee mendedahkan suatu trend: rakyat Malaysia semakin bersatu menyokong perniagaan tempatan . 98% responden bersetuju bahawa membeli lokal memperkukuh dan memperkasakan komuniti kurang bernasib baik, mempertengahkan perasaan bangga dan solidariti nasional yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna.  'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024'   Kajian 'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024' ini meninjau 2,000 pengguna Malaysia dari pelbagai latar belakang, di mana hasil kajian menunjukkan bahawa 15 kali lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk menyokong usahawan tempatan berbanding jenama antarabangsa. Ini mencerminkan komitmen yang kukuh untuk menyokong jenama dan penjual tempatan. Dengan memilih produk dan perkhidmatan tempatan, pengguna mengiktiraf kualiti dan keaslian baran...

Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON MALL

Berbelanja di AEON Mall ketika Transformers One Roadshow  Assalamualaikum semua, korang biasa tak berkunjung ke AEON Mall? Kalau aku dan keluarga, AEON Mall ni antara tempat kami healing la ni. Berbelanja kat sini biasanya tenang je sebab barangan dia tersusun dengan rapi untuk mudahkan pelanggan mencari barang keperluan mereka. Paling aku suka memilih ialah di kawasan barangan basah dan roti. Anak-anak pun suka sebab banyak pilihan roti kegemaran mereka. Kali ni pulak lagi best bila dia AEON Mall ada kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow yang menarik. Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON MALL Kalau sesiapa yang ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang meminati TRANSFORMERS ni, inilah masanya untuk uar-uarkan berita pasal kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow ni kat mereka semua. Kempen TRANSFORMERS ONE Roadshow di AEON Mall ni dah bermula dari 19hb Ogos hingga 30 September 2024 ni. Sepanjang kempen ini berlangsung, korang boleh temui model Transformers dan ada paparan besar prop filem u...

Tali Skipping : Satu Perjuangan

Mula Balik Bersenam Assalamualaikum semua, peh tajuk punyalah taknak kalah kan.. haha.. korang layankan je la. Sebenarnya sejak 22 Julai lepas aku dah mula buat senaman lompat tali atau lebih dikenali sebagai skipping. Kononnya azam bersenam yang dah lama berkubur tu aku nak naikkan balik la kiranya. Dah alhamdulillah hari ni dah 22 Ogos dah pun jadinya dah cukup sebulan dan perjuangan aku untuk mula bersenam balik ni. Nampak masih bertahan dan bersemangat lagi buat masa ni.  Beli tali skipping murah tali skipping pertama Asalnya aku dapat idea nak buat lompat tali ni sebab terjumpa tali skipping murah di MrDIY. Aku beli tali skipping murah je yang harganya RM3.30 je satu. Sekali abg chik buat main patahlah pulak sebelah pemegang dia. Jadi ada satu tali skipping yang beli kat Kedai Eco tu aku gunalah pemegang dia je. Kira aku cantum je la 2 jenis tali skipping ni untuk guna.  Bila dah guna rasa tak best sebab asyiklah tercabut je pemegang dia tu. Tu yang sempena nak cecah sebu...