Cerita Ita: hari raya                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hari raya

Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019

assalamualaikum semua,  hari ni aku nak cerita pasal kisah kami beraya ke rumah terbuka malam tadi.. disebabkan semalam petang hujan dan memasing lapar maka kami buat keputusan untuk pergi ke majlis sambutan aidilfitri di muzium diraja.. mulanya pagi tadi la ternampak iklan yang terpapar di sepanjang jalan.. Sambutan Aidilfitri di Muzium Diraja 21-22 Jun 2019 aku la yang rajin baca semua tu.. asal ada iklan mesti nak baca.. haha.. dekat iklan tu ada tulis majlis dijalankan selama 2 hari.. dari 21hb hingga 22hb Jun 2019..majlis diadakan di Muzium Diraja dan disediakan shuttle percuma di Muzium Negara.. buat kami yang tak biasa hadiri majlis macam ni teringin jugaklah isi masa sambil bawak anak-anak rasai pengalaman tu..  jadi balik kerja semalam aku ajak shah pergi.. memula eksen.. taknak terus hala ke Muzium Negara je dan naik shuttle yang disediakan kat situ.. teruslah tuju Muzium Diraja yang selama ni kami tak pernah pergi.. nak parking mana pun tak tau.. su...

Aidiladha, Rendang daging dan juadah raya

Assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni masih lagi kami menyambut hari raya aidiladha.. selamat hari raya aidiladha buat semua ya.. kami raya macam biasa je tahun ni tapi syukur sebab semua adik beradik ada untuk raikan raya korban tahun ni.. ramai masih lagi sibuk uruskan korban masing-masing tahun ni.. di kampung kami ni pun sama.. dengarnya ada 15 ekor lembu akan dikorbankan pada tahun ni.. kat sini majlis korban akan diadakan hari ni.. seronok la anak-anak dapat tengok lembu yang banyak.. ada jugak yang buat secara persendirian.. tapi lebih banyak la yang mengikut anjuran pihak masjid..  kalau raya tiap tahun rumah abah dan mak ni jarang la sunyi.. walaupun tak cukup semua yang ada nak sambut hari raya.. sebabnya masing-masing ada anak-anak kecik yang tengah membesar,  faham je la riuhnya macamana.. semalam je macam-macam aktiviti masing-masing buat.. siap abg ngah sempatlah hancurkan lulut seluar baju melayu dia siap pakej berdarah-darah.. huhu.. adik hadi pun dapat ...

Hidangan hari raya

assalamualaikum semua, dah masuk hari raya ketiga hari ni.. alhamdulillah masih ada rezeki buat kami.. semalam masih merasa lagi makan hidangan hari raya.. hidangan hari raya kali ni cukup lengkap.. hidangan hari raya ada ketupat, lepat, kari ayam pencen, rendang daging, sayur lodeh, sambal goreng jawa dan ada jugak hidangan sumbangan jiran dan saudara-mara.. burasak pun ada tau.. alhamdulillah meriah.. dan semalam dapat rezeki sumbangan daging lembu korban pulak.. dah selamat dimasak sup dan dimakan anak beranak.. terlupa pulak nak ambik gambar.. hihihi.. nampak sangat makan lagi utama.. korang pulak buat hidangan apa? 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017 assalamualaikum semua, tahun ni terasa macam semuanya cepat sangat berlalu.. belum sempat lagi nak cerita pasal kuih raya yang aku buat masa bulan Ramadhan.. belum sempat lagi nak cerita pasal lauk kami berbuka dan bersahur pun.. tetiba eh dah sampai Syawal? selamat hari raya buat pembaca Cerita Ita walau masa terasa sangat cepat berlalu tapi aku bersyukur yang kami masih diberikan kesempatan untuk melalui sebulan di bulan Ramadhan dan akhirnya dapat menyambut syawal pada tahun ni.. disertai dengan doa supaya dapat menyambutnya lagi di tahun akan datang.. tahun ni agak istimewa sebab abg ngah baru mula belajar berpuasa dan akhirnya abg ngah berjaya habiskan cabaran berpuasa selama sebulan.. alhamdulillah.. mula-mula memang seksa la.. dah lama sikit tu ok la sikit.. dia dah mula biasa dan tak merengek lagi dah.. syukur.. bila tanya masa akhir berbuka malam tadi pun elok je  dia jawab.. Ummi : Abg ngah.. susah tak pua...

INFOGRAFIK PANDUAN LALUAN ALTERNATIF MENGELAK KESESAKAN SEPANJANG PERAYAAN AIDILFITRI 1438H/ 2017

INFOGRAFIK PANDUAN LALUAN ALTERNATIF MENGELAK KESESAKAN SEPANJANG PERAYAAN AIDILFITRI 1438H/ 2017  assalamualaikum semua, korang dah selamat balik kampung ke? atau ada yang baru je nak memulakan perjalanan balik kampung untuk berhari raya tahun ni? atau masa ada yang tercari-cari laluan alternatif bagi menggelakkan kesesakan sewaktu pulang berhari raya kali ni? INFOGRAFIK PANDUAN LALUAN ALTERNATIF MENGELAK KESESAKAN aku rasa kebanyakan orang akan bercuti panjang sebab cuti raya kali ni kemungkinan besar akan jatuh pada cuti hujung minggu.. jadinya kebanyakan orang cuma perlu tambah cuti beberapa hari lagi untuk bercuti keseluruhan minggu.. macam kami pun akan mula bercuti esok dan insyaAllah akan terus sambung sampai lepas raya nanti.. kali ni aku nak kongsikan dengan korang info laluan alternatif bagi elakkan kesesakkan sewaktu balik kampung nanti.. meh baca lagi.. mana la tau nanti salah satunya laluan yang patut korang pilih ke nanti kan.. Dari Pantai Rem...

Persiapan hari raya 2017

assalamualaiku m semua, semua orang sibuk pasal persiapan hari raya yang makin menjelang tiba.. kami ni pun sama sibuk jugak tapi bukan sibuk apa sangat.. lebih kepada sibuk siapkan persiapan untuk anak-anak je la.. maklum la tahun ni abg ngah baru belajar berpuasa.. kenalah hargai usaha anak-anak.. memang kebanyakan pun orang cakap raya ni cukup seronok sebenarnya untuk anak-anak berbanding dengan orang dewasa.. deretan baju raya aku tak mau ulas lanjut pasal sambutan raya ni pasal ada orang ada pendapat dia sendiri dan mereka pun bebas mempertahankan pendapat masing-masing.. cuma pada aku kalau kita orang dewasa hendak berduka dengan apa pun jua dengan pengalaman hidup kita, agak tak adil bila kita heret anak-anak sama dalam kedukaan tu.. mereka ada hak untuk merasai kegembiraan menyambut hari raya macam orang lain.. atas sebab tu kami memang cuba sedaya upaya mengadakan jugak keperluan anak-anak setiap tahun.. bukan tanda bermewah-mewah tapi berbelanja seadanya mengi...