Disember 2024 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2024

Singgah di Celup Tepung Hujung Tanjung

Kedai Makan Sekitar Kuantan Assalamualaikum semua, lamanya aku tak tulis pasal makanan kan? Sebenarnya lama aku tak menulis di blog ni. Sebab mood menulis tu dah jauh ke laut dalam. Banyak la sebab antaranya sebab kerja dan kehidupan aku makin seronok dan aku jadi lupa untuk menulis. Tapi hari ni terasa nak tulis pasal kedai makan area Kuantan. Kebetulan aku tengah habiskan cuti beberapa hari kat rumah kami di Kuantan ni jadi sempat la berjalan-jalan cari makan jugak. Jadi aku tulis la sikit-sikit. Celup Tepung Hujung Tanjung  Percaya atau tidak dah bertahun kedai ni wujud dan viral baru ni la kami dapat singgah. Ya ini pertama kali kami datang sini ni. Itu pun benda berlaku tak dirancang pun. Tetiba je tersinggah.  Asalnya kami berjalan ke Tanjung Lumpur ikut jalan dalam kampung lepas kami selesai berbelanja di kedai Eco Bandar Putra. Bila dah sampai kat area Swissbel Hotel Kuantan kami sempat la ambik gambar kat replika sampan tepi pantai. Terus terpandang pulak papan tanda ...

Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17 Ayam Brand

Ayam Brand Meneruskan Komitmen Malaysia Lebih Sihat Menerusi Penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17 Kempen tahun ini memberi tumpuan kepada pemakanan sihat dan kecergasan fizikal Ayam Brand™, satu jenama terkenal selama 132 tahun yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan mudah serta tanpa bahan pengawet dan tambahan MSG, serta merupakan pemegang sijil Halal komited dalam meneruskan Kempen Komuniti Penyayang 2024. Inisiatif yang bertujuan untuk memberikan manfaatberterusan kepada masyarakat ini telah diperkenalkan sejak tahun 2008. Tema #AyamBersamaMu  Bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, kempen tahun ini bermatlamat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak di seluruh Malaysia. Memasuki tahun ke-17 penganjurannya, kempen Ayam Brand ini telah memanfaatkan lebih 28,350 individu daripada 635 organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan membabitkan penyediaan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat. Kempen tahun ini aka...