Cerita Ita: sambutan ulangtahun                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sambutan ulangtahun

Terima Ucapan Ulangtahun Perkahwinan Dari Suami

Assalamualaikum semua, hari ni 24 Jun 2023 merupakan hari ulangtahun pernikahan aku dan Shah. Genap 17 tahun kami hidup bersama pada hari ni. Rasa macam terlalu cepat masa berlalu. Gambar terkini semalam Ucapan sempena ulangtahun perkahwinan Macam tak sangka juga bila suami ucapkan ucapan ulangtahun perkahwinan malam tadi. Sebab dia jenis jarang ingat. Orang lelaki kan..haha.. Tapi sebagai isteri aku rasa gembira dan terasa sangat dihargai bila dapat ucapan macam tu.  Hadiah buat isteri Itulah orang kata orang perempuan ni hidupnya sangat mudah. Bila suami bagi ucapan pun hidup dah rasa bahagia sangat dah. Lagi la kalau diberi jambangan bunga atau hadiah. Lagi la rasa berbunga-bunga hatinya. Jadi sebagai suami tu, boleh la cuba ambil hati isteri dengan pelbagai cara sesuai dengan isteri masing-masing. Hari ni biasanya kami akan bawa anak-anak makan kat luar tapi disebabkan kami semalam dah habiskan aktiviti seharian di Melaka. Kira dah sambut awal jadi kami duduk rumah je la ...

Hari Terbuka dan Sambutan Ulangtahun RTM yang ke 70

assalamualaikum semua, hari ni sempat la nak cerita sikit pasal majlis yang sedang berlangsung di bangunan jiran sebelah pejabat kami ni.. pejabat kami ni bersebelahan dengan pejabat RTM Pahang yang bertempat di Jalan Sri Kemunting, Kuantan, Pahang... dengarnya dari radio bila kami buka pagi-pagi tu ada info majlis hari terbuka dan sambutan ulangtahun RTM yang ke 70 tahun... lama betul dah RTM ni ye.. dari tahun 1946 hingga sekarang ni tahun 2016...alhamdulillah masih lagi melahirkan rancangan yang berinformasi dan memikat pendengar.. cuma tak tahan bab iklan orang jual ubat dengan tilam tu je la.. huhuhu... antara aktiviti yang dijalankan dan sempena menyambut ulangtahun istimewa ni RTM Pahang tak lepas juga peluang menjalankan aktiviti menarik mulai hari Jumaat 22 April 2016 hingga ke 23 April 2016... acara dimulakan pada jam 8 pagi sehingga jam 11 malam, kalau tak silap aku la.. dari info yang kami dengar dari radio Pahang FM tu...  banyak jugak acara yan...