Assalamualaikum semua, akhirnya Homestay Gapai Pelangi beroperasi! Macam best je baca kan? memang berita best setakat ni.. alhamdulillah.. Gembira nak umumkan projek homestay yang kami idamkan selama ni dah bermula. Homestay Gapai Pelangi di Bandar Putra, Kuantan Secara rasminya projek kami ni dan beroperasi dan menerima kehadiran tetamu sebagai penyewa di sini bermula dari lepas raya hari tu. Tu yang agak sibuk sampaikan blog ni pun tergendala. Banyak kisah nak cerita tapi nanti kita cerita satu-satu ok. Pasal homestay ni kami sangat-sangat teruja nak umumkan pada semua. Kalau sesiapa yang mencari penginapan di sekitar Bandar Kuantan boleh la hubungi kami nanti. Nak selesa sangat macam duduk hotel tu tidaklah. Cuma cukup semua kelengkapan asas insyaAllah. Eh aku letak sini la semua kemudahan dan butiran mengenai Homestay Gapai Pelangi kami tu kat blog ni. Senang jadi rujukan sesiapa yang memerlukan. Homestay Gapai Pelangi Lokasi : Bandar Putra, Tanjung Lum...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.