Cerita Ita: ungkep                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ungkep

Ungkep Ayam untuk juadah berbuka

assalamualaikum semua, memang normal kalau bulan puasa ni semua jenis makanan pun kita teringin nak makan kan? bulan puasa jugak la selalu terimbau makanan zaman kecik-kecik.. makanan tradisi yang susah nak dapat.. eh.. pendek kata semua jenis la terbayang.. maklum la waktu ni kan kita tengah berlapar, semua pun nampak sedap.. ungkep ayam  macam tu jugak kami kat rumah ni.. sebab tu memang tak perlu nak teringin-teringin atau rasa-rasa atau acah-acah nak pergi ke bazaar ramadhan untuk tinjau apa yang dijual kat sana tu.. sebabnya kalau dalam keadaan perut berkeroncong nak makan je tu jangan haraplah dapat berfikir secara rasional.. semua benda pun sedap.. bak kata Ustaz Ismail Kamus.. "Orang jual batu bata pun kita boleh tanya bape sen satu, siap terliur nampak sedap tu..".. hahaha.. bahaya sangat nafsu yang bersarang dalam diri manusia ni rupanya.. walaupun syaitan dah diikat dia pulak yang boleh bertukar jadi syaitan.. tinggalkan la cerita manusia jadi syai...

Juadah Raya Kegemaran

assalamualaikum semua, semalam aku pulun buat juadah kegemaran yang biasanya cuma boleh makan sewaktu kami beraya di Johor sahaja... kebetulan cuti hujung minggu lepas sewaktu kami balik ambik stok kerepek untuk jualan, dah ada ternampak orang menjual daun kelapa...hati tertarik nak beli.. berangan nak menganyam ketupat dan buat lepat pulut jugak... dah beberapa tahun raya di sini sepanjang usia perkahwinan 9 tahun aku cuba cari orang menjual daun kelapa untuk buat ketupat tapi memang tak pernah berjumpa... walau kami cari sampai ke pasar sekali pun...ye la mungkin juadah kebesaran di sekitan pahang ni kebanyakannya lemang dan ketupat palas... jadi kesempatan bila balik johor minggu lepas aku ambik untuk beli daun kelapa...sampai 2 ikat aku beli ko...hahaha... padahal buatnya seikat pun tak abis.. tamak... satu ikat dalam 50-60 helai RM3.. boleh la kan? dari aku tanya satu tempat tu RM6 untuk 50 helai.. huhuhu... senyum je la kata tak jadi... memula aku punya aktiviti ialah men...

Hukum Berurut dalam Islam dan Ungkep ubi kayu

assalamualaikum semua, apa kabar korang hari ni? harap semuanya sihat-sihat je la ye... tengok tajuk kat atas tu macam takde kaitan je kan... tapi sebab aku nak cerita dua benda satu masa... kira ok je la ye... aku terasa macam sakit belakang pulak dua tiga hari ni... banyak duduk masa buat biskut kot... terasa nak cari tukang urut la... dapat urut satu badan ok gak kan? eh sesiapa yang tau hukum berurut dalam Islam ni ye? meh la kongsikan... ini yang aku dapatkan dari pembacaan.. Apakah pandangan Islam terhadap rumah urut dan khidmat urut yang dijalankan? Perkara pertama adalah hukum asal kepada menyediakan khidmat urut. Secara asasnya, hukum asal mengurut dan menjalankan khidmat urut adalah harus kerana membantu orang yang memerlukan. Tetapi dengan adanya penawaran-penawaran lain yang bercanggah dengan nilai Islam maka ia menjadi haram. Apabila wanita mengurut lelaki atau sebaliknya, ia melibatkan hukum aurat dan pergaulan lain jantina dalam Islam. Sebagai...