Cerita Ita: pindah                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pindah

Kuala Lumpur kami datang!

assalamualaikum semua, lama dah tak bersiaran.. bukan tak sayang dah dengan blog ni.. tapi banyak sangat perkara kena uruskan sejak dari balik cuti raya hari tu.. aku belum sempat pun cerita pasal aku dapat surat kenaikan pangkat dan ditukar ke Kuala Lumpur ni.. semuanya berlaku dengan begitu pantas sampaikan aku tak sempat nak update apa-apa pun di blog kesayangan ni.. tapi aku berazam jugak nak coretkan sesuatu supaya ianya jadi kenangan kami satu hari nanti.. Kuala Lumpur kami datang! sejak malam Jumaat 13 Julai 2018 secara rasminya kami dah bermastautin di Kuala Lumpur pulak.. tak pernah kami jangkakan pun akan terjadi.. semua berlaku macam adik hadi selalu sebut.. 'tiba-tiba je'.. dan hari Jumaat petang tu sampailah barang kami bersama lori yang dihantar oleh kawan-kawan.. kami tak habis lagi pun mengemas ni.. kemas mana yang perlu sama macam kami bawak apa yang perlu je hari tu.. banyak yang kami kena tinggalkan sebab rumah yang disewa ni tak muat nak tampu...

Rumah tinggal hilang seri?

assalamualaikun semua, semalam waktu kami lalu di kawasan perumahan kami timbul persoalan pasal rumah tinggal yang hilang seri.. adakah betul rumah yang ditinggalkan tiada berpenghuni akan hilang serinya? susah nak cakap.. tapi dari pemerhatian kami sekitar taman kami ni.. adalah beberapa rumah yang dah ditinggalkan oleh penghuninya yang mana dah berpindah.. dah menginap di rumah baru.. rumah ditinggalkan kosong begitu saja tanpa ada yang menyewa atau apa.. memang terserlah rumah tu macam hilang serinya.. Rumah tinggal hilang seri? sambil lalu kawasan sekitar sambillah kami perhatikan.. ke sebab kami tau rumah tu memang takde penghuni jadi macam ada rasa kesuraman sebab kami tau takde siapa yang tinggal di situ? bunyinya macam ada bias jugak kan di situ.. sebab tu aku letak tanda soal dekat tajuk tu.. rumah tinggal hilang seri? betul-betul hilang seri atau kami je yang rasa macam tu? terus teringat nasib rumah kami selepas ni.. semua dalam kereta terdiam sunyi sepi.. s...