assalamualaikum semua, disebabkan teringin setelah nampak kawan whatsapps kat group bebudak sekolah lama hari tu maka malam ni terjadi la projek baru lepas maghrib tadi... projek puding roti marble.. meh tengok resepi dia jom...aku tak ingat aku ambik kat mana ntah...maaf ye kalau resepi ni korang punya..sila komen tau kalau resepi ni korang punya atau sesiapa yang korang tau ok.. Resepi Puding Roti Marble Bahan-bahan 10 gram serbuk agar-agar (aku guna agar-agar panjang biasa tu) 3 1/2 cawan air (aku lebihkan 1/2 cawan pasal aku guna agar2 biasa..pernah buat ikut sukatan dulu..terkeras sikit) 4 keping roti putih (aku guna 3 keping pun dah ok) 1/2 cawan gula 1/2 cawan susu pekat manis 170 ml susu cair (lebih kurang 2/3 cawan) 2 sudu besar butter@marjerin (yang dah dicairkan) 2 biji telur 2 sudu besar serbuk koko Cara-cara 1. Masak agar-agar dengan 3 cawan air dan gula. 2. Blend susu cair, susu pekat manis, roti, telur dan baki 1/2 cawan air. 3. Bila agar-agar d...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.