Cerita Ita: personal                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel personal

Rumah kami banjir!

Assalamualaikum semua, panik ya bila baca tajuk Rumah kami banjir! kat atas tu kan.. begini ceritanya.. ni cerita hari Sabtu bulan lepas.. kisahnya lepas dengar je pengumuman PKPB ditamatkan di Johor kecuali di Kota Tinggi dan Mersing tu kami rancang la nak balik kampung sebab dah lama tak balik kan.. dah la dengar mak jatuh tapi masih tak dapat balik, jadinya hati ni rasa la jugak gundah gulana.. jadi kami dah gerak balik kampung pagi-pagi Sabtu hari tu.. dapat balik hari pun jadilah.. mujurlah dekat.. Rumah kami banjir!  Waktu kami balik tu cuaca elok je lagi.. walaupun dah nampak la jugak langit gelap.. tapi masih la tak beranggapan apa-apa.. fikir nak balik kampung je masa tu.. tapi bila kami dah sampai kampung rupanya hujan turun mencurah-curah membasahi bumi.. kami tau pun bila jiran sebelah ni bagitau pada shah.. mujur ada jiran yang baik..  jiran hantar gambar macam kat atas tu.. waktu tu dalam pukul 3 petang macam tu.. sebelum tu air naik lagi tinggi.. nampak beza had...

Nasib baik puan datang awal..

Assalamualaikum semua,  aku dah lama tak merepek kat blog kan.. rindu nak menulis tapi banyak sangat kekangan dia.. belum lagi bila kau dah ada anak kecik yang masih menyusu badan.. sampai je malam aku dengan dia sama-sama hanyut.. tambah pulak diuji ujian kesihatan.. ujian sakit tu penghapus dosa kan.. InsyaAllah.. kena reda je..  hari ni aku beranikan diri untuk pergi ke klinik dapatkan rawatan setelah menanggung sakit selama lebih 3 bulan.. ya.. sejak sebelum PKP la tau.. masa tu aku balik dari out station ke Melaka.. balik tu bangun dari memyusukan Super Adam sambil baring terus rasa sakit lain macam kat tangan belah kiri aku.. tapi aku anggap kot salah baring kot sebelum tu..  aku anggap ok je la.. macam takde apa je.. tapi makin lama dibiar makin sakit.. nak  angkat tangan bila bukak baju rasa sakit.. nak tarik brek tangan bila bawak kereta rasa sakit.. bila dukung Super Adam pun rasa sakit.. tapi sebab masih dalam PKP dan sibuk lagi wabak Covid-19 aritu aku di...

Kenangan kami sekeluarga di Zoo Johor.

assalamualaikum semua,  aku suka letak gambar kat facebook supaya bebila nanti facebook akan ingatkan aku balik kenangan di sebalik gambar tu semua.. dan antaranya kenangan kami sekeluarga di Zoo Johor..  yang ni kenangan dengan mak abah pun ada.. itu yang best tu bila ingat balik..  Kenangan kami sekeluarga di Zoo Johor.  memula kami datang ke Zoo Johor ni rasanya tahun 2013 dulu.. masa tu cuma ada 3 orang anak.. dan mak abah pun masih sihat walafiat.. masih boleh dibawa berjalan sana sini dengan gembira.. sekarang ni kalau nak dibawa berjalan pun kena tanya dulu larat ke tidak.. kesian kalau tak larat nanti.. jalan pun jadi tak seronok kan..  Gambar ni tahun 2013 sejak dari aku masuk tahun 2013 dulu lagi tiket kat Zoo Johor ni memang dah murah.. RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak dan sehingga aku masuk tahun lepas harganya masih sama.. masih boleh senyum la membayar walau ada dah bertambah.. hehe.. tahun lepas bulan 12 masa t...

MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR, KL !

MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR, KL !  MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ! Assalamualaikum korang ! Selamat sejahtera ! Sihat ke tu? Alhamdulillah nampaknya jerebu dan IPU dah semakin pulih di Malaysia. Harapnya, bertambah baik hendaknya. Tinggalkan sekejap kisah jerebu ! Erm..diam tak diam dah sampai ke penghujung tahun kita ni,kan ! Lagi beberapa bulan nak masuk tahun baru, tahun 2020 ! MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ! MINI PLANNER DAN KALENDAR TAHUN 2020 MURAH DI SELANGOR, KL MINI PLANNER DAN KALENDAR TAHUN 2020 MURAH DI SELANGOR, KL Apa azam tahun wawasan 2020 korang sebelum ni? Ingat lagi ke? Haa ! Kete terbang? Duit terbang, adalah ! Hehehe. Okay, sebelum duit korang terbang jauh ke sana sini. Meh..mummy nak memperkenalkan korang dengan MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ! MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ! Serius korang boleh jimat banyak denga...

Berat badan aku tak naik-naik!

assalamualaikum semua,  kejap je dah jumpa hari Jumaat balik.. rasa singkat sangat masa.. baru masuk minggu tetiba dah sampai hujung minggu balik.. dalam tak sedar yang dalam perut ni dah berumur 31 minggu dah pun.. rasa macam baru je tau dia wujud.. tau-tau dah 31 minggu.. tak lama dah nak tunggu orang baru dalam keluarga kami.. dalam hati berbunga nak tunggu orang baru tu terasa jugak cuak.. bukan sebab apa pun.. sebab berat badan aku tak naik-naik! Berat badan aku tak naik-naik! ni yang agak pelik sebenarnya, selalu tanpa diundang akan naik dan tak reti nak turun-turun.. kali ni dia tak mau naik la pulak.. tapi rasanya memang fenomena biasa bila aku mengandung mesti berat badan makin menurun dari sebelum mengandung.. dah berapa orang anak sebelum ni pun.. aku perati je.. memang macam tu dari anak sulung dulu.. sebab tu lepas bersalin tu memang boleh kurus la.. tapi sekejap benar selalunya.. haha.. bila dah menyusukan anak nafsu makan macam apa je.. mendadak dia naik.....

Cabaran kali ini..

assalamualaikum semua,  lamanya tak tulis kat blog ni.. sibuk sikit 2 minggu ni.. mana nak uruskan kerja.. mana nak uruskan persiapan sikit-sikit termasuk sibuk berulang ke klinik je kerjanya.. dah diuji cabaran kali ini kenalah hadap walaupun tak berapa kuat sebenarnya.. tapi bila Allah dah bagi rezeki tu.. kita terima dan fahamkan jelah hikmah di sebaliknya..  Cabaran kali ini..  mungkin ada orang dah mula bosan bila aku terpaksa menghilang setiap 2 minggu untuk ke klinik.. apa nak buat.. rutin kali ni berbeza sikit.. kalau dulu waktu Adik Hadi kadar gula dalam darah cuma dikesan sewaktu kandungan menghampiri 35 minggu.. jadi cuma sempat dijadualkan untuk hadiri sesi kaunseling bersama pakar permakanan je la.. mana tau tetiba pulak kedudukan bayi waktu tu tak berapa molek.. jadi dijadualkan untuk pembedahan.. Senarai semak kriteria untuk ujian MGTT tapi eh tetiba datang serah diri masuk wad nak terbersalin terus waktu 38 minggu tu betul-betul seha...

Diuji kereta rosak dan rezeki bermalam raya

assalamualaikum semua, benarlah selalunya kita ni selalu mampu merancang je tapi Yang Maha Kuasa jugak yang akan menentukan apa yang terjadi di masa akan datang.. setelah kami merancang nak balik kampung aritu, manalah sangka kami diuji kereta rosak dan rezeki bermalam raya pulak kat rumah saudara kami di Klang.. siapa sangka kan? Diuji kereta rosak dan rezeki bermalam raya kami kena dugaan kereta rosak ni pada hari Jumaat.. rezeki Allah aturkan tu cantik jugak.. walaupun terpaksa jugak bersusah payah.. kereta kami rosak di kawasan Cheras.. bila telefon insuran Ambank kami dia kata boleh hantar perkhidmatan tarik kereta sehingga 25km terdekat je.. tapi shah dah buat keputusan nak mintak tarik sampai ke bengkel sepupu dia di Klang.. salah satu sebabnya ialah shah nak baiki sendiri apa yang rosak tu.. jadi cuma cari alat ganti dan dapatlah jimat sikit dari segi upah.. Diuji kereta rosak dan rezeki bermalam raya jadi mereka pun tunggulah trak tunda sampai ke petang h...

Kita hanya merancang Allah jualah penentu segalanya..

assalamualaikum semua,  rancangan kami asalnya nak balik kampung minggu ni.. dan dah rancang baik sejak Isnin aritu kami nak balik awal.. aku pun dah siap mohon cuti hari ni.. tapi itulah dah ditakdirkan.. kita hanya merancang tapi Allah jualah penentu segalanya.. dan akhirnya rancangan terpaksa diubah di saat-saat akhir ni..  Kita hanya merancang Allah jualah penentu segalanya..  asalnya aku ada seminar di Putrajaya hari ni.. jadi aku ambik cuti supaya boleh datang seminar dan shah boleh ambik aku kemudian kat sini bila dah selesai urusan dengan anak-anak.. tapi mana tau lain pulak jadinya.. kami diberi ujian kereta rosak pulak waktu shah dalam perjalanan nak ambik aku tadi.. jadi kena tunggu dia selesaikan semuanya kemudian ambik aku pulak..  dan rancangan asal kami nak balik awal terpaksalah ditangguhkan dulu.. tunggu urusan kereta tu selesai baru boleh fikirkan apa tindakan selanjutnya..  buat masa ni cuma mampu doa je semoga semua urusa...

Menang Contest Raya dari Denaihati!

assalamualaikum semua,  nak kongsikan cerita hari tu aku ada menang contest raya dari Denaihati..  alhamdulillah sesaja la masukkan gambar masa raya hari tu.. mana la tau ada pulak rezekinya kan.. syukurlah jugak..  Menang Contest Raya dari Denaihati!  permintaan Tuan Amir Denaihati waktu tu suruh masukkan dalam komen gambar yang kita rasa paling kelakar atau paling menarik atau paling cantik untuk kawan-kawan undi.. kemudian mereka akan pilih 5 pemenang dari pilihan like tertinggi sekali antara komen..  niat hati waktu tu nak belanja kakak husna makan durian kalau dia memang.. rupanya Allah nak permudahkan niat mak dia ni.. akhirnya gambar kami pertaruhkan tu berjaya jadi antara 5 pemenang.. syukur alhamdulillah.. semoga Allah permurahkan lagi rezeki buat Tuan Amir Denaihati dan team.. InsyaAllah kalau ada lagi aku akan sentiasa sokong!  Ceritaita

Kenapa aku hilang?

Assalamualaikum semua,  lama sangat rasanya aku tak coretkan kisah hidup dalam blog ni.. sejujurnya aku mula rindu saat berblog yang cuma berkisar pasal hidup sehari-hari bersama keluarga tercinta.. rindu zaman mengetahui kisah kawan-kawan yang pernah seperjuangan sama ada di sekolah.. di universiti dan di tempat kerja lama yang satu masa dulu pernah jadi persinggahan.. rindu jugak membaca blog rakan-rakan yang minat menulis yang sentiasa membekalkan kata-kata semangat untuk insan lain..  Kenapa aku hilang? ~gambar ihsan google~ dulunya ramai yang menulis untuk berkongsi kisah.. terutama di zaman internetnya belum begitu maju.. masa tu boleh kira dengan jari siapa aje yang ada telefon pintar.. belum lagi disebut facebook pada waktu tu.. blog bagaikan media penghubung yang digemari semua.. tapi lama ke lamaan bila wujudnya media lain yang makin canggih.. blog semakin maju fungsinya.. bukan saja media penghubung tapi juga menjana pendapatan yang berlipat kali gand...