Cerita Ita: majlis berbuka puasa                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel majlis berbuka puasa

Majlis Sambutan Berbuka Puasa di JPV Pahang

assalamualaikum semua, tengah hujan lebat dekat luar tu.. sangat-sangat lebat sampai tv pun dah takde siaran.. biasalah kalau guna astro walaupun cuma njoi namun dia tetap menjadi peramal cuaca yang baik.. hahaha.. asal takde siaran mesti hujan, asal hujan mesti takde siaran.. hai! ini kami di majlis berbuka puasa tapi aku bukan nak cerita pasal siaran astro tu pun.. aku nak cerita pasal majlis berbuka puasa kami semalam.. bukan hari ni ye.. tapi semalam.. kenapa semalam? sebab semalam agak special sikit.. ada majlis berbuka puasa dengan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang.. yang paling istimewanya ialah Dato' Timbalan ni merupakan mantan Pengarah di Negeri Pahang satu masa dulu.. Selamat Datang Kembali ke Pahang Dato'!  Dato' Pengarah Negeri Pahang berucap Timbalan Dato' Pengarah pulak berucap masa majlis semalam boleh pulak tetiba ribut melanda bermula jam 6.30 petan...

Resepi Kuih Tart Bunga Comel

Assalamualaikum semua, nak buat entry pasal kuih raya dengan harapan feeling raya tu mari sama... entah kenapa aku rasa tahun ni macam tak terasa semangat nak beraya... bukan sebab aku kena beraya di rumah mertua ye... kalau ikutkan dah bape kali pun beraya di rumah mertua... tak jadi masalah pun... mana-mana pun tetap ada kemeriahan syawal tu... walau di rumah mak sendiri ataupun di rumah mertua... sebab mak mertua aku tak pernah anggap aku ni menantu dia pun.. sama je layanan macam anak sendiri... malah kadang-kadang aku rasa macam lebih lagi dari anak sendiri... cuma rasa sedikit terkilan mungkin sebab adik beradik shah belum tentu dapat berkumpul bersama semuanya... dan shah tentu lagi sedih... takpe la bang... kita cuba meriahkan rumah mak dengan keluarga kita dan adik beradik yang ada ok... tak mau sedih-sedih... malam tadi aku punya projek adalah membuat kuih Tart bunga yang comel setelah stok tart yang terdahulunya aku buat tu dah licin...waaaa.... Resepi ni sebenarn...

Satu selesai dua lagi menunggu

assalamualaikum semua, satu misi dah selesai separuh..tinggal rebus meenya aje lagi... ada 2 lagi menu menunggu...harap sempat aku siapkan...tolong doakan urusan aku dimudahkan Allah ye... kenapa aku nak siapkan awal? petang kang shah dah ada boleh rebus mee spaghetti dan deko kek je...alhamdulillah kek tadi menjadi.. lepas asar harapnya dah boleh rilek-rilek dan duduk lipat kain... p/s memasak dengan anak-anak kecik memerlukan kesabaran yang sangat tinggi..mujur ni tengah mood diorang baik je..

Hari yang sibuk bermula

assalamualaikum semua, sampai dah hari yang ditunggu-tunggu...tak sabar nak mulakan operasi memasak... alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk menyumbang sedikit kepada orang yang berpuasa... kalau tak ada aral melintang akan ada 5 keluarga kecil dan besar termasuk kami yang ikut sama..meriah la rumah ni nanti..berbunga rasa hati.. yang dijemput sebenarnya bukan orang lain tapi adik-beradik shah je pun..ditambah dengan seorang sepupu shah.. dalam adik beradik shah semua adalah perempuan dan shah adalah satu-satunya anak lelaki...ini bermakna aku sorang la menantu perempuan..dan selalunya jadi menantu hantu..hehehe... sebabnya kalau ada apa-apa majlis dibuat dia rumah mertua aku jadi tukang tengok je selalunya..tak pun balik baik tukang potong bawang..adik beradik dia semua menuras mak mertua aku yang pandai memasak...naik segan aku..pulak tu adik beradik aku ramai lelaki jadi kami macam tak biasa memasak ramai-ramai kat dapur (walaupun selalunya semua sibuk pun)... dan...

Projek Di Hari Nuzul Quran

assalamualaikum semua, pagi aku dah update kan? pelik? janganlah pelik...aku ada kerja nak buat sementara anak-anak tidur lagi ni... harap sempat siap sebelum pukul 10 pagi.. semalam kami ada majlis berbuka puasa anjuran jabatan di Kompleks Dagangan Indera Mahkota...alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun aku cuma sampai waktu elok je nak azan...mujur sempat.. semalam MPK tukar laluan lagi...laluan di Jalan Gambut di hadapan Shell dan bangunan TNB Kuantan tu cuma boleh menghala ke bandar je dah...dah tak boleh nak cross ke Teluk Cempedak...parah untuk kami yang menghala ke Tanjung Lumpur dan Balok atau Beserah atau Padang Lalang yang lalu di jalan tu... sekurang-kurangnya yang nak ke laluan lain selain Tanjung Lumpur takpe la jugak..boleh ikut alternatif lain..Jalan Semambu ke..tapi kami ni..adoi... kenapa la MPK ni buat masa bulan puasa ni... Semalam je pun nyaris ramai nak accident..terutama motor yang tak dapat langsung nak mencelah kerana kereta terlalu rapat..masing-mas...

Pagi yang kelam kabut di Kuantan - Jalan Bertukar!

assalamualaikum semua, kelam kabut bandar Kuantan pagi ni...tak dapat aku bayangkan bila petang nanti... Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami pergi dan pulang dari kerja sehari-hari...amin.. sebabnya.... inilah dia... cadangan penukaran jalan yang telah dilaksanakan mulai hari ni 22 Julai 2013 hingga ke 21 Oktober 2013... aku tak kisah pun penukaran jalan yang nak dibuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan sebab alasannya dibuat untuk mengurangkan kesesakan teruk di waktu puncak di kawasan bandar Kuantan selama ni... cuma yang aku kisah dan susah hati adalah kerana jalan yang terbabit adalah jalan kami untuk pergi dan balik kerja hari-hari... dan penukaran dibuat di kala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan... bayangkan keadaan kami yang selama ni memang kena menempuh kesesakan di Jalan Mahkota yang dipenuhi dengan Bazaar Ramadhan... ada 2 Bazaar Ramadhan di sepanjang jalan tu... satu di parking berhadapan dengan padang MPK 1 (yang popular sebagai tempat be...

Majlis Berbuka Puasa

salam sejahtera semua, aku nak cerita pasal berbuka free semalam... best! pasal tak payah masak... hehe... sebenarnya perancangan berbuka puasa anjuran Jabatan ni dah lama diorang nak buat tapi semalam baru terlaksana... menu makanan... alhamdulillah best dan sedap-sedap... ada nasi, lauk gulai kawah, ikan masak sambal, ayam goreng, acar dan ikan masin bulu ayam... ada juga kuih tembosa dan kuah bakar yang sedap (adik husna pun boleh makan sekali).... alhamdulillah semua aturcara teratur dan sangat baik..... selepas makan aku mendaki pulak surau kat atas bukit sebab nak solat kat dewan tak boleh, nak ambik air sembahyang kena tinggal adik husna lak nanti pasal kena ambik air sembahyang kat dalam tandas... kalau surau boleh je dia duduk kat tepi tu kejap... dah lama tak datang berbuka sama dengan staff kat sini pasal ada kejadian menyebabkan kami merajuk hati dulu... dulu-dulu lagi meriah dari sekarang ni... kalau dulu nak solat pun dah tak cukup ruang dewan  makmur tu... ...