Cerita Ita: alert                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel alert

Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan Kerajaan belum umum lagi, dah ada yang berduyun pergi buat pembelian panik.. padahal dah disuruh jarakkan diri dari orang lain dan kurangkan pergi tempat sesak..  Arahan Kawalan Pergerakan - sumber Astro Awani Kerajaan dah umum semalam, hari ni duduklah rumah.. janganlah ada yang buat pembelian panik lagi hari ni.. tak mustahil dengan cara korang keluar berduyun tu akan ada pertambahan kes berganda kang..  Kawalan pergerakan bukannya perintah berkurung.. korang masih lagi boleh keluar untuk cari keperluan utama.. malah masih ada yang kerja pun.. tak mustahil kalau rakyat terlampau panik selepas 2 minggu kawalan pergerakan ni terpaksa buat kawalan lagi ketat macam negara lain tu jugak..  Jadi, tolonglah bertenang dan ikut nasihat yang diberi..  1. Kawal pergerakan - hanya keluar jika betul-betul perlu, jangan berpusu-pusu ke pasaraya pun hari ni 2. Beli barangan yang sepatutnya sahaja - fikirkan orang lain sama me...