Cerita Ita: SPM                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SPM

Kenangan SPM 1996

SPM 1996 Kenangan lebih 20 tahun dulu.. tua dah makcik ni rupanya.. 😅 Kenangan SPM 1996 ~gambar ihsan google~ Zaman aku SPM dulu, masih menggunakan sistem pangkat dan agregat.. masa tu orang mesti akan tanya keputusan SPM dengan soalan.. "Kau dapat pangkat berapa? "  let's be game changers Masa tu ada pangkat 1,2 dan 3.. kalau tak salah agregat dikira dari 6 matapelajaran yang terbaik termasuk 4 matapelajaran wajib dan 2  matapelajaran elektif..   maaf la kalau info ni salah.. lama dah aku tinggalkan zaman persekolahan..  Tapi antara yang tak dapat dilupakan waktu hari mengambil keputusan peperiksaan SPM.. memang takkan lupa sampai bila-bila..  Aku tinggal di Kluang,  dan bersekolah di Muar pada waktu tu.. cuma ada satu je pengangkutan yang menghubungkan daerah ini yang mampu dinaiki oleh semua orang pada masa tu.. tak terkecuali aku jugak.. walaupun keputusan akan diumumkan hanya selepas jam 10 pagi seperti kebiasaann...

Mengimbau kenangan SPM dan Doa Dipermudahkan Urusan

assalamualaikum semua, hari ni bermula peperiksaan SPM di seluruh negara Malaysia.. semua ornag sibuk bercakap pasal peperiksaan SPM ni.. di Radio Sinar FM pagi tadi pun tak terlepas peluang bercerita pasal kenangan kisah yang berlaku di dalam dewan peperiksaan.. menarik cerita masing-masing.. seronok kami yang dengar dalam perjalanan ke tempat kerja tadi pagi.. aku nak kongsikan juga kenangan aku sewaktu ambik peperiksaan ni dulu tapi aku nak kongsikan dulu doa agar dipermudahkan urusan.. bukan sahaja untuk calon peperiksaan tapi jugak untuk semua orang.. Doa dipermudahkan urusan Doa dipermudahkan urusan : اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَاَّ مَا جَعَلتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً Maksudnya : Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. - Ibn Hibban (Hadith no. 2427), Ibn As - Sunni (Hadith no. 351).  Sewaktu aku mengambil pep...

Selamat berjaya dalam peperiksaan wahai Anak..

assalamualaikum semua, minggu ni sibuk sana-sini orang bagi ucapan Selamat Menghadapi Peperiksaan buat yang mengambil Peperiksaan SPM iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.. aku pun sama ucapkan selamat maju jaya buat adik shah yang sedang mengambil peperiksaan tu jugak sekarang ni.. semoga kalian semua dipermudahkan Allah untuk menjawab soalan dengan tenang..  surat pemberitahuan peperiksaan akhir tahun dalam sibuk-sibuk orang lain nak periksa besar, anak aku pun tak ketinggalan jugak.. abg long sedang hadapi peperiksaan jugak sekarang ni.. sekarang ni mungkin abg long baru sudah menjawab soalan Matematik 1 dan sekejap lagi selepas rehat akan bersambung dengan Matematik 2 dan Bahasa Inggeris... semoga anak ummi dapat menjawab peperiksaan akhir tahun ni dengan hati yang tenang hendaknya..  semua orang tanya kenapa peperiksaan abg long lambat sangat ? semua orang dah mula cari buku teks.. yang mana hilang pun dah mula cari kat kedai untuk lengkapkan sebelum dipulang...

Exam bermula!

assalamualaikum semua, hari ni abg long hadapi exam hari pertama...keliru dia baca jadual exam untuk hari selasa tapi aku suruh dia baca untuk hari isnin..alahai anak...bape kali nak kena ulang..kan cuti semalam? semalam aku tanya dia.. aku : abg long .. rasanya boleh tak jawab soalan esok ni ? abg long : entahlah ummi .. saya tak tau .. aku : kalau soalan susah macamana ? abg long : entahlah ummi .. saya tak tau la ... aku : ....( manjang tak taunya ) pastu pagi tadi ada lagi.. abg long : ummi .. hari ni ada bahasa inggeris la .. aku : ye la petang .. abg long : saya tak pandai la bahasa inggeris aku : abis tu rasanya boleh jawab tak ni ? abg long : entahlah saya tak tau ... saya cuba je la .. aku : cuba je la .. patut aku sambung ayat tu..tapi aku tak sambung sebab sibuk bercakap dengan abg ngah pulak tadi..alahai anak..harapnya jangan la lunturkan semangat dia hari ni... ummi sentiasa doakan yang terbaik un...

Good Luck!

salam semua, aku ni terlebih letih lepas balik dari kenduri tahlil untuk arwah tadi... shah dan anak2 dah selamat tidur... aku je yang terlebih penat sampai tak leh nak tidur... bukan penat menolong tapi penat mengelek abg ngah ke hulu ke hilir... ntah apa tak kena dengan angin dia hari ni... asyik nak berdukung je... aku sebenarnya nak ucapkan selamat berjaya kat adik bongsu kami yang akan mengambil peperiksaan SPM esok ni.... dia start esok sampai 30 Nov ni... huhu pastu leh jadi baby sitter kan dik? tenangkan hati dan doa semoga dipermudahkan.... juga untuk calon SPM yang lain ok...