Cerita Ita: tiket                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tiket

Tak puas bercuti ke Planetarium Negara

assalamualaikum semua, ada satu lagi kisah percutian tak terancang kami tahun lepas.. kami secara tak sengajanya singgah beriadah di Planetarium Negara! Tempat yang mesti pergi kalau bercuti di Kuala Lumpur.. kami dah sampai ke Planetarium Negara ! haha.. jangan tanya kenapa boleh sampai sini ok.. antara sebabnya ialah lepas kami berulang alik ke hospital kami cadang nak bagi anak-anak gembira sikit sebelum kami balik ke Kuantan.. jadinya hari terakhir kami di Kuala Lumpur tu kami singgah la sekejap di Planetarium Negara.. ceritanya sebab aku dengan shah tak berapa ada bajet duit yang banyak nak bawak anak-anak berjalan.. jadi aku cuma survey je la tempat yang cuma akan guna bajet minimum tapi dapat beri kepuasan pada anak-anak..  peta ke Planetarium Negara dan lepas aku google dan cari maklumat terbaca la pasal Planetarium Negara ni.. macam best sebab tak pernah pergi lagi.. terus cadang kat shah untuk pergi sini.. macam biasa shah memang dah ban...

Cara Beli tiket bas online dari Kuantan ke Kuala Lumpur

assalamualaikum semua, aku nak kongsikan dengan korang macamana aku beli tiket bas online dari Kuantan ke Kuala Lumpur masa pergi ke KL baru ni.. senang je tau.. dan kalau beli melalui online ni korang boleh jimat banyak jugak tau.. Redbus perkhidmatan tiket bas online aku kan sepenuh masa biasanya ada di pejabat.. pergi kerja dan balik kerja pun berhantar dan berjemput sebab aku tak bawak kereta sendiri.. alhamdulillah masih ada orang tersayang yang sudi dan masih mampu hantar dan jemput aku pergi dan balik kerja lagi.. syukur.. tapi bila dan berhantar dan berjemput ni satu je la masalah.. nak ke sana sini pun kena la tunggu shah.. jadinya pergerakan aku agak terbatas.. oohh.. mungkinkah ini sebab shah tak bagi aku bawak kereta sendiri agaknya.. takut aku panjang langkahnya.. hahaha.. maaf ye bang.. terfikir negatif pulak.. ok kita sambung kisah bas.. disebabkan aku kena pergi ke majlis semalam di KL tu aku pun mula terfikir kenapa tak aku pergi sorang je nai...

Apa yang menarik di Menara Kuala Lumpur ?

assalamualaikum semua, aritu aku ada cerita pasal l awatan singkat kami ke Menara Kuala Lumpur kan? ok kali ni nak sambung sikit apa je yang ada kat atas Menara Kuala Lumpur tu untuk pengunjung.. bukan saja tengok menara je tau.. macam-macam aktiviti boleh buat.. Menara Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur sinonimnya ramai yang tau menara ni adalah menara tertinggi di negara kita satu masa dulu.. memang jadi kebanggaan la kalau dapat berkunjung ke tempat ni.. pertama kali aku datang pada tahun 1997 rasanya bersama kawan-kawan matrik.. rindu momen tu.. dan sekarang dah banyak tarikan yang ada kat sini pun selain menara ni sendiri.. antaranya menara tinjau pun dah ada berbagai jenis.. ada sky deck, sky box dan menara tinjau yang biasa.. hebat! pelawat cuma perlu buat pilihan je nak yang mana satu atau pergi kesemuanya.. ada harga istimewa untuk pakej macam aku cerita dalam entri sebelum ni.. Durian Kafe pun ada sini tau dan kalau rasa nak makan sambil melih...

Promosi Tiket Zoo Negara Bersama Bonuslink 2015-2016

assalamualaikum semua, pagi tadi ada dapat email dari Bonuslink...selak-selak ternampaklah ada promosi bagus yang perlu dikongsi dengan semua orang... tapi dengan syarat korang kena ada kad bonuslink dulu baru la boleh melayakkan diri untuk menuntut diskaun tiket ni... menarik kan? ni pulak harga biasa kalau takde diskaun macam kat atas tu... harga tiket biasa tapi kena ingat ye... kena tunjuk mykad dan jugak kad bonuslink untuk melayakkan korang dapat harga tiket diskaun ni... jom cepat... tawaran habis pada 31 Januari 2016... sempat lagi ni nak tunggu diorang repair dulu lebuhraya dari kesan tanah runtuh semalam tu kan... seram tengok gambar runtuhan tanah di Lebuhraya Karak tu... p/s agak emosi dengan orang share tentang ayam kena cucuk hormon...kesian orang yang tak mampu nak beli ayam organik yang mahal2...hmmm...terasa macam nak buat entri je... ada ke yg nak baca?

tiket free... bila nak guna ni?

assalamualaikum semua, bulan lepas aku sebagai pelanggan Maxis dapat tiket free... ye la mungkin setelah dia tarik duit dari iklan mengarut yang ntah apa-apa tu... aku dapat iklan mengarut tau... aku belum cerita kan? iklan dari no 23268... dah la tetiba hantar sms yang cas RM1 satu sms... dah tu sms mengarut lak tu... boleh sms tu tulis dapatkan video gadis idaman anda dengan melayari.... apa ke halnya aku nak cari gadis idaman pulak kan? ada sesiapa tau nak buat macamana dengan orang yang mencabul hak asasi orang lain dengan cara ni dan guna mengaut keuntungan sekali ni? selain dari ke Maxis center dan off kan semua service dari nombor tu la...ada sesiapa tau? tolong komen ye..boleh pulak Maxis kata dia takde kena mengena dengan service tu... dah tu siapa yang provide service ni? tapi aku bukan nak ceritakan pasal kejadian yang memanaskan hati tu la sebenarnya... kes tu dah settle dengan staff kat service center tu hantar sms STOP ALL ke nombor 23268 tu semula... yang ak...