Cerita Ita: kakak                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kakak

Naik Kelas Pertama!

Naik kelas pertama!  Assalamualaikum semua, minggu lepas semua orang sibuk dengan kisah kejayaan anak-anak.. minggu ni pulak dah mula cuti sekolah.. suka aku baca.. dan kadang-kadang senyum sendiri.. alhamdulillah bangga sangat dengan kejayaan anak-anak sahabat facebook semuanya.. juga suka dengar kebahagiaan kawan-kawan..  Bila kita di atas bukan bermakna kita yang terbaik Anak-anak aku sendiri ada 3 yang sedang bersekolah tahun ni.. Abg Long di Tahun 5, Abg Ngah di Tahun 2, dan Kakak Husna di Tahun 1.. Masing-masing ada azam berbeza bila sebut pasal sekolah.. aku suka nak tuliskan dalam blog ni sebab tahun depan agak istimewa aku rasa.. kerana akan ada 4 anak yang semuanya akan bersekolah tahun depan termasuk Adik Hadi..  Abg Long Abg Long.. sentiasa mahu jadi yang pertama  Kalau tanya abg long,  sejak dari kecil dia suka bersaing untuk jadi lebih baik.. pantang sangat kalau dia kalah.. dia memang tak pernah suka kalah.. dengan adi...

Selamat Hari Lahir ke 3 buat Puteriku

assalamualaikum semua, pada hari yang sama 3 tahun dulu aku melahirkan seorang cahayamata yang sangat tak disangka-sangka kehadirannya... Tanggal 11.12.11 menjadi sejarah.. ceewah... DI SINI ada ceritanya.. kemudian dari tu disusuli dengan kisah-kisah di hospital yang sangat mengerikan seperti KISAH HOSPITAL 1 , KISAH HOSPITAL 2 , KISAH HOSPITAL 3 , KISAH HOSPITAL 4 , KISAH HOSPITAL 5 , DAN KISAH HOSPITAL 6 .... aku berdoa semoga janganlah kejadian macam tu berulang lagi dalam keluarga kami..aku tak cukup kuat... hari ini Nur Syafiah Husna atau yang kami pernah panggil adik nur dan adik husna dan sekarang dah bergelar Kakak Husna dah genap 3 tahun..alhamdulillah... semoga satu-satunya puteri permata hati ummi dan ayah ni akan terus sihat dan membesar menjadi anak yang solehah...amin.. gambar kredit to cikgu taska.. tq kak da.. hasil kreativiti kakak :) cek mek dengan gelang serabut kat tangan.. p/s ummi lupa nak buat kek kakak..malam ni ye nak..esok ...

Wordless Wednesday # 66

assalamualaikum semua, p/s rindu budak kecik yang nak jadi kakak ni..

ikut jalan yang benar..

assalamualaikum semua, semalam kuantan elok je tak hujan sampai ke malam...ok tak...sebenarnya ada hujan sekejap masa petang kami balik keja...hujan panas...malam pun cerah sampai boleh nampak bulan dan bintang....tapi hari ni alhamdulillah hujan turun lagi dengan lebatnya....kesian mana-mana kawasan yang tersekat sebab jalan banjir macam kat sungai lembing tu... buka pasal banjir aku nak cerita tapi pasal dialog kat bawah ni....perbualan antara adik dan kakak... di suatu petang yang sunyi....eh sunyi ke tak ni? hentam saja la....hihi.... kakak : kau balik ke kulai ke petang ni? adik : a'ah.... ingat nak gerak la kejap-kejap lagi... kakak : kau ikut jalan mana? (bertanya dengan perasaan ingin tahu sebab kat kluang ada 2 jalan menuju kulai..satu ikut renggam dan satu lagi ikut kota tinggi) adik : ikut jalan yang benar.... (bercakap sambil buat muka selamba macam takde apa-apa) kakak : .......(sambil macam ada bunyi cengkerik)..... p/s ceria kan hidup ada adik camni? kakak d...