Assalamualaikum semua, Hari ni aku bersiaran dari Melaka.. ada kursus panjang kat sini.. tapi sunyi sepi pulak rasa bila suara anak-anak yang biasa riuh rendah.. mula dari malam tadi aku dah mula termenung panjang.. dah la duduk di asrama ni pulak.. dan kelmarin aku dah pasang cadar dan sarung bantal di asrama macam kat bawah ni.. tegang tak katil aku ni?...hihi Haaa.. sebut pasal asrama ni teringat pulak kenangan zaman sekolah dulu-dulu.. dulu aku pernah sekolah asrama selama 5 tahun sebelum masuk ke universiti.. dan antara kenangan yang tak dapat lupakan ialah setiap kali ada spot check untuk check katil.. hahaha... korang yang duduk asrama ada kena macam aku tak dulu? Biasanya warden la yang buat spot check.. apa sangat la yang diperiksa pun sebenarnya.. Cuma tengok cara kita tegangkan cadar tu elok ke tak.. katil berkemas ke tak.. tapi sebenarnya bila dah terbiasa buat hari-hari setiap bangun pagi sebelum ke sekolah tu korang akan rasakan tu salah satu rutin ...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.