Cerita Ita: COVID-19                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel COVID-19

Berniaga di bazar Ramadan BBU

Assalamualaikum semua,  dah melepasi pertengahan Ramadan dah sekarang ni.. aku lupa nak cerita yang tahun ni merupakan tahun kedua kami berpuasa di negeri Johor.. negeri kelahiranku.. tak pernah terfikir atau termimpi nak dapat peluang bekerja di negeri sendiri.. tetiba dah tahun kedua berpuasa pulak.. rezeki tu memang tak pernah salah alamat kan.. Allah dah atur cantik.. cuma kadang-kadang tak kena dengan apa yang kita rancang.. jadi tu kita jadi susah nak terima setiap aturannya.. begitu juga cerita shah berniaga di bazar Ramadan..  Berniaga di bazar Ramadan BBU  Tahun pertama berpuasa di Johor terasa lain sebab waktu tu PKP 1.0 tengah dilaksanakan.. masa bulan puasa tu memang susah juga shah nak berniaga.. oh lupa nak bagitau.. shah sejak berhenti kerja sebab sakit belakang ni, dia tumpukan pada urusan anak-anak dan berniaga air balang..dia jual air kelapa laut Man Java.. masa baru berpindah ke Johor aritu terhenti sekejap sebab tempat baru.. kemudian dapat peluang han...

Ujian RT-PCR vs RTK-Antigen Covid19

Assalamualaikum semua,  terbaca pasal pattern serangan Covid 19 yang berbeza sekejap tadi dari dinding facebook seorang Dr.. bagaimana ada pesakit yang positif dalam masa yang sama isteri atau anak tidur sekatil tidak pulak positif.. ada yang berjangkit hanya bila berkongsi makanan dengan rakan sekerja.. Mula ada pertikaian juga adakah kaedah pengujian yang digunakan untuk mengesan Covid19 itu sesuai, betul atau pun tidak? Jadi aku rasa terpanggil nak cerita la pasal ujian RT-PCR vs RTK-Antigen Covid19 .. Ujian RT-PCR vs RTK-Antigen Covid19 - kredit gambar google.  Kalau ikutkan PCR telah lama dinobatkan sebagai gold standard bagi mengesan kebanyakan penyakit tapi kena ingat setiap ujian akan ada ketepatan masing-masing.. mengapa ada sesetengah penyakit masih lagi mengunakan cara konversional berbanding PCR.. sebabnya kena tengok kepada apa yang kita nak cari.. kena kenal dulu penyebab.. dalam kes ni kena kenal Covid 19 tu sendiri macamana.. Siapa yang pernah membuat ujian di ...

Selamat tahun baru 2021 dan azam tahun baru

Assalamualaikum semua, alhamdulillah dah masuk 2 hari di tahun baru 2021 hari ni.. nak curi masa jugak tulis blog pada tarikh cantik 2.1.21..harap-harap sempat.. Selamat tahun baru 2021 korang.. semoga tahun baru ni akan memberikan lebih kebahagiaan buat semua orang.. amin..  Selamat tahun baru 2021 dan azam tahun baru banyak cadangan aktiviti nak dibuat pada hujung minggu tahun baru ni kononnya.. berangan nak berjalan dengan anak-anak.. berangan nak pergi berjalan di taman.. berangan jugak nak tanam pokok sayuran di kawasan rumah.. nak semai benih maksud aku.. lepas tu nak kemaskan mana-mana pokok sedia ada..  belum lagi berangan nak berjalan makan kat luar sekejap sekitar JB ni.. memburu makanan sedap atau memburu makanan viral di JB.. sejak sampai sini belum berpeluang pun.. kot la dapat merasa mana tempat ada cendol sedap ke.. atau mee bandung muar yang sedap di JB..  tapi sudahnya hujan lebat selama 2 hari berturut-turut sehingga ke masa ini macam takde tanda nak ber...

Angsana Mall Jb tutup sebab covid

 Assalamualaikum semua,  lamanya blog ni membeku.. meh kita bagi hangat balik.. hangat pasal isu semasa je pun.. isu apa lagi kalau bukan isu covid-19 yang kembali merebak dalam negara kita yang tercinta ni.. dan kali ni Angsana Mall Jb pulak dah tutup sebab covid.. dah la dekat je tau.. tak sampai pun 1km dari rumah kami ni.. mujur jugak la kami ni lama dah tak pergi situ..  Angsana Mall Jb tutup sebab covid sebenarnya.. kecewa jugaklah rasa.. selepas berkorban untuk terus duduk di rumah sekian lama tapi hasilnya macam ni.. apa je yang mampu kita ni mentimun kata.. hadap je situasi depan mata.. ni pulak di kawasan JB ni kes makin banyak.. hari ni saja ada 100 kes.. sedih.. terkilan.. semua rasa la.. rasa tak selamat bila di mana-mana pun ada..  tapi apa je kita mampu buat.. cuma mampu harung dan berserah pada Yang Esa je la.. semoga wabak covid ni cepat diangkat dari dunia ni.. ramai sangat orang susah yang bertambah-tambah susah sebab covid.. tak kurang jugak orang...

Panik bila kes Covid19 dekat je dengan rumah

Assalamualaikum semua,  hari ni aku rajin terlajak.. tapi hakikatnya jiwa tengah kacau.. banyaklah benda yang mengacau.. tapi benda tak bernyawa la sebenarnya.. terutama hal kehidupan seharian.. tambah panik bila kes Covid19 dekat je dengan rumah.. huhu Panik bila kes Covid19 dekat je dengan rumah Serius.. aku memang rasa risau la.. pasal bila bukak aplikasi mySejahtera tadi boleh pulak dia keluar amaran kata ada kes yang berada dalam lingkungan 1km je dari rumah aku.. seram oii.. tapi buat masa sekarang pun aku memang tengah cutikan anak-anak sekolah.. ada hal lain yang lebih membimbangkan kami..  sebenarnya fikiran agak letih la bila memikirkan kita mungkin boleh jadi kumpulan 3 @ 4 disebabkan kontak rapat yang berada di sana sini.. eh kumpulan risiko tu nanti aku sharekan.. ada rasa macam sesia jugak berkorban masa PKP aritu kan.. tapi apa boleh buat.. manusia ni kan.. selagi tak setepek kena kat anak beranak dia.. atau orang yang dia sayang atau diri dia sendiri.. selagi t...

Bekerja dari rumah sebab Covid-19?

Assalamualaikum semua,  semoga korang semua masih sihat hendaknya.. doa yang sama buat aku dan keluarga aku jugak ya.. di saat ni doa je la mampu supaya kita terhindar dari wabak pandemic COVID-19 ni.. lama dah nak menulis tapi asyik la tak sempat.. mungkin asbab bekerja dari rumah sebab COVID-19 ni boleh naikkan balik semangat berblog mana tau kan..    Bekerja dari rumah sebab COVID-19?  alhamdulillah arahan kawalan pergerakan dah pun keluar.. apa pun yang berlaku disebabkan orang awam panik kita bersyukur sekurang-kurangnya pada hari pertama ni ramai yang ikut perintah untuk duduk di rumah.. pastikan tu ya.. duduk di rumah masing-masing kecuali yang kena keluar bekerja macam aku ni..  ya.. aku kena keluar bekerja bila perkhidmatan kami disenaraikan sebagai perkhidmatan penting "essential services ".. alhamdulillah akhirnya ada yang ikhtiraf sebagai antara yang penting..  kami kena bekerja bagi memastikan semua orang cukup sumber makana...

Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan Kerajaan belum umum lagi, dah ada yang berduyun pergi buat pembelian panik.. padahal dah disuruh jarakkan diri dari orang lain dan kurangkan pergi tempat sesak..  Arahan Kawalan Pergerakan - sumber Astro Awani Kerajaan dah umum semalam, hari ni duduklah rumah.. janganlah ada yang buat pembelian panik lagi hari ni.. tak mustahil dengan cara korang keluar berduyun tu akan ada pertambahan kes berganda kang..  Kawalan pergerakan bukannya perintah berkurung.. korang masih lagi boleh keluar untuk cari keperluan utama.. malah masih ada yang kerja pun.. tak mustahil kalau rakyat terlampau panik selepas 2 minggu kawalan pergerakan ni terpaksa buat kawalan lagi ketat macam negara lain tu jugak..  Jadi, tolonglah bertenang dan ikut nasihat yang diberi..  1. Kawal pergerakan - hanya keluar jika betul-betul perlu, jangan berpusu-pusu ke pasaraya pun hari ni 2. Beli barangan yang sepatutnya sahaja - fikirkan orang lain sama me...