Cerita Ita: penyakit tangan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penyakit tangan

penyakit Tangan, kaki dan mulut menyerang?

salam semua, jumaat lepas aku kena 'dicutikan' secara paksa oleh doktor...  begini ceritanya... al kisah khamis lepas shah ambik anak2 balik dari taska terus ke tempat kerja aku... masa ambik anak2 tu baru la ada pengasuh dia yang bagi tau sebelum ni ada anak yang dihantar ke taska disyakki terkena penyakit tangan, kaki dan mulut tapi katanya tak ada tindakan diambil... dan budak tu terus dihantar ke taska... aku takde maklumat lanjut pasal budak ni sebab yang terima maklumat ni shah.... errr kalau orang lelaki dapat maklumat memang tak suka tanya lanjut kan? ke shah sorang je yang selalu macam tu? selalu camtu tau.. kalau ada sedara masuk hospital dia tak tanya pun apa masalah atau bila masuk kalau orang yang bagitau tu tak cerita lanjut... payah pulak kena telefon sekali lagi bertanya... ke memang sifat lelaki camtu ek? sambung kisah anak balik ye... lepas tu kami yang memang perasan ada cam ruam2 timbul kat tengkok dan badan abg ngah mula rasa risau... ada jugak ya...