Cerita Ita: family                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel family

Kisah Mati dan Cerita Sebelum Tidur

Cerita Sebelum Tidur Assalamualaikum semua, sejak dulu aku suka bacakan cerita-cerita pada anak-anak sebelum tidur. Ini anak-anak dah besar agak berkurang aktiviti ni. Kalau dulu siap ada cerita rekaan la aku buat setiap malam. Kalah penulis buku cerita kanak-kanak dah dia punya imaginasi sebab nak layankan anak-anak. Sekarang ni masih layankan juga cerita sebelum tidur ni. Tapi cuma 2 orang yang masih berminat nak dengar.. si Adik Adam dan Abg Chik.. Kalau aku bacakan cerita mesti masing-masing mudah tertidur. Banyak jugak aku baca kisah-kisah tauladan untuk cerita sebelum tidur ni. Aku paling suka buku kisah Nabi dan Rasul, juga kisah sahabat-sahabat Nabi.. tapi sayang buku-buku tu banyak yang dah rosak waktu banjir 2021 dulu. Mayat Bertukar Menjadi Babi (Hadis Palsu) Ada satu kisah yang aku suka bacakan dengan anak-anak. Kisah ni di zaman Rasulullah kita iaitu, Nabi Muhammad S.A.W... pada satu hari dikisahkan seorang pemuda telah datang sambil menangis menghadap baginda Rasulu...

Aktiviti Cuti Sekolah 2024

Luangkan Masa Bersama Anak-anak Assalamualaikum semua, lamanya aku tak menulis kat blog ni. Rindu oii.. Tapi apakan daya, kerja hakiki mengejar macam apa ni.. Sampai rasa tak cukup masa je setiap hari. Tapi dalam kesibukan tu aku sempat jugak la melayan anak-anak buat aktiviti cuti sekolah 2024 kali ni. Walaupun hakikatnya mata ummi ayah diorang ni dah rupa kena jahit dah ni.. Cuaca panas akibat Fenomena El Nino Fenomena El Nino sebenarnya dah mula melanda negara kita Malaysia sejak dari penghujung 2023 hari tu lagi dan dijangka berlarutan sehingga pertengahan tahun 2024. Tapi hujung tahun lepas area kami duduk ni agak sejuk dan sentiasa hujan, jadi kami tidaklah rasa penangan El Nino sangat pun. Tapi sejak seminggu dua ni cuaca memang terasa sedikit panas melebihi biasa. Kalau kat rumah ni buat kerja sikit je dah macam pergi Spa dah rupanya.. mulalah sibuk cari kipas sebab panasnya Ya Allah.. tak terdaya. Bila dah panas macam ni kami mula memikirkan aktiviti menarik yang boleh di...

Selamat Menyambut Ulang tahun Kelahiran ke 12 Kakak Husna!

Happy Birthday Kakak! Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari yang bahagia buat anak tunggal perempuan kami kakak Husna. Setiap kali sampai bulan 12 saban tahun akan sampailah hari istimewa buat kami terutamanya kakak Husna. Dan hari ni jadi lebih istimewa lagi sebab hari ni genap umur kakak 12 tahun.  Hajat yang kesampaian Sejak dari dulu lagi ada satu hajat kakak Husna yang kami tak dapat nak tunaikan. Tapi asbab dengan adanya Covid 19 dan juga PKP satu ketika dulu akhirnya hajat kakak Husna berjaya kami tunaikan. Siapa tau kan sebenarnya setiap yang berlaku dalam hidup kita ni ada hikmahnya. Mungkin bukan untuk kita tapi untuk orang lain yang berada di sekeliling kita. Impian sambut harijadi di sekolah Sebenarnya sejak dari dulu kakak Husna berimpian nak sambut hari lahir dengan kawan-kawan dia di sekolah. Bukanlah tak pernah kami buat tapi rasanya kali terakhir masa dia kata tadika je dulu kot. Sebab yang utama ialah hari lahir dia yang jatuh pada 11hb Disember setiap tah...

Terima Ucapan Ulangtahun Perkahwinan Dari Suami

Assalamualaikum semua, hari ni 24 Jun 2023 merupakan hari ulangtahun pernikahan aku dan Shah. Genap 17 tahun kami hidup bersama pada hari ni. Rasa macam terlalu cepat masa berlalu. Gambar terkini semalam Ucapan sempena ulangtahun perkahwinan Macam tak sangka juga bila suami ucapkan ucapan ulangtahun perkahwinan malam tadi. Sebab dia jenis jarang ingat. Orang lelaki kan..haha.. Tapi sebagai isteri aku rasa gembira dan terasa sangat dihargai bila dapat ucapan macam tu.  Hadiah buat isteri Itulah orang kata orang perempuan ni hidupnya sangat mudah. Bila suami bagi ucapan pun hidup dah rasa bahagia sangat dah. Lagi la kalau diberi jambangan bunga atau hadiah. Lagi la rasa berbunga-bunga hatinya. Jadi sebagai suami tu, boleh la cuba ambil hati isteri dengan pelbagai cara sesuai dengan isteri masing-masing. Hari ni biasanya kami akan bawa anak-anak makan kat luar tapi disebabkan kami semalam dah habiskan aktiviti seharian di Melaka. Kira dah sambut awal jadi kami duduk rumah je la ...

Seronoknya bermain hujan

Seronoknya bermain hujan  Seronoknya anak-anak bermain hujan Assalamualaikum semua,  baru ni PM umumkan cuti umum sempena meraikan kerajaan baru yang memerintah. Johor pulak umumkan cuti umum juga sempena pasukan JDT melangkah kaki ke pusingan akhir Piala Malaysia bertemu Selangor semalam. Sebab itu juga aku dapat menikmati pemandangan anak-anak seronoknya bermain hujan ni.  Lebat betul hujan siang tadi Jadinya bercuti panjanglah kami di Johor ni sampai Isnin esok. Kami tak kemana pun. Cuma balik kampung je. Di kampung pun masih ada tanggungjawab untuk diselesaikan. Itu pun selalunya kena berbahagi dengan adik beradik yang ada pasal tuntutan keluarga sendiri juga.  Macam kami ni agak berat juga. Shah selalunya akan terus buat pau untuk diniagakan. Anak-anak pulak terikat dengan aktiviti sekolah memandangkan masing-masing akan hadapi peperiksaan besar. Serba salah juga selalunya.  Walau terhad masa yang ada, juga kesihatan diri yang dah tak berapa baik. Kena luan...

Anak-anak dan UPKK

Anak-anak dan UPKK  Anak-anak dan UPKK  Assalamualaikum semua, semalam ada banyak pengumuman cuti jadinya peperiksaan UPKK yang dah dijadualkan hari Isnin ni ditangguh lagi. Tapi satu kertas je la. Ditangguh pada Isnin minggu hadapannya pulak. Yang lain masih ikut tarikh awal. Eh lupa bagitau.. maksud UPKK ni sebenarnya ialah Ujian Penilaian Kelas Kafa. Penilaian khas untuk sekolah agama untuk seluruh negara.    Pindaan tarikh UPKK  UPKK anak-anak tahun ni agak banyak cabarannya. Dah 2 kali tangguh ni. Pertama hari tu lepas kabinet dibubarkan dan tarikh pilihanraya ditetapkan,  jadi kenalah anjak lagi tarikh UPKK. Dah dapat tarikh baru bermula 28hb November 2022 macam jadual bawah ni mulanya.  Tarikh dan jadual peperiksaan UPKK  Sekali semalam Perdana Menteri Malaysia yang baru dah umumkan cuti umum jatuh pada hari Isnin ni jadinya dah ada pengumuman tarikh gantian untuk kertas peperiksaan UPKK daripada 28hb November 2022 tu diganti kepada 5hb Dis...

Sambutan Hari Lahir buat Ayah, Abg Chik dan Adik

Sambutan Hari Lahir buat Ayah, Abg Chik dan Adik Sambutan Hari Lahir buat Ayah, Abg Chik dan Adik Assalamualaikum semua, lamanya aku sibuk dengan kehidupan seharian dan kerja sampai lupa nak mencoretkan sesuatu kat blog ni haa.. rindu dengan blog dan semua pembaca blog Ceritaita ni sebenarnya. Tapi apa nak buat. Dah nak penghujung September baru ada kesempatan nak menulis. Bulan September ni sebenarnya ada banyak peristiwa penting berlaku. Ada banyak jugak cerita yang boleh disimpan menjadi kenangan. Antaranya hobi baru kami berkhemah sekeluarga dan hari keluarga kedua-dua belah pihak keluarga kami. Terselit di antaranya ialah sambutan hari lahir buat 3 orang September Boy dalam keluarga kecik kami ni. Abg Chik lahir pada 3 September, Adik Adam lahir pada 6 September dan Shah pulak pada 8 September. Cukup semua dekat-dekat. Jadi jimat la raikan sekali je dan kongsi kek.. haha.. bagus kan? Kami raikan secara simple je di waktu berkhemah di tepi pantai awal bulan ni. Semoga kita ada pelu...

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 15 Abg Long

Assalamualaikum semua, 17hb April 15 tahun lalu merupakan hari bersejarah buat kami. Kali pertama bergelar ibubapa memang akan dikenang sampai bila-bila. Tahun ni genap 15 tahun usia anak sulung aku, Ahmad Haziq Hakimi yang kami panggil Abg Long. Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 15 Abg Long. Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 15 Abg Long ~ kek tu aku sempat buat masa balik kerja Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 15 Abg Long Angka yang cantik tahun ni, ummi doakan semoga anak sulung ummi ni sentiasa cantik juga akhlak dan peribadinya supaya boleh menjadi contoh yang baik buat masyarakat terutama adik-adik abg long sendiri. Semoga dengan bertambahnya umur abg long ni, semakin matang juga abg long dalam menghadapi kehidupan. Ummi dan ayah akan selalu mendoakan yang terbaik buat anak-anak supaya berjaya di dunia dan akhirat, insyaAllah. Semoga Abg Long pun akan berusaha untuk menjadi anak yang berjaya satu masa nanti.  Baru ni sempena meraikan hari lahir Abg Lon...

Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak

Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak  assalamualaikum semua,  baru ni kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak.. kalau kat JB ni nak jumpa durian murah agak susah jugak.. rasanya sebab faktor duduk dekat dengan negara jiran, jika tak berapa laku pun dijual di JB masih ada pasaran di negara jiran.. ini pendapat aku la.. apa pun meh la aku cerita pasal kisah aku beli lagi durian murah untuk makan anak beranak ni..  Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak  asalnya masa tu aku tinjau post kawan-kawan yang lalu kat facebook tu semua.. tiba sampai kat post seorang kawan ni dia tunjuk dia beli durian murah kat area Kulai.. teruja la aku yang hantu durian ni tengok gambar kan.. terasa-rasa la kat tekak tu kesedapan durian tu haa..  ada budak makan tak toleh kiri kanan..  jadi aku ambik keputusan tinjau la kawasan penjual durian di Johor Bahru ni haa.. dan kawasan sekitar la.. termasuk brader yang jual durian murah kat Bandar...

Durian murah di JB

assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan pasal info penjual durian murah di JB.. selama ni memang sibuk mencari orang jual durian murah yang berbaloi untuk dibeli.. alhamdulillah hari ni rezeki pulak dapat jumpa.. Durian murah di JB masa balik kerja luar tadi aku nampak ada orang jual durian kat Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.. bila ternampak tadi terdetik juga dalam hati.. nak ajak shah singgah la balik kerja nanti..  durian murah jb balik kerja dalam pukul 6 petang tadi aku ajaklah shah singgah.. syukur gerai tu masih bukak dan ada jual durian longgok yang macam kami cari.. kalau boleh taknak la yang mahal-mahal sangat sampai tak mampu nak beli..  ni la si Jefry di hadapan durian longgok sedang elok kami sampai ada la durian yang disusun ikut longgok.. selonggok ada 3 biji semuanya.. RM20 je selonggok.. ni yang dah pecah-pecah dan merekah la kulitnya.. siapa nak beli 3 longgok penjual tu.. namanya Jefry akan bagi harga RM50 je untuk 3 longgok.. murah kan?...

Free Games Online : aktiviti bersama anak-anak di musim PKP

assalamualaikum semua, dah ada yang rasa nak pengsan sebab PKP dilanjutkan? atau mak bapak yang dah tak larat nak bahagikan masa lepas pening hadap musim PDPR dengan anak-anak kat rumah? jangan risau la kalau korang pun dah mula rasa tepu hadap kerja sekolah anak-anak.. sebab bukan korang sorang je yang mengalami saat macam tu? aku di sini pun mengalaminya.. hahaha.. jadi cuma tarik nafas dan enjoy the moments ya.. tapi kalau rasa tak boleh jugak meh la aku kongsikan apa aktiviti bersama anak-anak di musim PKP yang boleh korang buat untuk melegakan sikit otak korang tu dari memikirkan bila PKP dan PDPR ni nak habis..  Free Games Online : aktiviti bersama anak-anak di musim PKP apa yang aku buat tu? aku habiskan masa sikit buat aktiviti bersama anak-anak di musim PKP ni dengan buat apa yang mereka suka.. jadi apa yang anak-anak suka? aku tak tau la kalau anak-anak korang tapi anak-anak aku semuanya suka kalau aku sebut bermain permainan komputer.. eh kita belum ajak pun dia dah la...