Cerita Ita: kursus                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kursus

Latihan terbaik yang pernah aku ikut!

assalamualaikum semua,  aku ni baru je balik dari bengkel latihan ni.. Leadership Training kat Melaka Bandar Bersejarah.. alhamdulillah banyak betul belajar sepanjang berada kat training ni.. memang sangat bertuah rasanya terpilih dalam kursus ni..  Latihan terbaik yang pernah aku ikut!  bukan macam latihan yang biasa-biasa yang kita cuma duduk dan dengar dari persembahan power point macam biasa.. tapi ianya lebih kepada kelas yang sangat aktif.. kami diberikan bermacam tugasan yang memerlukan bukan hanya kemahiran berfikir tetapi jugak memerlukan kerjasama dari semua ahli pasukan.. bukan tu je.. kami jugak diminta menulis sendiri point penting yang kami perolehi dari latihan yang dijalankan mengikut sesi dengan bantuan fasilitator.. Tuan Hj. Tajudin sangat bagus dan mahir dengan kerjanya.. dia sememangnya dilahirkan menjadi jurulatih yang sangat bagus!  aku percaya takde seorang pun peserta yang rasa menyesal walau terpaksa bekerja pada hari Sabtu selep...

Kursus RAT di Institut Teknologi Unggas Melaka

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari ke 3 dan merupakan hari terakhir kami berkursus di Institut Teknologi Unggas Melaka ni... cantik tempat ni.. kalau nak tau inilah kali pertama aku datang ke ITU Melaka ni.. sebelum ni ada jugak diberi kesempatan untuk berkursus di sini tapi disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan aku terpaksa tolak... jemputan RAT dan kali ni ditawarkan pula sekali lagi bagi mengikuti kursus RAT bagi tahun ni.. mesti korang pelik kan.. kenapa la kena berkursus RAT pulak kan? kena tangkap tikus ke? atau kami yang jadi tikus agaknya... hahaha.. sebenarnya nama penuh Kursus ni ialah Rapid Action Team atau singkatannya RAT.. objektif kursus ni ialah melatih pasukan gerakan pantas untuk menghadapi wabak penyakit.. kiranya kalau ada wabak penyakit yang melanda ternakan dalam Semenanjung Malaysia ni kamilah antara orang yang akan digerakkan untuk menjalankan segala operasi yang terlibat..  tapi bukan la kami saja sebenarnya.. a...

Masih di sini

assalamualaikum semua, aku sekarang ni ada kat Radius International Hotel di Jalan Bukit Bintang ..kursus dari 10/11 hingga 26/11... dan sekarang masih berada di dalam bilik seminar ni..tapi serius aku dah ngantuk gila dah ni.. sebabnya semalam tak lena tidur sebab hotel ni berada di lingkungan fub dan club..*pengsan* ok la..sambung dengar kuliah ni..wish me luck ok! p/s peserta dari negara lain ni tanya kat area dekat2 kami ni mana senang nak cari patung upin ipin dan t shirt dan keychain malaysia ye? betul punya blur bila org tanya ni..

Kursus lagi..

assalamualaikum semua, hari ni aku sibuk dengan kursus internal audit ISO.. esok pun ada lagi.. mesti korang nak kata kerja dengan kerajaan ni asyik kursus je kan.. nak buat macamana..kursus ni kitorg dah rancang sejak tahun lepas lagi..dan akhirnya alhamdulillah terlaksana jugak.. tapi bila dah kursus bermakna masa nak berblog terhad...dan aku dah semakin tak sihat..dah mula batuk-batuk sejak Sabtu..ini makin teruk dan suara pun dah hilang...kesian anak-anak tak dapat dengar suara ummi dia.. tadi pun adik husna siap bawak pamplet ada gambar tunjuk kat aku suruh bacakan..alahai anak.. badan pun dah rasa sengal-sengal je ni..macam nak demam pun ada.. dah amalkan minum air kayu manis dengan madu..alhamdulillah bagus untuk batuk tapi suara pulak yang makin tak ada.. nak tau petua legakan batuk dengan air kayu manis? senang je..ada blogger ajar dulu.. caranya rendam kayu manis dalam segelas air panas..biar dia suam-suam baru letak sesudu teh madu..kacau dan minum..buat je bila ter...

Sakit jiwa kan orang ni?

assalamualaikum semua, kelmarin ada janji nak post satu cerita pasal gambar WW #40 kan... terpaksa memungkiri janji ok... semalam tak boleh pulak sebab ada kursus grooming di HTAA...seronok.. nanti kita cerita panjang lagi ye... tapi nak cerita satu perkara menarik kelmarin ni... masa nak balik aku sempat sekodeng blogger.... pastu terpandang satu komen.... kat entry sini la Lirik Lagu Rozita dari Kumpulan Lantana alahai kesian kan orang ni..... sakit jiwa kot...ke takde orang buat lagu atas nama dia... hihihi.... sabo je la kan.... nak publish ke tak komen macam ni ye? p/s semalam dapat order lagi untuk produk baru Koleksi Cik Ta...alhamdulillah rezeki...nak tau apa produk baru tu... kejap aku update kat sana ye...

Off to Kuala Lumpur

assalamualaikum semua, lama tak dapat update blog ni kan? sebabnya aku sekarang ni takde di Kuantan..aku tengah kursus di tengah bandar KL ni.. tapi hati selamanya di kuantan..rindu dengan shah dan anak-anak..semoga Allah permudahkan urusan kami anak beranak..in Shaa Allah.. dan esok petang aku akan bertolak balik selepas 4 hari 3 malam kat sini..lega.. pertama kali tinggalkan adik husna lama-lama macam ni..alhamdulillah dia tak banyak ragam shah kata..itu pun bersungguh-sungguh aku kumpul susu untuk tinggalkan stok sampai hari khamis ni..dugaan betul..dah la dengan puting yang sakit..jadi nak pam pakai mesin tak boleh..kena marmet guna tangan..sampai aku dah tau nak marmet cara yang betul.. alhamdulillah Allah bagi kemudahan dan urusan yang lancar buat kami.. banyak ilmu dapat sepanjang berada kat kl ni.. dan esok pagi aku akan ke UPM untuk sesi praktikal pulak.. meh layan gambar tempat aku duduk jom..dah balik esok kita cerita panjang ye..line kat sini macam biskut walaupun ...

Wordless Wednesday # 8

assalamualaikum semua, p/s arrrrghhhh otak tepu....aku nak balik!

kursus bermula!

assalamualaikum semua, maaf tak dapat nak tulis entry semalam...ingat nak update pasal lawatan ke muzium coklat semalam tapi tak sempat... mungkin malam sikit ke baru aku boleh cerita... semalam ada 2 tempat menarik yang kami pergi tapi malam kang aku cerita ye... sekarang ni tengah berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat...lepas ni kang ada sambungan lagi....untuk setakat setengah hari ni aku cuma boleh rumuskan tak sia-sia shah cuti teman aku...sebab banyak yang dapat aku belajar setakat setengah hari ni... p/s mood tengah susah hati bila, call, sms, whatsapp shah tak dapat sejak dia hantar aku tadi...bang...tolong la call balik... tolong doakan jangan ada apa2 ye...

Apa??? tarikh kursus ditunda???? adoiaiii...

salam sejahtera semua, baru terima call dari organiser kursus yang patutnya berlangsung minggu depan dan diberitahu kursus terpaksa ditangguhkan kerana penceramah tak dapat hadir minggu depan..... aku ada cerita kat entry ni homestay dan hotel di area bandar salak tinggi . bila tau je tarikh kena tukar...aku pun laju-laju terus call shah mintak dia tunda cuti dia... itu yang penting.... harapnya dapat la... pastu aku call pulak homestay, tanya boleh tukar tarikh ke tidak.... waaaaa..... kalut wooo aku jadinya.... panik sekejap.... mujur tak pengsan.... hikhikhik.... apa la ita panik semacam...masalah kecik je pun.... dan akhirnya...rezeki kami ada... tarikh homestay boleh anjak.....alhamdulillah..... cuma cuti shah je belum confirm lagi.... p/s sempat lagi tu fikir....ala tak dapat la nak gi MAHA 2012...sekali lagi miss.....hmmmmm.. ke nekad je bawak anak jejalan hujung minggu ni ke KL.....eh... bang.... ooo..bang....

Tempat menarik dan tempat makan best di sekitar Nilai, Sepang dan Salak Tinggi

salam sejahtera semua, tengok tajuk best kan? asal cerita tempat menarik je.... atau tempat makan best je mesti ingat nak bercuti kan? yaaaa... keluargaku akan bercuti si samping nak temankan aku berkursus...waaa... aku kena kursus... diorang lepak-lepak je kan... sangat jeles ok bang... dan kami dah selesaikan masalah penginapan macam dalam entry homestay dan hotel area bandar salak tinggi ini... jadi penginapan dah selesai dan masanya nak cari tempat menarik yang boleh bawak anak-anak dan tempat makan yang best kami boleh pergi... korang yang ada idea boleh sumbangkan ok... ambik perhatian ini cuma tempat menarik dan tempat makan yang best di sekitar nilai, sepang dan salak tinggi je ye... jauh-jauh takut tak sempat nak pegi la... maklumlah aku ada kursus seharian... cuma ada lapang petang bawak ke malam je la.... p/s berangan nak bawak anak-anak jalan naik komuter... tak pun makan ice cream kat ice room kan? ;)