Cerita Ita: produk                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel produk

MaMom Milk Booster Pilihan Terbaik Untuk Ibu Menyusu

assalamualaikum semua, Kekurangan susu adalah dilema ibu menyusu sejak dari dulu... dan aku jugak tak terkecuali dari beranak pertama sampai la dah ada si kecik adik hadi tu... dan dari dulu jugak aku sibuk mencari produk yang boleh menghasilkan susu badan yang banyak... ada aku kongsikan Doa dan Petua untuk tambah Susu Ibu dulu...  tapi masa tu belum ada lagi cara mudah macam makan pil Habbatusaudah, makan coklat milk booster atau makanan untuk ransang penghasilan susu lebih banyak yang mudah... sebab masa tu kesedaran untuk makan makanan sunnah atau jualannnya amat kurang berbanding sekarang ni... dan ini lagi mengejutkan sebab ada pulak pilihan yang lebih mudah untuk ibu menyusu... aku pun macam teringin nak cuba walau adik hadi cuma tinggal dalam 4 bulan je mencecah 2 tahun... eh tapi hadi masih menyusu susu ibu tau...  Produk yang aku maksudkan ni berbentuk pil diberi nama MaMom Milk Booster ... macam mudah je kan... ambik dan masuk je mulut macam makan vita...

Ketupat segera dan sup kambing dan Ekspo Buku Islam 2013 Kuantan Pahang

assalamualaikum semua, lama cerita ita tak berupdate minggu ni kan? maaflah..betul-betul sibuk minggu ni..dari isnin ada mesyuarat..rabu dan khamis ada kursus...dan hari jumaat pun ada kursus di Salak Tinggi...sesiapa yang membaca entri sebelum ni pasti tau kan? semalam pulak sibuk seharian dengan order biskut dan anak-anak...tapi sempat aku sediakan juadah ringkas untuk sarapan pagi, makan tengahari dan terus sampai ke makan malam...pelik ke? hahaha...tak pelik la untuk kami ni...juadahnya ialah ketupat segera dan sup kambing.. mudah kan? anak-anak lagi suka benda yang simple macam ni..jadi lebih baik penuhi selera anak-anak dari buat yang grand-grand tapi anak-anak tak makan pun... semalam kami sempat gi tinjau Ekspo Buku Islam Pahang di Kuantan Parade..sebenarnya ekspo tu dah mula lama dah dari 27 September 2013 lagi dah mula dan akan habis esok 6 Oktober 2013.. aku cuma sempat berkunjung semalam je dengan shah dan anak-anak...alhamdulillah ekspo tahun ni lebih besar dari tahun...