Cerita Ita: kuih tradisional                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kuih tradisional

Kuih Lopes tradisi Johor tetap di hati

assalamualaikum semua,  hujung minggu lepas aku balik kampung di johor.. kononnya balik kampung boleh la kebahkan demam selsema kat badan kami anak beranak tapi rupanya makin teruk pulak.. mungkin jugak disebabkan cuaca yang agak berbeza antara Kuantan dan Kluang.. Kuantan tengah sibuk hujan tak berhenti berbanding dengan Kluang yang sangat panas dan terik sekarang ni.. apapun terima dengan bersyukur sebab semua tu rezeki dariNya.. cuaca hujan atau panas tentu ada kebaikan yang kita tak nampak di sebaliknya.. Kuih Lopes tradisi Johor tetap di hati kuih lopes tapi bukan pasal cuaca pun nak ceritakan sangat tapi lebih pada rezeki pulang ke kampung aritu.. dapat jamah kuih tradisi yang semakin ditelan zaman.. sebab apa aku kata ditelan zaman tau ? sebabnya kuih nan satu ni dah bermacam variasi dah selepas diubahsuai dari resepi yang asal.. kuih yang aku maksudkan ialah kuih lopes.. ada sesiapa yang belum kenal kuih ni ? kalau ikutkan aku memang tak pernah buat kuih...

Resepi Mudah Apam Kukus

assalamualaikum semua, semalam ada klik dari pejabat ni bertanyakan resepi apam kukus yang aku pernah tunjuk kat blog sebelum ni.. Resepi Apam Kukus ... dan memang rasa hati macam nak buat dari minggu lepas lagi tapi tak jadi-jadi... dan akhirnya aku pun menepuk tepung selepas berbuka semalam... dan akhirnya jadilah menu apam kukus kampung ni... apam kukus tepung gandum ini apam kukus yang amat mudah tau... takde letak nasi atau bahan-bahan yang melecehkan pun... karang korang tengok apa bahannya... aku jamin la dapur korang pasti ada punya... jom kita tengok resepi dia.... Resepi   Apam   Kukus   Tepung   Gandum   Tradisional by Cerita Ita Bahan - bahan 1/2 kilo tepung gandum 1/2 paket yis segera mauripan (1 paket 11 gram) 10 sudu besar gula (kali ni aku tambah marjerin dalam satu sudu besar penuh) 2 sudu besar minyak masak Secubit garam Air secukupnya pewarna jika suka 1/2 biji kelapa parut Cara-cara 1...