Cerita Ita: kuih raya                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kuih raya

Biskut Mazola Kuih Raya Pertama kami

Biskut Mazola Kuih Raya Pertama kami Assalamualaikum semua,  dah masuk 13 Ramadan hari ni. Sekejap je masa berlalu. Biasanya kalau dah dekat-dekat pertengahan Ramadan ni antara rutin yang aku buat ialah buat kuih raya pertama. Semangat pulak tahun ni, jangan tak jadi raya sudahlah hahaha. Biskut Mazola Kuih Raya Pertama Kami  Kuih pertama yang jadi pilihan tahun ni kuih nostalgia yang wajib ada kat rumah mak aku sejak zaman kami kecik-kecik dulu. Stail mak aku dulu buat kuih senang je, mak sedia doh je. Tugas mencanai dan bakar tu gigihlah kami adik beradik.  Kat rumah ni pulak beza. Yang minat buat kuih raya ni anak-anak yang kecik-kecik pulaknya. Jadi apa pun tak boleh la. Nak suruh buat sendiri tanpa pemantauan lagi la tidak jawabnya. Sudahnya maknya jugak la ni yang terkial-kial menyiapkan kuih raya tu.  Kali ni aku pilih buat biskut mazola sebagai kuih raya gunting reben. Maklumlah sejak kami pindah ke Kluang aritu banyak benda yang tak terurus lagi. Barang-bara...

Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas

Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas assalamualaikum semua, korang dah mula buat kuih raya ke belum? ke masih lagi mengumpul resepi kat facebook dan handphone.. 😃.. jangan bimbang sebab aku pun sama seangkatan dengan korang.. simpan je resepi sampai ke sudah.. buatnya tidak jugak.. hahaha.. tapi kali ni aku dah memecahkan ruyung jugaklah.. minggu lepas aku berjaya buat sejenis kuih raya lagi.. eh yang kuih pertama aku buat aku belum kongsi la.. nanti kita kongsi ya..  Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas biskut yang aku buat kali ni dipanggil Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas.. resepi biskut conflakes sedap dan ringkas ni memang sangat senang ok.. korang yang tak pandai buat kuih pun boleh cuba.. yang ni memang sangat senang resepi dan cara-caranya.. yang takde peralatan macam mixer atau mesin pengadun besar-besar tu pun dah boleh je cuba.. janji korang kena pastikan ada oven kat rumah.. takyah cerita pepanjang la.. meh kita kongsikan resepi.. Resepi Biskut Cornflakes S...

Resepi Japanese Crisp Cookies

Resepi Japanese Crisp Cookies  assalamualaikum semua,  korang tengah buat apa tu?  Tengah anyam ketupat eh.. aku tak anyam ketupat kot tahun ni.. cari daun tak jumpa-jumpa.. stress.. 2 tahun lepas pun ginilah.. sudahnya aku beli gak daun kelapa yang harganya tinggi melanggit.. 15 helai RM5 kot macam tu.. tahun ni mungkin dah turun sikit harga pasal dah GST dah 0% kan.. hehehe.. tapi aku bukan nak cerita pasal ketupat pun sebenarnya.. nak cerita pasal kuih raya.. dan nak kongsikan resepi Japanese Crisp Cookies yang macam aku janjikan aritu..  Resepi Japanese Crips Cookies Maaflah sebab janji jadi lama sangat bertaut kasihnya.. semua pasal hidup aku jadi kucar kacir sikit sejak akhir-akhir ni.. ada peristiwa yang berlaku.. nanti la aku ceritakan.. mood nak cerita belum sampai lagi.. kali ni meh kita kongsi dulu biskut raya yang sedap ni dulu..  Aku dapat resepi ni dari mencari kat internet.. pastu cuba-cuba je sendiri dengan harapan menggunung ke ...

Resepi Biskut Ala Famous Amos Viral

Resepi Biskut Ala Famous Amos Viral Assalamualaikum semua,  dulu biskut ni pernah viral kejap.. aku tak ingat la tahun bila.. tapi rasanya masa tu aku tengah mengandungkan adik hadi.. dalam tahun 2013-2014 la gitu.. ada bermacam versi.. aku pernah letak satu resepi gak kat blog ni dulu.. tapi selepas aku cuba satu lagi resepi lain yang blogger Ayu share terus aku guna yang tu je sebab lagi sedap dan tak manis sangat macam resepi yang lama tu.. Resepi Biskut Ala Famous Amos Viral sekarang kiranya akan jadi antara biskut raya wajib yang aku patut buat setiap tahun.. tapi sila maklum ya.. wajib buat bukan bermakna akan jadi yang wajib terhidang.. biasanya akan jadi biskut limited edition yang hanya boleh dimakan oleh tuan rumah anak beranak sahaja ok.. harap maklum.. jangan pulak korang datang rumah aku semata-mata nak tengok aku hidang biskut ni nanti.. sekarang ni pun limited dah jumlah yang tinggal dalam balang tu haa.. dan ini menunjukkan yang biskut ni memang seda...

rezeki di petang hari

assalamualaikum semua, dah lebih pukul 5 tapi aku belum balik lagi ni... tunggu shah sampai.. hari ni shah jemput anak-anak dulu... lepas tu baru ambik aku sebab kami nak balik rumah mak shah kejap... dah jadi rutin je balik hari ke rumah mak shah ni sebenarnya... malam nanti kang berkejaran pulak balik semula ke rumah kami... hari ni konon berangan nak cari kuih raya... jadi aku pun whatsapp la shah ajak gi Giant kejap waktu rehat tadi... hajat asal nak cari kuih raya la kot-kot ada baki lagi ke sebekas dua kan... nak buat ada-ada je kuih kat rumah untuk orang datang... (padahal tak tau ada yang nak datang tak ntah...haha...) sekali aku pegi... memang takde satu kelibat bekas kuih raya pun... kecewa betul... macam terpaksa la pulak kena buat satu dua jenis gini gayanya ni... anak-anak pun dah sibuk tanya... kenapa rumah kita takde kuih raya banyak macam rumah atuk? alahai anak.... maaf la... bulan puasa tahun ni hujung minggu kita langsung tak lekat di rumah... macamana la nak a...

persediaan raya korang dah siap ke?

assalamualaikum semua, dah lamanya tak menulis... bulan puasa ni aku rasa tahap tenaga aku dah makin menurun la... kalau balik rumah kelam kelibut masak pastu bila lepas maghrib je mata dah layu dah...lagi la bila hadi ajak golek-golek...habis terus...padam... cuma seminggu ni agak berubah sikit jadual... kalut lak tu tetiba ada la kawan yang tempah cookies CikTa yang special tu lagi...hohoho...mau pengsan woo... dah la macam tak nampak satu pun bayang kuih raya aku tahun ni... huhuhu...caner tu? agak-agak pengsan tak tengok kuih ni? Cik Ta Cookies  hahaha... jangan nak ngengada order ok...order dibuka separuh tingkap je pun tuan oven dah rasa tak larat dah ni... untuk baju kami dah beli baju melayu dan baju kurung sesiap dengan pembekal tegar kami Azizah Butik kat Kluang.... haha tegar lagi tu... mau taknya... rasanya tiap tahun memang aku borong dengan dia je la... senang... semua warna ada... saiz aku pun ada..huhu.. ini yang penting... akak tokey pun dah ta...

Wordless Wednesday # 62

assalamualaikum semua, kuih raya pertama kami selain Cikta Chipnuts Kukiss.. :) p/s mlm ni nak sambung buat satu lg..inshaaAllah..

Projek biskut raya lagi?

assalamualaikum semua, aku baru je sampai rumah pagi tadi dari rumah mertua..alhamdulillah anak-anak seronok beraya di rumah mak tok dia... pagi ni sesampai je tadi aku terus berebut masak nasi..buat nasi lemak dengan sambal tumis..rezeki syawal.. ni tengah projek menambahkan kuih raya yang dah abis...ada tinggal 2 jenis je kat rumah ni..yang lain dah licin...aku agih-agihkan ke dua-dua rumah orang tua kami...selesai.. plannya kami akan balik johor malam ni tapi mungkin akan tunda ke esok pagi atau petang...tengok keadaan lagi macamana cuti shah...aku memang dah confirm cuti mula hari ni..orang dah balik aku baru mula nak cuti..hehe... doakan keselamatan kami sepanjang perjalanan pergi dan balik ye.. ok jom sambung keja..lepas ni nak sambung kerja mendobi pulak ni...semput... p/s rasa macam nak buat kuih semperit la sebab aritu tak sempat...agak2 sempat tak ye?

Kuih Raya ke 4 dan penukaran jalan di Kuantan lagi?

assalamualaikum semua, korang sihat hari ni? harap semua sihat sejahtera hendaknya ya... semangat betul Cik Ta ni nak raya kan? hehe...bersemangat sebab adanya anak-anak...kalau tak...takdenya nak susah payah pun.. setengah orang cakap.. baik beli je...ya...memang kalau nak buat ni meletihkan kalau yang makannya seciput je..sangat tak berbaloi.. malam tadi kami keluar gi beli barang basah untuk majlis esok...cadangnya nak masak spaghetti bolognese mushroom yang dimelayukan..hehe... untuk nasi kami cadang nak hidang dengan lauk ikan masak masam manis..ikannya belum diputuskan.. tengah menimbang antara tilapia merah atau siakap... lauk lain pulak nak buat tomyam ayam campur sayur... hidang pulak dengan buah tembikai.. dan ada plan nak buat desert ni... kek vanilla krim berlapis buah segar... wah macam sempat kau cikta.. kalau tak sempat makan je la mana yang ada...ye tak? (sesilap aku hidang kurma dengan air je esok...hajat bukan main tinggi lagi tu...hikhikhik...) apapun doakan semo...

Hasil projek bertukar!

assalamualaikum semua, tadi pagi aku tunjuk gambar kacang kan? cadangnya nak buat biskut cornflakes madu tapi lain pulak jadinya...hehehe... aku sudahnya simpan semula kacang tadi... buat biskut lain pulak.. aku buat biskut ala famous amos lagi tapi kali ni resepi lain pulak.. sumbangan seorang blogger..nanti aku dah hadap laptop boleh cerita panjang ok..ni kat telefon android murah ni susah sikit...terutama nak link-link bagai semua tu.. ok la...kita layan gambar je la dulu ye... kuih raya ke 3 ku... sila abaikan je nama putu kacang kat balang tu ye.. p/s kuih tart dah tinggal satu bekas je ni...waaa...macamana nak bawak balik 2 kampung ni..harap dapat buat lagi la sebelum raya..

Kuih Raya kami yang kedua..

assalamualaikum semua, ni projek kedua kuih raya dari kami.... Biskut Pelangi Salju Biskut Pelangi Salju   Resepi Biskut Pelangi Salju dari buku Chef Hanieliza Bahan-bahan 300 gram tepung gandum 125 gram minyak sapi 125 gula halus Pewarna yang disukai (aku pakai merah, kuning telur-yang ni tak yah guna pun tak pe, adunan dah kuning dan hijau epal) gula halus secukupnya Mangkuk kertas Cara-cara 1. satukan gula dan minyak sapi dan ditepuk sebati 2. masukkan tepung gandum dan digaul sebati (guna spatula pun ok) 3. bahagikan pada 3 bahagian dan diwarnakan dengan warna kuning telur, merah dan hijau epal 4. ambil satu bahagian kecil dari setiap warna (sebesar manik) dan satukan dan bulat-bulatkan 5. Bakar dalam oven pada suhu 180-200 degree celcius selama 20 minit 6. keluarkan dan sejukkan 7. bila sejuk golekkan dalam gula halus dan letakkan di dalam mangkuk kertas 8. susun dalam balang kedap udara sebenarnya nama dia tu aku tak ingat tapi aku main bubuh je nama pelangi sal...

Demam kuih raya dah mula dah dan menu berbuka semalam

assalamualaikum semua, hari ni cuma nak tunjuk gambar...esok kita cerita panjang ye... banyak keja nak dibereskan hari ni... alhamdulillah abg long boleh bertahan sampai pukul 7 petang semalam walaupun dah nangis-nangis tengahari semalam... dan...dia makan paling banyak hari semalam..air milo abis segelas besar..bubur lambuk semangkuk...dan mee bandung lagi...pecah rekod untuk orang selalunya cuma makan roti dan koko krunch je... semalam kami berbuka dengan mee bandung..alhamdulillah... p/s petang ni shah dah request nasi goreng dengan ikan masin...alhamdulillah senang keja tak payah memikir dah...

Menu Berbuka

assalamualaikum semua, dah masuk 3 ramadhan dah hari ni... sekejap je rasa... rasa macam baru je pengumuman... nak cerita perjalanan berpuasa abg long tahun ni... abg long beriya-ia bangun sahur macam aku cerita dalam entry ni Baru 1 hari bersahur ... tapi sudahnya sampai sekolah jam 8 pagi dah makan biskut cicah air kat sekolah tadika dia... aduhai....sabor je la... semalam pulak aku kejut bangun sahur tapi dia langsung taknak... aku dukung...basuhkan muka... pastu lari tidur semula... malas dah nak paksa.... jadi malam tadi aku dah tanya sesiap... nak bangun sahur ke tidak... dia jawab nak... jadi pagi tadi kami kejut dia... dah lambat jadi makan je la menu berbuka semalam... itu pun aku tolong suapkan... tapi syukur jugak ada jugak masuk perut... pagi tadi pulak jam 10.15 pagi cikgu telefon... dia kata hakimi menangis-nangis nak makan dengan kawan-kawan... dia kata dia dah sakit perut lapar... tapi aku pesan balik dengan cikgu dia...cuba tahan selagi boleh... dan ci...

Biskut Ala Famous Amos

assalamualaikum semua, sekadar menjenguk untuk letak gambar biskut yang aku buat semalam.. sempat buat satu adunan je untuk bawak balik kampung mertua semalam... tapi memang biskut ni sedap...lainkali boleh buat lagi...untuk kuih raya sudah semestinya... resepi akan dikongsikan kemudian ye...sebab nak kredit pada yang bagi resepi..kat henpon ni tak boleh nak buat... p/s mak sedara shah siap cakap semalam...sedap..boleh mintak resepi untuk kuih raya ni...hehe.. dah update ... sila tengok RESIPI KAT SINI

kuih raya ... dah buat ke? aku dah...

salam sejahtera semua, korang sihat pagi ni? aku ting-tong sikit kepala pasal baru sampai dari rumah mak aku pukul 1 pagi tadi... macamana puasa korang? kejap je dah 24 Ramadhan kan? dah nak abis pun bulan ramadhan... semangat nak raya makin terasa... lagi la kat opis aku ni haa... nak tau apsal? pasal jiran sebelah ni dah mula pasang lagu-lagu raya je dah ni... mood aku lak? nak kata ke laut... laut dekat je dengan rumah... maka aku kata mood aku ke gunung aci tak? pasal gunung jauh kat rumah mak aku kat kluang sana tu kan.... hehe.... tahun ni aku rasa aku bersara la buat kuih raya.... bersara kejap je la... takde semangat nak buat dengan cabaran anak-anak ni... karang aku jadi macam kes ni  pulak kang... pasal dah letih kan? apa pun boleh jadi..... tapi  korang mesti pelik tengok tajuk kan? kata aku dah buat..... sebenarnya aku menumpang nama kuih yang mak dengan adik aku buat je baru ni masa balik kampung.... aci jugak kan? hehe.... dah banyak jugak stok kuih ...

pelik...

salam semua, semoga kalian semua sihat dan terus segar hari ni ye... aku sebenarnya nak cerita kejadian semalam.. aku pelik sesangat... abg long bangun untuk sahur...! sesuatu yang mengejutkan... kalau bulan puasa yang dulu (masa kami duduk rumah sewa) memang dia selalu join kami bersahur.. tapi masa tu aku tak pelik pasal kami duduk rumah satu tingkat.. kalau kami sibuk2 kat dapur dia dah boleh dengar... sebab tu dia boleh bangun dan join kami pun... cuma kali ni kami duduk rumah 2 tingkat kan.. dia pulak tidur kat bilik atas dengan abg ngah... sedar2 je bunyi orang bukak pintu dan dia tetiba je ada kat tangga masa shah gi jenguk... sambil sibuk2 tanya ummi dengan ayah buat apa?... aku rasa mesti dia ingat aku sibuk buat kuih raya lagi la tu kat dapur.. hehe.. takde keja lain la ummi ko ni nak oii... bila aku jawab nak sahur.. boleh pulak dia jawab saya pun nak makan jugak... nak sahur jugak... hahaha.. buat lawak je la... tapi betul tau.. dia memang bersahur tapi bersahur ku...

kuih raya kelimaku...

salam semua, nak tayang gambar lagi ni.... walaupun projek tak berapa nak menjadi.... kali ni aku buat biskut dahlia... resepi dia aku tiru yang biskut semperit punya tu.... ni gambar dia masa belum bakar... nampak cantik je kan....? sekali aku dah bakar... ni la pulak kejadiannya... adeh... dia melepek la pulak.... terhangus pulak tu... puas aku godeh2 suhu dia bagi ngam... tapi yang penting rasa dia best kan.... hehe... p/s biskut nestum dan oat tu sedap bebenor la... tak leh nak makan sikit2... sempat tunggu raya tah tak ni...

kuih raya keempatku...

salam semua, cuti2 ni menjadik lagi program kuih raya kan... aku suka!!! kali ni aku nak tayang kuih keempat aku pulak.... ni dia......   biskut lagi... dan biskut kali ni ialah biskut oat choc chips... aku copy resepi dari blog kak UMMI ZAIHADI... kak ummi mekasih ye... tapi sekali lagi sukatan main agak2... hahaha... nak buat camne kan... orang bajet yang buat kuih ni... nak beli timbang malas nak cari... hehe.. janji jadi je kan... yang ni pun aku tambah gak... aku letak coklat cip lebih buat tenyeh kat biskut nestum pagi tadi tu.... lagi satu aku pakai oat bukan oat segera tapi oat biasa2 je yang kena masak punya... yang sebijik2 tu.... cam ok je.... cuba je la kan... rasa sekali lagi kena tunggu berbuka ye... tapi tester dah selamat dah beberapa keping ni... diorang kurang sikit sebab makan biskut ni kenyang kot... aku ikut adunan kak ummi tu lebih kurang leh dapat dalam 70 biji... ok la sedang2 besar sikit dari duit 50 sen... aduh... budak kecik najmi ni sibuk pa...

kuih raya ketigaku....

salam semua, haa.... hari cuti2 ni aku nak tayang hasil kerja lepas subuh tadi kat korang..... hehehe... jangan jeles aaaa.... tarra kuih ketigaku.... percubaan ni berjaya pun sebab budak2 berdua tu bangun lewat sikit hari ni... diorang bangun je aku dah siap tengah bulat2kan je kuih ni.... hehe takleh la nak mengacau sangat kan.... biskut ni diberi nama BISKUT NESTUM.. aku ambik resepi kat myresepi... tapi aku godeh2 sendiri gak... pasal macam biasa la kan.. tak pakai timbang... sekali lagi main agak2... tak apa tah rasa dia.... nanti dah berbuka aku update ek.. tapi bebudak 2 orang ni suka je... kat myresepi tu takde letak kismis tapi aku adjust letak gak... saje nak abiskan stok kismis yang masih banyak.... tapi tak yah letak lagi ok kot sebab biskut tu jadi pecah2 pulak.... adeh....  apa pun menjadik dah kuih raya yang ketiga ni... pasni ada projek gak lagi tau....hehe...

kuih raya pertamaku...

salam semua, dah tengahari dah ye... baru sempat nak update blog... rehat ni ingat nak lepak2 je la... ngantuk nooo mata ni... sebelum tu nak tayang sikit gambar ni haa.... tu dia dah mari dah..... mood raya ni kawan2... hehe.... kuih makmur yang aku buat malam minggu lepas..... hasil kerjasama bersama anak bujang tersayang tu la... sapa lagi kalau bukan abg long.... aku saje je buat comel2... senang anak2 nak masuk mulut... aku buat kuih ni lebih kurang pukul 9.30 malam  gitu la... masa ni adik dah selamat tidur depan tv.. shah kena ot... abg long pulak leka tengok tv.... tetiba bila aku start blend kacang tu alih2 dia dah ada kat dapur pulak sambil buat pertanyaan baik punya.... "ummi buat apa tu?".... jangan tak faham ada maksud tersirat di situ.... hahaha... aku je yg faham kot.... tak lama je lepas 5 minit dia dah selamat duduk bersila depan aku sambil pegang sudu tepung bersedia untuk "menolong".... dan sudahnya kerja yang boleh siap lebih awal ...