Cerita Ita: ujian                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ujian

Salam Ramadan Buat Semua

Ramadan 1445H Yang Dinanti Assalamualaikum semua, sedar tak sedar dah masuk hari ke 5 Ramadan tahun ni rupanya. Macam sekejap je berlalu, baru je rasa tengok pengumuman awal Ramadan hari tu. Tiba-tiba je dah sampai hari ke 25 dah pun.  Telah diumumkan secara rasminya pada malam 10hb Mac 2024, yang 1 Ramadan 1445H telah jatuh pada hari Selasa, 12hb Mac 2024. Maka secara tak langsung, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari itu iaitu lewat sehari dari umat Islam di Mekah. Jadi harapnya aku tak terlewat nak ucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca blog Ceritaita. Cuaca Panas di Seluruh Negara Macamana korang menghadapi bulan puasa tahun ni? Kalau tanya kami, agak menguji jugak dengan cuaca agak panas sekarang ni. Semalam macam ada terbaca yang Malaysia akan lebih panas beberapa hari mendatang ni.  Mulai hari tu negeri Perlis telah diumumkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana suhu di seluruh negeri Perlis telah mencecah 37 hingga 40 darjah celcius. Negeri lain pun ad...

Julai : Bulan ujian buat kami

Assalamualaikum semua, tadi pagi dah cerita pasal ujian kan? Kebetulan bulan julai ni banyak pulak ujian besar yang terjadi buat kami. Ini antara ujian yang aku boleh ceritakan kat korang la. Sebab ianya tak melibatkan aib sesiapa. Bulan Julai 2023 Kebakaran di PPIT Batu Pahat Ujian Pertama : Pusat Operasi Batu Pahat Terbakar Kejadian kebakaran berlaku pada awal pagi 4hb Julai yang lepas. Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak bomba. Tapi memang habis rentung la ruangan pentadbiran tu. Syukur juga ianya tak melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan. Cuma kerosakan harta benda sajalah. Itu pun kami sedih jugak. Maklumlah harta kerajaan ni bukan senang nak dapat gantinya. Masa kejadian ni berlaku dalam pukul 3 pagi macam tu. Memang bukan waktu bekerja la waktu ni. Ada seorang pemandu lori yang melalui kawasan pejabat ni dan ternampak kepulan asap keluar dari bangunan. Alhamdulillah beliau sangat peka dan terus menelefon bomba waktu tu. Jadi tak sampai beberapa minit bomba dan s...

Ujian

Assalamualaikum semua, aku terbaca di dinding facebook seorang kawan. Dia ditimpa ujian yang sangat berat. Lebih berat lagi bila dia ceritakan kisah ujian yang menimpa tetapi orang tidak percayakan ceritanya. Pada aku hilang kepercayaan dari orang lain itulah ujian sebenar buatnya. Gambar hiasan ketika proses melupuskan ternakan Ujian Maksud ujian itu sendiri ialah untuk mencuba atau memeriksa tahap seseorang. Dalam konteks kehidupan dan agama, ujian adalah untuk menguji tahap ketahanan iman seseorang menghadapi masalah dan dugaan dalam kehidupan. Komen positif dan negatif Tapi di sebalik itu ada banyak komen baik dan memberi semangat di statusnya itu. Aku, dalam kebanyakan masa memilih untuk diam, baca dan hadam. Ada banyak perkara yang boleh dibaca dan dihadamkan dengan baik. Ambillah sebanyak mungkin komen yang positif supaya kita terus bersemangat untuk hidup yang lebih baik. Kadangkala antaranya ada jalan penyelesaian bagi masalah yang kita sedang hadapi. Mana-mana komen yang nega...

Musibah cermin retak di Jalan Sungai Soi

assalamualaikum semua,  lamanya tak kongsikan cerita pasal kehidupan aku kat blog ni.. aku baru je balik hadiri minggu sukan jabatan di Kelantan semalam.. nantilah aku ceritakan pasal sukan tu.. pagi tadi kami sertai gerai jualan bersempena Mesyuarat Agong Puspanita Negeri Pahang.. kami jual susu segar dan pau jugak karipap frozen.. alhamdulillah jualan agak bagus.. cuma tak sangka akan terkena musibah cermin retak di jalan Sungai Soi petang tadi..  Musibah cermin retak di Jalan Sungai Soi selepas jualan tadi, kami putuskan nak lalu jalan dari Indera Sempurna sebab ada hal di sana.. jadi kami kena lalu jalan dari Sungai Soi menghala ke Kampung Kempadang untuk sampai ke rumah kami di Bandar Putra.. sampai di jalan kawasan hadapan Petronas Sungai Soi tu shah dah bunyi,  katanya banyak batu berterabur di sepanjang jalan tu.. shah kata mesti ada lori ni yang bawak dan terjatuh dari lori.. memang nampak pun sepanjang jalan tu banyak batu kasar dan halus..  ma...

Balik kampung dan dilema

assalamualaikum semua, hari rabu lepas kami dapat berita pasal rawatan susulan abah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru... yang ni aku taknak ulas lanjut pasal tuan punya badan belum bagi keizinan untuk kami bercerita dengan sesiapa pun... cuma harap sangat doa kalian agar semuanya berjalan lancar... cukuplah untuk kalian tau yang kesihatan abah agak sulit untuk diceritakan tetapi ianya serius...  balik kampung atau kenduri? bila kami tau je pasal rawatan abah hati dah mula berbelah bagi...sebabnya di awal perancangan akan ada jemputan kenduri kahwin di Terengganu pada hari Sabtu dan pada hari Isnin, shah dah janji nak hantar emak dia ambik borang di Pejabat Agama Islam di Pekan... aku terus tak berani nak suarakan hasrat nak balik jumpa abah sebelum rawatan dimulakan... antara rasa serba salah, rasa sayang... sampai tak tentu rasanya... bila along whatsapp dalam whatsapp family tu aku terus respon alhamdulillah... sebab tau rawatan abah dapat dipe...