Cerita Ita: hari keluarga                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hari keluarga

Anak-anak bergembira di De Rhu Beach Resort

assalamualaikum semua, hari ni rasanya sangat puashati bila tengok anak-anak senyum gembira.. sebagai seorang ibu rasanya kenikmatan melihat anak gembira tu tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata.. sebab itu ada ibu yang sanggup buat apa saja semata-mata nak tengok anaknya gembira kan? tengok la muka gembira ni semua aku macam tu jugak.. hari ni ada program family day atau Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari 2017 di De Rhu Beach Resort selama 2 hari 1 malam.. alhamdulillah aku rasa banyak pengisian berguna walau baru separuh perjalanan program.. tak sia-sia kami luangkan masa untuk datang..  kemas dan selesa biliknya siap ada pilihan bilik yang best macam ni kalau sesiapa nak gi honeymoon tau dapat bilik yang cantik dan bersih pulak dari De Rhu Beach Resort tu.. yang paling aku suka resort ni sediakan kelengkapan sejadah dan al quran tanpa perlu request pun.. pssstt.. wifi dia pun laju gila dimana korang berada pun tau.. sejadah dan al-qu...

adik hadi mencuba petua selsema

assalamualaikum semua, hari ni kami ada kat kampung, rumah mak shah.. adik shah balik kampung sekejap sempena cuti Thaipusam.. korang pun balik kampung ke? kami tak balik sebab Pahang tak ambik cuti untuk Thaipusam.. budak selsema tetap aktif walau ada kat kampung tapi aku tak lena tidur sejak semalam.. hadi selsema teruk sampai tak boleh nak letak bawah pun.. suasana yang sejuk sangat kat kampung agaknya sampai jadikan adik selsema lagi teruk.. aku dah tersengguk-sengguk sambil meriba adik hadi.. aduhai gini la kalau jadi mak-mak ni.. sebab tu bila dah ada anak baru aku tau macamana pengorbanan mak abah waktu membesarkan kami dari kecik dulu.. aku belek pulak dalam beg alat-alat kecemasan yang biasa kami angkut ke hulu hilir minyak apa-apa yang digunakan untuk kecemasan.. cuma ada vick je.. aduhai.. minyak pati batook ori dengan minyak herba asmak tertinggal pulak.. kecewa abis..  tapi aku cuba jugak la sapu kat bawah hidung, kat batang hidung, kat beti...

Selamat Hari Lahir Yang Ke 7 Sayang

assalamualaikum semua, banyak sangat cerita yang nak dikongsikan dalam blog ni tapi kesibukan buat masa ni tak mengizinkan jari ni terus berada di atas keyboard untuk menaip...maka banyak sangat entry yang tertunda.. sejak dari awal tahun lagi... cerita abg long di sekolah...cerita kami buat short trip ke Muzium Pekan...cerita kami menyertai dua Hari Keluarga yang sangat meriah... cerita check up...cerita kami menang hadiah kretif di Petrosmart Kuantan....semuanya terpaksa menunggu masa untuk diceritakan kemudian... dan hari ni setelah agak lama tak menulis...aku nak coretkan sedikit ucapan buat anak pertama kami yang selamanya akan jadi pertama...dan tetap akan jadi antara kesayangan ummi dan ayah buat selamanya... Hari ni 17 April 2014, genap usia abg long 7 tahun... pesan ummi untuk abg long cuma sedikit je nak... carilah ilmu sebanyak mungkin tak kira untuk dunia atau akhirat kerana hanya dengan ilmu manusia dapat mengatur diri menjadi lebih sempurna... jagalah adab d...

cuti dah abis...jom naik kerja!

assalamualaikum semua, hari ni last aku bercuti...esok dah naik kerja semula...aduhai...mula la rasa malas pulak... seronok masa di rumah dengan anak-anak... dah seminggu duduk kat rumah jangan husna atau abg ngah dia menangis tak nak gi taska sudah la nanti..huhu.. kesian anak-anak... gambar hari keluarga kami tu nanti aku letak ye...siap entry baik punya...inshaaAllah... p/s terima kasih pada yang mendoakan..love u all so much..semoga Allah balikkan yang baik2 untuk kamu semua juga...amin..

hari ditunggu dah tiba

assalamualaikum semua, berbunga-bunga hati rasanya hari ni...korang sihat? inshaa Allah kalau takde aral semua family akan berkumpul kat rumah aku hari ni sebelum kami ke Cameron Highlands esok pagi...semoga semua urusan kami dipermudahkan Allah hendaknya...amin.. jadi malam ni agenda dia projek bakar-membakar...dua kotak polisterine kat bawah ni dah menunggu...best tu..hehe... sekarang ni tengah sibuk nak memasak soto dulu... ok...selamat bercuti bagi yang bercuti...bagi yang bekerja pulak...selamat menjalankan amanah ye... p/s teringin dari semalam nak buat kek kukus asam manis la...kena cari asam manis gak ni..

Berdebar-debar

assalamualaikum semua, maaf tak dapat nak update dalam masa terdekat ni... sangat-sangat dibebani tugas... inshaaAllah akan ada update yang panjang nanti... ada dua perkara aku nak kongsikan... satu, trip ke Bangkok nampaknya tak jadi dan plan kami untuk berhari keluarga di Cameron Highland diteruskan jua akhirnya... harapnya semua urusan dipermudahkan... alhamdulillah... kedua, aku mula rasa tak sedap hati dari semalam... dada rasa berdebar-debar tanpa henti dan nafas rasa macam terlalu pendek... bukan disebabkan terima berita yang tak mengembirakan atau apa... tapi memang tanpa sebab... tadi aku plan nak buat pemeriksaan di klinik tapi nampaknya beban kerja sekali lagi tak mengizinkan... inshaa Allah malam ni kalau tak ada aral melintang akan aku gagahi juga ke klinik... doakan segalanya berjalan lancar dan tiada apa yang perlu dibimbangkan ye kawan-kawan... p/s simptom macam sakit jantung...tapi nauzubillahiminzalik...

hari keluarga KSSM 2011 part last

salam semua, aku ingat nak update hari keluarga part last ni lepas tengok gambar kat nikon aku tu... sekali memory card tu buat problem la pulak.. asyik keluar ayat suruh format je... ke dia rosak... abis la gambar dalam tu semua...waaa... ni aku update ikut gambar dari henset ni je la ye...nasib je la... petang lepas sesi pendaftaran tu, anak beranak ni pegi naik APV... dah ayah dia teringin nak buat camne... ok2.. layan gambar k...  sibuk manager tu ajar cara nak guna  akhirnya... muka abg long tak puas hati pasal dia yang nak bawak.. waaa... ummi sudah kena tinggal! pastu ni la hasil kami kat situ 2 hari satu malam... berbaloi kan? hahaha... jangan jeles.. yang hamper satu lagi tu baru aku bukak semalam... yang kipas tu aku dapat dari acara kotak mancis...rezeki anak2... ni design yang aku buat.... cam biasa ada je yang nak menyebok... hehe.. nasib baik ummi menang lagi nak... yang ni pulak budak sibuk nak usung hampe...

hari keluarga KSSM 2011 part 2

salam semua, kursus tak start lagi ni... aku sempat la nak update 1 entry ni.... kita sambung cerita hari keluarga ok... hari tu aku ada cakap kan yang aku kena jaga pendaftaran... kali ni aku nak tunjuk gambar di hari pendaftaran tu la.... ditemani oleh anak2 yang pandai buat hal masing2.... abg ngah ke hulu ke hilir bawak biskut dan macam2 makanan... abg long pulak.... memula dia mengendeng kat orang tengah karaoke... lepas tu bila suruh dia nyanyi....  dia kata dia tak pandai.... tapi last2 dia yang tak leh nak lepas mikrofon tu... hahaha... lawak betul.... sebab benda tu takde kat rumah kan... ok aku nak gerak ke kursus dulu....layan gambar je la ye....  tak banyak pun bilik kami ambik... kecil-kecilan kan...  muka petugas yang macam nak makan org...  ni dewan dia...   peneman setia... senyum...senyum... ummi nak ambik gambar...

hari keluarga KSSM 2011 part 1

salam semua, cuti baru ni korang buat apa? kami kat makmal ni ada sambutan hari keluarga kelab kecil makmal kami... walaupun kecil tapi MERIAH!!! sebab aku dapat banyak hadiah... hehe... acara bermula sabtu lepas... aku kena jaga pendaftaran dari pukul 2 hingga 4 petang... disebabkan aku antara orang terdekat maka kami datang awal la sikit.... pukul 1 lebih dah terpacak kat situ.... siap check in semua..... ok kali ni sebab bajet penginapan Sendirian Bhd. maka terpulang pada ahli kelab nak duduk situ ke tidak... cuma makan je boleh sponsor... kelab kecik la katakan.... kami buat sambutan kali ni kat Kempville Beach Resort... alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan makanan pun tak mengecewakan.... untuk sesiapa yang nak buat sambutan kat sini ok jugak.... leh la try.... ini pilihan bilik yang ada kat sini.... ada 4 jenis... 1. bilik standard - rm70 cuma ada kipas (katil queen/2 katil single) 2. bilik deluxe - rm 100 yang ni lebih kurang cam standard cuma ada air cond d...