Cerita Ita: vacation                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel vacation

Jalan-jalan ke Melaka - Cendol Kampung Hulu

assalamualaikum semua, meh la kita cerita pasal kami pergi bercuti hari tu walaupun tengah dalam mood PKPB ni kan.. lepas je balik dari mesyuarat di Putrajaya hari tu aku saja la nak tambah masa dengan keluarga terutamanya dengan anak-anak.. jadi kami buat percutian yang tidak dirancang untuk jalan-jalan ke Melaka pulak.. betul-betul tidak dirancang kali ni.. bermula dengan teman ummi ke Putrajaya lepas tu jalan-jalan ke Melaka pulak.. tempah hotel pun terkejut-kejut kaedahnya... huhu.. sorang je model untuk Jalan-jalan ke Melaka -Cendol Kampung Hulu kami cari hotel yang murah jugak.. di Hallmark Crown Hotel Mallaca.. kali ni ambik 2 bilik supaya lebih selesa.. anak-anak tidur bilik asing.. selesa la sikit sebab bilik kat hotel ni kecik je.. taklah besar mana.. dan harga dia pun ok jugak.. kira harga 2 bilik ni macam harga satu bilik standard di hotel 3 bintang ke atas la.. harga sekali dengan sarapan untuk 2 orang.. oklah tu kan.. cuma musim covid ni sarapan tu dia bagi yang dah siap ...

Melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda

assalamualaikum semua, masa dah masuk fasa PKPP aritu aku tetiba je dapat notis kena pergi mesyuarat di Putrajaya.. dah lama la cerita ni.. bulan 7 aritu..  disebabkan anak-anak belum lagi naik sekolah maka kami buat keputusan untuk bawak je la anak-anak ikut sekali.. lagi pun sejak dari mula cuti sekolah dari sebelum PKP hari tu dah ada rancangan nak bercuti tapi asyik la tergendala.. bila dah ada PKP lagi terus tergendala semuanya kan.. bila tau kena pergi mesyuarat ni ada la kesempatan untuk bawak anak-anak berjalan.. jadi jomlah kita melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda.. Melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda Perancangan sekejap tu dimulai dengan menjejak hotel untuk menginap.. masa cari tu kan dan suntuk masa.. jadi aku guna je la memana aplikasi yang ada.. yang senang dan selalu murah dari yang lain.. aku cari guna Agoda masa tu.. dapat la harga yang amat berbaloi.. musim Covid ni aku raaa lebih murah dari biasa.. tambah je duit sikit untuk ...