assalamualaikum semua, hari ni aku berpeluang untuk sama-sama merasakan kemeriahan program tahunan yang diadakan di AnCasa Royale Pekan Pahang.. sudah menjadi tradisi bila menjelang je cuti sekolah, Ancasa Hotels dan Resorts akan merangka satu program khas sempena cuti persekolahan.. Program yang dikenali sebagai AnCasa Junior Chef ni sebenarnya dah masuk tahun yang ke 8 penganjurannya.. lama kan? dan aku baru berkesempatan hadir untuk tahun ni.. terasa rugi jugak.. Ancasa Junior Chef 2018 Kembali Lagi! mesti korang nak tau apa yang menarik dalam program ni kan? macam aku la memula tau pasal pogram ni..macam tertanya-tanya jugak apa je pengisian program tahunan AnCasa Junior Chef ni sebenarnya.. mulanya ingat pertandingan memasak atau apa.. rupanya dalam program tahunan ni kita boleh saksikan chef- chef cilik beraksi menunjukkan bakat dalam bidang masakan atau kulinari dan jugak ada tambahan aktiviti menarik untuk penduduk setempat.. Antara peserta yang ambik bahagian...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.