Cerita Ita: dutch lady                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel dutch lady

Menang Hadiah Peraduan 'Mak Saya Kata Saya Anak Bijak' Anjuran Dutch Lady

Assalamualaikum semua, hari ni dapat perkhabaran gembira... aku menang peraduan anjuran Dutch Lady.. contest 'Mak Kata Saya Anak Bijak'.. alhamdulillah syukur.. walaupun sebenarnya cuma menang tak banyak tapi aku bersyukur betul la... peraduan Dutch Lady sebenarnya kalau ikutkan macam ramai je yang dapat sebab dia kira semua 250 penyertaan pertama setiap minggu.. tapi tak boleh la dapat berulang.. cuma satu hadiah je untuk setiap peserta... peraduan ni dah berlangsung lama dari 7 Ogos 2016 lagi dah tau... cuma aku tau dah awal bulan September tu haaa... itu pun sebab Pinky Momma share dalam blog dia.. rugi betul sebab memang tiap bulan pun kami memang membeli susu Dutch Lady untuk adik Hadi... tapi syukur la jugak dapat jugak melekat hadiah yang satu ni haa... gambar yang dipertaruhkan dan sekarang ni aku cuma bersedia dengan telefon je la... mana la tau kot-kot tetiba je Dutch Lady call ajak join untuk Hi Tea dengan Scha AlYahya dengan si comel Lara tu ke k...

Kalender Berpuasa Dutch Lady dan Kempen Susu dan Sahur

assalamualaikum semua, lama dah berangan nak buat entry ni tapi manjang asyik terlupa dan tak sempat... nak cerita perkongsian yang baik ni... terutama untuk ibu-ibu atau bapa-bapa yang ada anak baru belajar berpuasa tahun ni... haaa... korang tau susu Dutch Lady? mestilah tau kan? Dutch Lady ada melancarkan kempen untuk bulan Ramadhan ni... ada artis cilik yang terlibat... Mia Sara.. comel dia ni kan? Kempen yang dianjurkan ialah kempen Susu dan Sahur. Bagus untuk melatih anak berpuasa. aku tau pasal ni sebab anak-anak memang minum susu Dutch Lady.. dari abg long sampai ke adik husna... dan hari tu terpandang kertas kat tepi tempat jualan susu tu.. aku tengok dan bila perhati agak menarik...aku ambik 2 untuk anak-anak... Kempen "Susu dan Sahur"   Kalender Berpuasa   Kalender bulan puasa -ruangan untuk ditanda bersama nota comel    satu tentu untuk abg long tanda nanti... satu lagi untuk abg ngah kalau dia sama sibuk nak menanda juga...