Cerita Ita: info jalan Kuantan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel info jalan Kuantan

Betul punya marah orang Kuantan ni..

assalamualaikum semua, hari ni facebook Kuantan tanya pendapat warga Kuantan setelah 4 hari laluan di Kuantan ditukar... meh kita tengok.... hehehe... betul punya marah orang Kuantan kan? aku pun sama tau.... tolong la Majlis Perbandaran Kuantan atau MPK dengarlah rintihan kami ni... p/s dengarnya diubah laluan ni sebab kedai-kedai kat area yang tak tertumpu tu susah nak laku... ye ke?

Pagi yang kelam kabut di Kuantan - Jalan Bertukar!

assalamualaikum semua, kelam kabut bandar Kuantan pagi ni...tak dapat aku bayangkan bila petang nanti... Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami pergi dan pulang dari kerja sehari-hari...amin.. sebabnya.... inilah dia... cadangan penukaran jalan yang telah dilaksanakan mulai hari ni 22 Julai 2013 hingga ke 21 Oktober 2013... aku tak kisah pun penukaran jalan yang nak dibuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan sebab alasannya dibuat untuk mengurangkan kesesakan teruk di waktu puncak di kawasan bandar Kuantan selama ni... cuma yang aku kisah dan susah hati adalah kerana jalan yang terbabit adalah jalan kami untuk pergi dan balik kerja hari-hari... dan penukaran dibuat di kala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan... bayangkan keadaan kami yang selama ni memang kena menempuh kesesakan di Jalan Mahkota yang dipenuhi dengan Bazaar Ramadhan... ada 2 Bazaar Ramadhan di sepanjang jalan tu... satu di parking berhadapan dengan padang MPK 1 (yang popular sebagai tempat be...