Cerita Ita: duit raya                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel duit raya

Menang duit raya dari Denaihati!

assalamualaikum semua, semalam dah cerita pasal rezeki menang RM500 dari SGshop.. hari ni nak cerita pulak menang duit raya dari Tuan Amir Denaihati yang baik hati.. alhamdulillah.. rezeki duit raya seingat aku memang tiap tahun ada je disediakan hadiah berbentuk wang tunai untuk pembaca blog Denaihati.. kadangkala contestnya sangat senang nak buat.. tapi berbaloi untuk cuba..  bukan setakat ganjaran duit raya macam ni.. malahan beliau memang rajin sangat panjangkan rezeki yang beliau terima melalui cara macam ni.. antaranya yang aku pernah join ialah.. 1. Senaraikan entri blog yang paling banyak dikongsikan oleh pembaca Denaihati. 2. Senaraikan entri blog yang paling suka kita baca dalam bulan Ramadhan. 3. Senaraikan status facebook page Denaihati yang paling aku suka.. yang ni yang terbaru la.. dan sebagai ganjaran, peserta yang berjaya memikat juri boleh mendapat hadiah wang tunai.. yang no 1 tu aku tak berjaya.. no 2 dapat RM25 dan yang terbaru ...

Apa ada pada duit RM100 tu?

assalamualaikum semua, gambar hiasan -perbezaan duit palsu   sihat hari ni? dua tiga hari ni kecoh pasal budak-budak sekolah dapat duit RM100... yang lebih susahnya orang tua la.. kena beratur bagai nak dapatkan duit tu... tapi alhamdulillah itu la orang kata rezeki anak-anak... terima dan bersyukur dengan apa yang diterima selagi boleh.... aku bukan nak kecoh sebab aku tak dapat.... anak-anak pun kecik lagi.. takde yang sekolah pun... cuma aku dengar memacam rungutan pasal duit bantuan persekolahan bernilai RM100 tu... dari mak bapak yang dapat... semua senyum dan bersyukur sebab dapat..... tak kurang jugak ada suara-suara yang kata... "gaji dah banyak... ribu-ribu pun masih nak hadap ke duit RM100 tu...? bagi la kat orang lain yang lebih memerlukan...." errr... aku cuma nak tanya korang yang dapat atau cikgu-cikgu yang terlibat dengan pembahagian duit ni.... bukan duit ni semua pelajar dapat ke? jadi ada lagi ke istilah lebih memerlukan? ini cuma ...

Kecoh di Kuantan

salam sejahtera semua, dah ada yang bercuti ke? kepada yang dah bercuti, selamat bercuti diucapkan... bersemangat nak raya kan... awal ambik cuti.... aku? masih kena bertugas sampai esok... tadi pagi je abg long dah sibuk-sibuk kata sekolah cantik(Tadika Kemas) dah cuti... saya nak sekolah kat sekolah ustazah(taska tumpang) la... ye la nak... memang ummi hantar situ pun... semalam balik sekolah dia dah dapat  3 sampul duit raya... suka dia masa bercerita semalam sambil riuh mulut dia tanya bila kita nak raya... budak-budak kan? tapi kalau takde budak-budak raya kita tak meriah mana pun... ke tak betul? ada bapak dengan mak budak yang lebih-lebih ke? hehe.... back to the tajuk.... memang kecoh kat kuantan semalam.... dah la semalam petang ada ribut sekejap... seram bila tengok keadaan kat luar..  malam tadi aku dengan shah bawak anak-anak nak beli baju raya.. lagi sekali ribut dalam family pulak. baju melayu dan baju kurung dah selesai.. sepasang sorang je pun... dan se...

penukaran duit raya sekitar kuantan untuk 2011...

salam semua, aku baru je masuk opis ni... keluar gi bank rehat tadi.... abis semua bank aku jelajah...... cerita dia pasal nak tukar duit raya la ni... korang mesti pelik kenapa aku berkobar2 tahun ni kan? sebabnya ialah dah 2 tahun aku asyik terlepas je nak tukar duit kat bank tu haaa.... kesian bebudak asyik dapat duit lama (edisi korek tabung punya).... tahun dulu tu aku pesan dengan abang aku kat kl... mujur kl ada lagi... dapat la duit baru.... tahun lepas lak langsung tak sempat memana dah pun.... tahun ni pulak memula aku cadang nak kirim je dengan adik aku kat kl nuuu..... last2 tadi tergerak lak nak gi jenguk bank..... jadi aku leh keluarkan senarai untuk orang kuantan yang nak pergi tukar duit tu ye..... Maybank (jln bank) - belum start lagi... 18hb ni baru start... diorang ni kena pakai borang..masa kalau tak salah dari pukul 10-12.30 tghari je... Cimb ( depan mega) - belum start jugak... 18 hb ni baru ada... yg ni sistem dia aku tak tau.... Bank Rakyat (depan m...