Cerita Ita: asas blog                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel asas blog

Mencari Semangat Menulis Blog

Assalamualaikum semua, dan beberapa bulan ni aku cuba mencari kekuatan dan semangat untuk menulis blog semula. Selepas beberapa insiden terjadi, ku akui semangat menulis blog ni dah jatuh merundum. Tapi sedang cuba bina semangat semula dengan sokongan kawan-kawan. Blog : Di mana dan bagaimana bermula? Sejarah Blog Fenomena blog muncul pada awal tahun 1990-an. Pada mulanya, blog dianggap sebagai bentuk jurnal dalam talian di mana individu atau kumpulan boleh berkongsi pemikiran, pengalaman peribadi, atau catatan harian mereka di internet. Salah seorang pelopor dalam dunia blogging ialah Justin Hall, yang dianggap sebagai salah seorang blogger pertama. Beliau memulakan blognya pada tahun 1994 dan menulis tentang pengalaman peribadinya serta aktiviti di dunia maya. Namun, populariti dan pertumbuhan blog benar-benar meletup pada akhir tahun 1990-an dan awal tahun 2000-an. Pada masa ini, platform blogging seperti Open Diary (1998) dan LiveJournal (1999) menjadi terkenal dan menarik minat ba...

Blogger Dashboard berwajah baru!

assalamualaikum semua, terkejut bila tetiba je bukak blogger dashboard hari ni.. sebabnya dah bertukar la.. dah berwajah baru ! takde dah yang jenis berkotak-kotak macam dulu tu haa... menarik nampaknya.. lebih segar mata bila tengok blogger dashboard yang baru ni.. lebih semangat nak menulis gitu.. huhu... blogger dashboard berwajah baru korang tengok je la gambar yang aku tunjuk ni.. dulu-dulu kalau kita klik kat blogger tu dia keluar rupa lain sikit kan... dan perkataan dia pun lain sikit tak salah aku.. dan font dia guna pun macam lagi menarik.. nampak kemas je bila mata tengok.. isk.. macam jatuh cinta la gitu.. haha.. ini pendapat aku la ye.. orang lain aku tak pasti la pulak.. tapi apa yang aku suka tu memula je tau.. lepas tu jadi panik.. alamak.. mana list blog yang aku follow selama ni ? mana nak cari ni ? maunya tak panik kan ? bukan aku hafal pun link blog tu semua.. mana nak hafal sebab kebanyakannya nama blog yang panjangberjela.com jadinya aku letak...

Ilmu untuk dikongsi

assalamualaikum semua, semalam ada komen menarik kat blogger dashboard masa aku semak komen-komen yang masuk... ecece.. macam banyak sangat komennya kan... hahaha... komen ciput je tapi tetap kena tapis... alasan nak tapis? pasal pernah dapat komen yang pasti kau boleh terkujat baca dan kesannya sampai tak boleh tidur malam sebab memikirkan wajarkah entri itu dipadam terus dari alam maya... tapi sekejap je aku rasa macam tu... bila dah lama-lama aku rasa ada je orang akan dapat manfaat dari blog aku atau dari entri yang aku tulis... dan tak semua orang akan setuju dengan apa yang orang lain cakap... baca komen yang panjang lebar kedua tu... di entri INI dan semalam bila aku baca komen macam di atas ni... aku rasa aku dah capai sedikit dari matlamat yang aku nak... kalau tak dpat capai semua pun atau tak dapat capai sebahagiannya pun aku rasa dan puashati bila ada orang boleh tolong aku untuk capai matlamat yang sedikit tu... antara matlamat aku buat blog di awal ...