salam sejahtera semua, aku nak cerita pasal berbuka free semalam... best! pasal tak payah masak... hehe... sebenarnya perancangan berbuka puasa anjuran Jabatan ni dah lama diorang nak buat tapi semalam baru terlaksana... menu makanan... alhamdulillah best dan sedap-sedap... ada nasi, lauk gulai kawah, ikan masak sambal, ayam goreng, acar dan ikan masin bulu ayam... ada juga kuih tembosa dan kuah bakar yang sedap (adik husna pun boleh makan sekali).... alhamdulillah semua aturcara teratur dan sangat baik..... selepas makan aku mendaki pulak surau kat atas bukit sebab nak solat kat dewan tak boleh, nak ambik air sembahyang kena tinggal adik husna lak nanti pasal kena ambik air sembahyang kat dalam tandas... kalau surau boleh je dia duduk kat tepi tu kejap... dah lama tak datang berbuka sama dengan staff kat sini pasal ada kejadian menyebabkan kami merajuk hati dulu... dulu-dulu lagi meriah dari sekarang ni... kalau dulu nak solat pun dah tak cukup ruang dewan makmur tu... ...