Cerita Ita: homestay                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel homestay

Homestay Gapai Pelangi Dalam Pembaikan

Pembaikan Dan Dugaan Assalamualaikum semua, dah masuk hari ke 4 di tahun 2026. Hari ni kami masih di Kuantan. Ada dugaan sebenarnya sejak semalam. Kebetulan pula kami memang akan berada di sini hingga esok. Dugaan Tiba Kami sebenarnya dah tutup tempahan untuk homestay sejak dari awal bulan November lagi aritu. Pertamanya disebabkan ada masalah nak cari orang untuk pembersihan. Kedua ada banyak benda nak kena baiki dulu. Disebabkan kami buat sendiri semua benda dan masa yang ada agak terhad jadi kami tutup je la buat sementara waktu. Bagi kami baiki dulu semua benda dan sampai jumpa orang sesuai untuk buat kerja-kerja pembersihan. Kereta Rosak Pulak Semalam waktu kami balik dari sarapan di Tanjung Api kan kereta kami ada masalah sikit. Shah dah bawak pergi bengkel. Tiba-tiba waktu malam nak ke Taman Kerang dia jadi senggut-senggut pulak. Jadi pagi ni menjajau la Shah mencari kawan-kawan yang boleh bantu.. maklumlah hari Ahad kan. Mana nak cari bengkel yang bukak. Kebetulan ada kawan yan...

korang perasan tak?

assalamualaikum semua, nak tanya korang ni..korang perasan tak ye.. siang sekarang ni macam makin panjang je aku rasa..sebabnya dah dua hari ni aku perhatikan kat kuantan ni hari cerah je walaupun dah pukul 7 malam.. bila tengok kat luar macam pukul 5 petang je lagi... memula aku ingat kat kuantan je yang macam tu...pasal kami duduk area laut kan...jadi awan payah nak nampak bila musim-musim angin kuat ni... tapi tiba-tiba along aku whatsapp gambar kat kl...eh macam lagi cerah dari kat kuantan ni..dah macam kat oversea la pulak kan ada siang panjang-panjang ni... kalau bulan puasa la camni...harus ramai yang kena 'gastrik'....hihi... apa pun aku gunakan masa siang yang panjang sebaik mungkin untuk anak-anak...masa malam untuk bapak anak pulak kan? eh? hihi... layan je la gambar kat bawah ni ye..yang dua gambar kat jalan tu kat kuantan...yang lagi satu gambar kat rumah flat polis tu kat kl.. p/s dah dapat homestay kat kota bahru..kat area kg lundang...jauh tak eh dengan...

Apa??? tarikh kursus ditunda???? adoiaiii...

salam sejahtera semua, baru terima call dari organiser kursus yang patutnya berlangsung minggu depan dan diberitahu kursus terpaksa ditangguhkan kerana penceramah tak dapat hadir minggu depan..... aku ada cerita kat entry ni homestay dan hotel di area bandar salak tinggi . bila tau je tarikh kena tukar...aku pun laju-laju terus call shah mintak dia tunda cuti dia... itu yang penting.... harapnya dapat la... pastu aku call pulak homestay, tanya boleh tukar tarikh ke tidak.... waaaaa..... kalut wooo aku jadinya.... panik sekejap.... mujur tak pengsan.... hikhikhik.... apa la ita panik semacam...masalah kecik je pun.... dan akhirnya...rezeki kami ada... tarikh homestay boleh anjak.....alhamdulillah..... cuma cuti shah je belum confirm lagi.... p/s sempat lagi tu fikir....ala tak dapat la nak gi MAHA 2012...sekali lagi miss.....hmmmmm.. ke nekad je bawak anak jejalan hujung minggu ni ke KL.....eh... bang.... ooo..bang....