Cerita Ita: drama                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel drama

Layan Drama Maid di Netflix

Layan Drama Maid di Netflix Assalamualaikum semua, sejak tahun lepas aku langgan Netflix.. asalnya sebab menyampah dengan saluran tv yang sedia ada.. dah jemu asyik tonton ulang-ulang.. lepas tu pulak bila aku kena kuarantin sebab Covid19 tahun lepas aku jadi terlayan la pulak drama Korea.. dan terbaru ni aku layan drama Maid di Netflix.. Layan Drama Maid di Netflix selalunya aku jarang nak bercerita pasal drama atau filem tapi cerita Maid ni menukar persepsi aku dalam mengulas filem atau drama kerana drama Maid di Netflex ni sebenarnya berdasarkan kisah benar seorang ibu muda yang berjuang selepas didera secara emosi oleh teman lelakinya untuk membesarkan anak perempuannya sendiri di samping bekerja sebagai seorang pembantu rumah..  yang berdasarkan pengalaman sebenar Stephanie Land yang dilahirkan pada tahun 1978, setahun lebih tua dari aku.. pengalaman Stephanie Land ni beliau tuliskan dalam buku  Maid: Hard Work, Low Pay and a Mother's Will to Survive  yang telah dit...

Anak-anak PASTI melawat Abang Bomba!

assalamualaikum semua, ni sebenarnya cerita awal bulan ni.. tapi disebabkan kesibukan kerja ummi dia makanya cerita begini asyik la tertangguh.. tapi aku tetap jugak nak update cerita anak-anak dalam blog ni.. moga jadi kenangan baik untuk mereka satu masa nanti.. dan kali ni nak bercerita kisah anak-anak berjumpa abang Bomba pulak..  ini gambar rombongan kakak   Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat tapi ni bukan kisah Abang Bomba I Love You macam drama kat tv tu... ni kisah lawatan ke anak-anak aku yang jugak anak-anak PASTI ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kuantan.. abg ngah dengan kakak husna kan penghuni setia PASTI dah dekat 2 tahun.. alhamdulillah banyak kemajuan yang mereka berdua dapat dari PASTI.. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik guru-guru serta pengasas di PASTI.. dan setiap tahun pasti ada je lawatan yang memberi pelajaran yang baik buat anak-anak.. macam tahun lepas mereka buat lawatan ke Zoo Kemaman.. itulah kali pe...

Drama pagi ini..

assalamualaikum semua, selamat pagi... ceria semua hari ni? al maklum dah sampai Jumaat tentu ramai yang ceria sebab esok dah bercuti... bagi yang masih bekerja esok takpe jangan sedih ok.. teruskan ceria juga... pagi ni walaupun ada drama menangis pepagi hari.....aku tetap rasa ceria nak pegi kerja... sebabnya pagi ni ada majlis sambutan hari raya di pejabat kami... menu simple je.. potluck.. jadi ikut la nak bawak apa pun... aku dah cerita semalam kan...aku punya aku buat roti jala.. tapi versi segitiga gak... aku try buat yang gulung tu tapi tetap fail.. jadi... buat yang senang je la.. segitiga... disajikan dengan kari ayam.... buat suami tersayang... terima kasih bang kerana menguruskan semuanya di saat isterimu menjala... sayang abang sangat-sangat... eh terjiwang la pulak... hehe... ok layan gambo ye... roti jala - ada yang mintak resepi.. hold dulu ye.. nanti aku tuliskan... kari ayam  pepagi ni ada drama dilakonkan oleh abg ngah sebagai watak utama...

terasa aku tau..

assalamualaikum semua, siapa tengok cerita kat tv9 baru ni? drama 90 hari...lakonan sapa ntah...hehe..aku  tak kenal dan dah pernah ambik tau.. tapi drama dia bagus juga..bagi kita sedar tentang tujuan hidup..serta menghargai orang tersayang sebelum kita kehilangannya... cuma aku terasa satu je tau... part yang perlakon utama dia tu tengah dating dengan makwe dia kat cafe..boleh makwe dia ambik gambar makanan yang diorang makan sambil si pakwe tu bercerita pasal masalah dia..tapi makwe tetap tak fokus..last-last keluar ayat dari pakwe dia tu.. "you ni boleh tak kalau tak ambik gambar semua benda yang kita nak makan?" lebih kurang camtu la ayat dia..kalau salah aku jadi telefon rosak ok.. bila aku dengar je pakwe dia ckp gitu...aku terus...gulp...aku ler tu kan? semua nak ambik gambar...semua nak snap masuk blog...dah namanya blogger kan....sabor je la kan...hehe... p/s hutang entry byk gila...waaa...sorry la ek...