Cerita Ita: blogger                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel blogger

Aku pun ada keyboard comel la!

Assalamualaikum semua,  aku nak cerita pasal keyboard comel yang semua orang tengah sibuk ni.. keyboard dan mouse untuk telefon android.. dan aku pun nak bagitau yang aku pun ada keyboard comel tu la ! eh nak eksen jugak.. hahaha..  Aku pun ada keyboard comel la! aku beli dah 2 minggu jugaklah.. dah guna dan tau ok baru la boleh cerita dengan korang.. masa tu aku cuma tengok je kawan-kawan blogger beli tak terfikir la nak beli pun.. tapi lelama eh.. macam senang gak kan kalau ada satu macam tu.. senang bawak ke hulu hilir dan tak perlu nak usung laptop lagi.. oh.. tipikal orang perempuan kan.. haha.. pantang tengok orang ada benda comel-comel dan best ni..  sekali aku tengok kat Shopee aritu harga dia murah jugaklah.. bila kira-kira termasuk pos cuma dalam RM32++ je tau.. haruslah terpedaya.. tapi yang aku order ni kena tunggu dia pos dari China la.. pada aku tak lama sebab cuma ambik masa dalam 7 hari dari tarikh aku order..  cepat kan?  y...

Cara letak widget Top Commentor Monthly Filter Author

assalamualaikum semua,  pagi ni aku nak kongsikan pasal tips blog.. jarang sangat aku nak tulis pun.. ni pun sebab semalam aku dapat idea nak letak widget top commentor monthly filter author.. ni widget top commentor secara bulanan dan akan tapis penulis sebagai pengomen.. macamana dapat idea ni? asalnya aku suka pulak tengok kawan-kawan bagi reward pada top commentor pada blog masing-masing dan macam best pulak bila tengok ada widget top commentor pada blog.. seronok tengok ramai kawan-kawan yang support..  Cara letak widget Top Commentor Monthly Filter Author tapi aku bukanlah nak bagi reward apa-apa pun pada pengomen tegar ni lagi.. buat masa ni aku memang belum teringin buat sebarang contest sebab dulu pernah gak buat contest tapi terkubur sepi sebab tak ramai yang join..  jadinya awal-awal ni aku nak cuba letak dulu widget tu kalau ada rezeki lebih insyaAllah ada la rezeki buat pengomen tegar tu jugak..  ok mesti ada yang nak tau macamana aku buat untuk j...

Birthday Giveaway by Mamapipie

assalamualaikum semua,  hari ni aku nak sertai giveaway setelah sekian lama tak sertai mana-mana contest yang dianjurkan oleh blogger.. bukan taknak selalunya tu.. cuma tak sempat.. kadang-kadang bila tengok tarikhnya pun dah terlepas.. kali ni aku sertai Birthday Giveaway by Mamapipie.. Birthday Giveaway by Mamapipie  Birthday mamapipie ni sebenarnya dah lepas lama dah.. dia tua 2 hari je dari aku sebenarnya.. aku je tak buat-buat birthday giveaway ni.. sempena birthday aku hari tu aku cuma bagi tawaran promosi harga untuk gctea je.. masih ada ya promosi tu untuk sesiapa yang berminat..  dan untuk birthday giveaway by mamapipie ni dia suruh ikut semua syarat yang ada kat bawah ni.. aku dah siap tandakan dah semua syarat tu bermakna aku dah penuhi.. dan untuk topik yang paling best dan yang paling aku suka dalam blog sahabat aku ni ialah cerita pasal kanser yang diceritakan dalam blog ni lama dulu dah.. tapi siapa sangka rupanya entri tu akhirnya jadi pan...

Semangat Blogger Shuhaida Kabdy yang kukagumi

assalamualaikum semua,  semalam patut tulis pasal seorang lagi blogger tapi tak terkejar-kejar di hari Sabtu dengan line internet yang macam apa di musim tenkujuh ni.. tapi syukurlah Malaysia masih aman.. hahaha.. ok kali ni aku nak kongsikan pasal blogger Shuhaida Kabdy.. aku baru je kenal blogger yang aku panggil Kak Sue ni tau.. baru tak baru la jugak sebab sebelum ni dah kenal dari sebuah kelab yang sama-sama kami masuk..  Semangat Blogger Shuhaida Kabdy yang kukagumi lepas tu kami jadi semakin rapat pulak bila selalu berbual dalam whatsapp.. walaupun sebenarnya kami belum pernah sekalipun berjumpa tau.. belum ada rezeki lagi nak jumpa dengan kak Sue.. padahal teringin sangat nak rasa laksa kak sue yang katanya sedap.. lawan pulak dengan air kelapa laut yang abg Man jual tu.. Allah.. aku ni kalau pasal membayang makanan memang kalah iman di dada tau.. napelah selalu dikelilingi kawan-kawan yang menguji dengan gambar makanan?  huhu..  dan kak Sue ...

Azlinda Alin dari kacamata Ceritaita

Assalamualaikum semua, lama dah tak menulis pasal kawan-kawan kat blog ni.. tapi tetiba nak jugak sahut cabaran menulis tentang semua blogger yang aku kenal.. bukan semua la tapi yang aku mampu tulis.. hari ni aku nak tulis pasal rakan blogger Azlinda Azman.. siapa dia Azlinda Azman yang aku kenal.. tak layak rasa sebenarnya untuk aku menulis pasal blogger yang makin meningkat naik ni..  Azlinda Alin dari kacamata Ceritaita ok aku sebut Linda je la ye.. sebab aku panggil dia dengan nama Linda je.. pertama kali aku jumpa linda ni sewaktu aku mengikuti sambutan hari keluarga sebuah kelab yang sama-sama kami masuk satu masa dulu.. masa tu cuma tau linda dari blog dia je www.azlindaalin.com tapi tak pernah terfikir akan berpeluang bertentangan mata.. tapi itulah rezeki agaknya nak jumpa orang hebat yang selama ni aku baca je blognya.. dan pandangan pertama aku pada waktu tu, Linda seorang yang sangat kuat semangat dan tetap pendirian dia.. aku kagum bila dengar dia ber...

Hadiah Disney Tangled set dari Giveaway!

Assalamualaikum semua, sebenarnya ini cerita minggu lepas tapi bila hadiah sampai aku takde kat pejabat sebab hadiri konvensyen minggu lepas.. giveaway ni dah berlalu dalam bulan 6 aritu.. dihandle oleh blogger Nadia Johari .. Disney Rapunzel Tangled set masa giveaway ni aku hantar 2 penyertaan.. tapi tak pernah terfikir la akan ada peluang nak menang.. niat masa tu kalau menang nanti,  hadiah boleh bagi kat anak-anak la.. ye la kalau nak belikan sendiri mana la termampu.. set permainan Disney tu wei.. mahal tu..  sekali bila nad umumkan jadi pemenang kat facebook dia minggu lepas tu terus rasa teruja la aku.. jadi tak sabar nak terima kiriman hadiah tu.. tapi dijadikan cerita aku kena sambung kursus ke Ipoh pulak baru ni.. langsung la tak dapat nak tengok hadiah tu lagi..  dan semalam bila masuk je pejabat terus tengok ada bungkusan.. hahaha..  memang dah sampai tau.. teruja betul aku!  terima kasih nad.. semoga murah rezeki nad untuk bua...

BlogIt! aplikasi terbaik buat blogger!

assalamualaikum semua, entri ni boleh katakan aku tujukan buat rakan-rakan blogger la.. tapi memana kawan yang bukan blogger boleh je kalau nak baca.. untuk info dan pengetahuan.. apa salahnya kan? tajuk dia sebenarnya patut begini, "Blogit aplikasi terbaik buat Blogger!" eh...  tukar kejap la.. haha aplikasi BlogIt! sejak dari awal aku cuba berblog dengan gunakan telefon bimbit atau handphone ni aku memang dah cuba download macam-macam aplikasi yang sangat sesuai digunakan dalam hp dan sangat bagus untuk upload entri bergambar.. dan akhirnya aku jumpa semuanya dalam Blogit! yeay! entri boleh disimpan dan diedit di Chrome aku terpikat dengan BlogIt! ni pada awalnya sebab senang sangat nak guna.. pastu korang boleh je masukkan gambar bape banyak yang korang nak dalam satu-satu entri.. dan ada pelbagai pilihan tambahan macam masukkan link atau nak ubah bentuk tulisan samaada tebal, senget atau bergaris..  nampak tak draf tadi elok ada kat chrome ...

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia assalamualaikum semua, teringin lama dah nak join giveaway oleh blogger dan SGShop Malaysia ni.. ada beberapa blogger dah buat tapi asyik la terlepas peluang.. dan kali ni tak kira.. nak join jugak.. hahaha.. semoga ada la rezeki blog Cerita Ita ni kan.. amin.. meh kita tengok apa je syarat-syarat dia..  1. Suruh buat entri.. ok tengah tulis.. 2. Letak Banner dan link.. ok done sesiapa nak join sila klik banner ok.. 3. Kena daftar ke SGShop.. macam susah guna komputer ni.. last-last guna hp baru boleh.. ntah kenapa.. Username SGShop [ shazie8279  4. Wajib follow blog Solehah Shamsuddin.. done jugak! ID Blog [ Rozita Cerita Ita 5. Wajib follow facebook bellapinkylixious .. done jugak! ID Facebook [ Rozita Abdul Rahman 6. Wajib follow instagram.. done jugak ID Instagram [ @Ceritaita 7. Copy link ke entri asal.. done jugak! terima kasih ye penganjur.. semoga ad...

Cara Mudah Cari Link Blog dalam Whatsapp

Cara Mudah Cari Link Blog dalam Whatsapp assalamualaikum semua, dah tengah malam dah pun.. tadi aku janji dengan Lynda nak kongsikan cara mudah cari link blog dalam whatsapp.. dan aku janji nak ceritakan malam.. tapi masih aci kan lynda walau dah tengah malam ni.. masih dipanggil malam kan? ke macamana.. hehehe..  sumber gambar -Google korang yang mana belum tau tu.. meh follow rapat-rapat dan belajar ok.. aku nak mula kelas dah ni.. bestnya.. dulu penah la jugak berangan nak jadi cikgu tapi tak lepas kpli sampai 3 kali interview tau.. nak mintak guru sandaran pulak asyik la kroni je yang dipanggil.. huhuhu.. bertabah je la.. ok jom sambung pasal cari link blog dalam WhatsApp group ni.. kalau masa aku join kumpulan blogger yang aktif tepek-tepek link kat group WhatsApp ni.. aku rasa sangat la menganggu kalau ada yang merapu pulak lepas tu sampai hilang link kawan yang dah bagi tu sampai tak daya aku nak scroll pulak.. sudahnya kadang terus tak tertengok dan terj...

Uyul Rosli 1st Giveaway

assalamualaikum semua, hari ni aku berangan nak siapkan 2 entri untuk giveaway kawan-kawan ni.. bagus ada kawan-kawan yang rajin ni, aku cuma mampu nak join je la buat masa ni tanda support. Uyul Rosli 1st Giveaway tak kisah sangat pun dapat menang hadiah ke tidak pun tapi yang penting support kawan-kawan ye tak? lagi pulak kalau giveaway yang senang sangat macam yang uyul buat ni..  bagi yang tak tau.. uyul buat 1st giveaway tau dan yang paling penting dia tak suruh tulis apa-apa pun sebenarnya tapi aku je yang rasa pelik noo kalau tak tulis apa-apa sikit pun.. nanti korang pun tak tau nak kelas apa entrinya kan?  nak kata wordless wednesday tak jugak sebab hari ni hari ahad kan? hahaha..  ok untuk yang nak join jugak giveaway uyul ni boleh join dengan klik banner kat atas tu ye.. ada hadiah menarik jugak tu menanti.. ada hadiah bisness card dengan top up tu.. sapa nak bagi kan? ok gi la join mana tau ada rezeki korang nanti.. sebab pemenang d...

Tempah Business Card percuma dengan PIXAJOY !

assalamualaikum semua, baru-baru ni kan aku berpeluang pergi ke acara makan-makan yang disertai oleh kumpulan media dan blogger.. dan biasanya kalau ada acara macam ni mesti melibatkan ornag yang baru pertama kali kita jumpa kan.. yang mana perlu untuk kita hulurkan business card atau kad perniagaan untuk memperkenalkan diri kita kepada orang yang baru kita kenal.. ini la fungsi kad perniagaan ni.. dan nasib aku agak baik sebab aku baru je tempah kad perniagaan percuma dengan Pixajoy sebelum tu ! jadi dengan senang hati la aku hulur je kad tu kan ? hehehe..  Kad perniagaan percuma @ free business card  sebenarnya sebelum ni aku ada menempah kad untuk blog Cerita Ita ni tapi hasilnya tak berapa memuaskan hati sangat.. kad dicetak atas kertas yang alahai.. sedih menengoknya.. bukan la kata tak cantik sebab design tu aku yang pilih sendiri dan setkan sendiri apa nak letak.. cuma kertas yang digunakan tu la.. jenis matte finish .. yang mana aku tak berapa ber...