Cerita Ita: cerita ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cerita ita

Entri blog hilang sebab racun?

assalamualaikum semua, pertamanya maaf kalau ada pembaca setia blog Cerita Ita yang menunggu cerita dari blog sejak minggu lepas.. ecece.. ada ke? hahaha... perasan sediri je la kan.. kalau ada pembaca setia ye alhamdulillah.. (sila baca ikut nada nenek dalam Upin dan Ipin ok ;) ).. kalau takde pun masih syukur sebab Allah masih bagi blog ni bernyawa... apa pun terima kasih pasal bagi sokongan ye... entri hilang sebab racun ? mesti korang terkejut apa kaitan entri blog Cerita Ita menghilang sejak minggu lepas kan.. dan paling peliknya apa pulak kaitannya dengan racun? ada kisah sedih di sebalik kisah racun ni...dan ini yang aku nak kongsikan.. bukan aku yang makan racun... atau sesiapa pun racun aku sampai buat entri blog aku hilang.. bukan.. semua bukan.. yang sebenarnya.. minggu lepas kami terima berita seorang jiran yang terminum racun dengan sengaja.. jiran yang merupakan seorang warga emas.. yang kami kenal sejak dari kecik sebagai orang yang sangat penyabar.....

Selamat Hari Raya Aidil Adha

assalamualaikum semua, khas buat semua pembaca Blog Cerita Ita yang setia, yang datang sekali sekala dan jugak yang baru  kenal... Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha walau dimana sahaja anda berada... semoga di hari raya ini memberi erti Korban yang sebenarnya dalam hidup kita semua insyaAllah... dan semoga apa yang kita doakan ditunaikan oleh Allah S.W.T. ihsan ~google doa aku supaya kalian baik-baik sahaja walau apapun dugaan yang menimpa...

Penentuan Arah Kiblat terakhir bagi tahun 2016

assalamualaikum semua, salam jumaat buat semua.... sekejap je dah abis seminggu kan? dah jumpa Jumaat semula dah... rasanya baru je sibuk-sibuk nak beraya aritu... lepas tu baru je sambut raya ke 3, jumaat lepas.... tetiba dah jumaat balik... cepat betul masa berlalu... dan hari ni merupakan salah satu Jumaat istimewa juga kiranya... nak tau sebab apa? meh baca lagi.... semalam bila tinjau facebook ternampak Falak Online update gambar dekat facebook dia... terus lelaju klik dan simpan... pasal penentuan arah kiblat terakhir untuk tahun 2016 ni... yang pertama adalah pada bulan Mei tahun ni jugak.... sebenarnya katanya memang dah ditetapkan pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun tapi disebabkan tahun ni tahun lompat maka ianya dicepatkan sehari dari biasa... dan penentuan untuk tahun ni adalah pada 15 Julai 2016 iaitu hari ini... dan masanya adalah pada pukul 5.28 petang... ihsan dari Facebook Falak online ada cara tertentu digunakan untuk menentukan arah kiblat ni ...

Pageview Cecah Sejuta!

assalamualaikum semua, sebenarnya entri kali ni nak mintak tolong dengan korang je... nampak tak pageview blog yang kat belah atas sebelah kanan blog Cerita Ita ni? macam gambar kat bawah ni la kiranya... nampak yang kat area kota merah tu ? haaa... itu pageview sebenarnya aku nak sangat mintak jasa baik korang sesiapa yang sudi atau yang rajin atau yang memang baik hati dan suka menolong supaya dapat la kiranya korang tolong buat printscreen bila nombor pageview tu mencecah SATU JUTA ? boleh tak ye ? aku sangat berharap korang bolehlah menolong... dan tolonglah sharekan entri ni supaya kawan-kawan korang boleh jugak tolong aku ni... walaupun blog aku ni pada hakikitnya cuma blog picisan tapi aku berharap sangat moment terindah pageview mencecah satu juta ni dapat diabadikan dalam kenangan berblog yang terindah... wah dia punya ayat macam buat puisi... ada hadiah ke nanti? huhuhu... yang itu aku belum dapat janji lagi ye... nak bagi tu selalu berhajat tapi sudahnya terkub...

Hadiah Hari Ibu 2016

assalamualaikum semua, kan aku ada buat ucapan sempena hari ibu aritu kan ? dan semalam hari yang best... dapat hadiah pulak... hadiah hari ibu dari anak yang paling manja tak lain tak bukan abg long la... nak tau apa hadiahnya yang istimewa sangat tu? haaa ini la dia... hadiah hari ibu dari abg long 'sekeping' baju untuk ummi dia... tapi agak pelik pulak bila dia tulis S kat baju tu... aku punyalah fikir apa kaitan huruf S tu... aku memula fikir SUPERMAK tau... terus la terkeluar tagline... Dia di dapur... Dia memasak... Dia la Supermak... eh..hehehe.. lepas tu ada pulak member aku komen kat fb aku katanya mungkin S tu merujuk pada saiz baju... so ko rasa? menyirap tak? hahaha... ini perli suruh kurus ke apa ni?... jika ye... ok aku memang ada azam untuk kurus... eh ye la... malam ni aku cuma mkn kue tiaw goreng je tau... apa tak gigih lagi ke tu? tapi sebenarnya nak bagitau ini bukan pertama kali abg long bagi hadiah macam ni tau..tahun lepas pu...

Selamat Hari Wanita Sedunia!

assalamualaikum semua, tak sempat nak buat apa-apa entri minggu ni... cuma singgah nak ucapkan selamat hari wanita sedunia buat semua pembaca blog Cerita Ita... p/s tadi dan dapat makan kek sambutan besday... alhamdulillah...

Ingin letak iklan dengan bayaran murah dalam Cerita Ita?

assalamualaikum semua, alhamdulillah dah hari rabu... ok dah baca tajuk? untuk sesiapa yang berminat boleh buat urusan melalui email ke rozitaabdrahman@yahoo.com ok... insyaAllah bayaran yang dikenakan sangat murah dan berpatutan... semoga peluang ini dapat dimanfaatkan dan membantu sesiapa jua terutama rakan-rakan yang nak mempromosikan produk mereka... Syarat pengiklanan 1. Iklan yang berunsur lucah amatlah dilarang. 2. Penukaran banner dibenarkan hanya 2 bulan sekali. syarat-syarat tambahan mungkin akan menyusul.. jadi apa tunggu lagi... meh email sekarang.... rozitaabdrahman@yahoo.com

WOW! Cerita Ita Dalam Blog Terkenal..

assalamualaikum semua, walau sebenarnya belum ada masa free nak tulis blog tapi disebabkan blog Cerita Ita muncul di dalam entry blog ternama dan terkenal maka aku gagahkan juga menulis...walaupun sebenarnya sudah terlambat... sebelum ni ada blogger Hasrul Hassan request gambar dan ucapan untuk dipaparkan di salah satu entrynya.. aku pun sibuk ambik kesempatan dan letak gambar raya kami sekeluarga... hasilnya HH tunaikan janji dan dan keluar dalam entry Blogger Malaysia Ucap Selamat Hari Raya Part 2 ... huhuhu... terima kasih ye HH..jasamu dikenang... ada yang tak kenal lagi blogger Hasrul Hassan atau HH ni? beliau sebenarnya idola bagi ramai blogger...terkenal dengan masa yang agak singkat tapi memang terkenal kerana usaha gigih beliau yang memang rajin menulis serta berkongsi tips berblog dan cara buat duit dengan blog... tahniah HH! siapa nak kenal lanjut sila singgah blog beliau ye... jom sambung kerja! p/s rindunya la dengan gaji..... ehem.... ;)

Baucer Diskaun 15% Pembelian Tudung Khas Kepada Semua Pembaca Cerita Ita

assalamualaikum semua, lamanya tak jengah sini... dah lebih seminggu tak ada update dari Cerita Ita... bulan ni dan bulan depan merupakan bulan yang agak sibuk keluar kawasan sebenarnya... ini semua kerana semua orang berebut nak cari tarikh sesuai untuk kursus dan apa-apa aktiviti supaya tak bertembung dengan bulan puasa.. haaa... sebut  pasal bulan puasa..kiranya tak lama lagi nak raya dah kan? korang dah beli tudung untuk raya nanti? kebanyakan orang sibuk dah membeli baju raya atau menempah baju raya dah sekarang ni... dan buat yang tengah cari tudung untuk raya pulak pun dah sama sibuk... aku ada satu baucer best nak kongsikan buat semua pembaca blog Cerita Ita... ada baucer diskaun 15 % dengan setiap pembelian kat satu butik tudung online ni...  nak tau apa butiknya.... meh kita tengok dulu koleksi yang butik ni tawarkan...   tudung2u.com.my  bagi yang minat bershawl-shawl… banyak pilihannya…antaranya… Shawl  ...

Perasan tak?

assalamualaikum semua, korang sihat di hari Jumaat yang penuh barokah ni...? ni ...nak tanya korang sikit... perasan tak yang header aku tu dah bertukar? hahaha.... macam ceria sikit kan warnanya? terbukak sikit mata yang mengantuk tu kan? tapi terfikir la... macam tak comel pulak beso gedabak macam tu.... ada cadangan tak nak kecikkan sikit ek? apa pun terima kasih pada yang sudi beri pendapat hari tu ok... sangat-sangat dihargai.... header baru cerita ita p/s entry ni autopublish... payah beno nak naip entry kalau kat kampung... kalau ok aku update lagi ok...

Mana lebih elok?

assalamualaikum semua, banyak betul kontroversi sekarang ni tau... lagi lagi melibatkan artis.... sibuk dengan cerita filem Gangster 2 kena ciplak ... sedap noo ke cite tu sampai kena ciplak? aku ni Gangster 1 pun tak tengok...jadi memang blur bila orang cakap ada yang ciplak filem kedua anak Datuk Yusof Haslam ni... dengarkan je la... dengan tetiba ada pulak artis yang dituduh tunjuk anu dia kat bini orang .... adoiiii... korang ni betul takde keja kan? sakit jiwa tau... nak membesarkan anak-anak dalam keadaan pancaroba camni... dengan tetiba pulak KRU keluar filem baru apa nama dia tu? Vikingdom? huh... blur aku... terus blur... pulak tu tetiba je wujud Vikingdom menyebabkan kontroversi agama .... wah.. lagi terkejut kau... takpe la aku tengok tv je la kat rumah ye.... jadi bagi mengelakkan adanya kontroversi yang berlanjutan di Cerita Ita ni... maka aku nak mintak pendapat korang la dulu... sebelum kontroversi melanda karang kan?.... walaupun aku bukan artis... hehehe......

stress???

assalamualaikum semua, Stress?  minggu ni mungkin tak akan ada update dari Cerita Ita... tengok mood la macamana... minggu ni kena jadi DIO bertugas... ada Surveillance Audit ISO lagi 6 hingga 7hb ni.... wah.... meh kita tengok apa tanda-tanda stress? anda mengalaminya jugak?  dan apa yang boleh kita buat bila stress? cara mengatasi stress   p/s apa pun..... apa terjadi.... teruskan senyum...... :)

Sini Semua... Cerita Ita nak bagi hadiah la!

Salam sejahtera semua, gambar pinjam ;) dalam masa beberapa hari lagi ni aku akan buat kejutan buat korang pembaca dan blogger semua.... aku nak bagi hadiah ni wei..... tapi hadiah kecil-kecilan je pun... tapi ada contest kecil-kecilan jugak la untuk korang join.... tapi pasal hadiah dan cara pertandingan kita simpan dulu ye.... dah aku kata kejutan kan tadi..... jadi teruskan melekat-lekit kat blog ni untuk maklumat lanjut.....atau...like page Cerita ita kat sebelah kiri (eh ke kanan? konpius....) atas tu ye.... p/s sesiapa yang ada rasa nak bagi cadangan contest macamana dia suka dan hadiah boleh komen di bawah ye....juga kalau sesiapa sudi nak sponsor hadiah dialu-alukan....