salam semua, nak kongsikan sesuatu hari ni... disebabkan aku baru mengalami pengalaman anak kena chicken pox yang agak serius... aku rasa terpanggil nak kongsikan dengan kawan-kawan beberapa perkara...antaranya apa yang patut dibuat bila kena chicken pox ... beberapa panduan tradisional yang boleh diguna pakai semasa demam ini diselit bersama.. demam ni disebabkan oleh pembawaan virus. kalau tak salah aku dalam melayu kita panggil jugak demam campak atau cacar air... chicken pox ni biasanya akan tunjuk simptom seperti demam campak biasa iaitu demam panas pada peringkat awal dan bintik-bintik merah kecil seluruh badan dalam masa 2-3 hari dan akan menimbulkan ketidakselesaan pada pesakit.. kalau secara tradisinya digalakkan meminum air kelapa muda bagi mempercepatkan proses. kesan chicken pox di belakang badan selepas itu bintik-bintik merah ni akan bertukar atau bercantum dengan satu sama lain menjadi bulatan-bulatan kecil dan membentuk kesan seperti terbakar ...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.