Cerita Ita: hilang                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hilang

Kenapa aku hilang?

Assalamualaikum semua,  lama sangat rasanya aku tak coretkan kisah hidup dalam blog ni.. sejujurnya aku mula rindu saat berblog yang cuma berkisar pasal hidup sehari-hari bersama keluarga tercinta.. rindu zaman mengetahui kisah kawan-kawan yang pernah seperjuangan sama ada di sekolah.. di universiti dan di tempat kerja lama yang satu masa dulu pernah jadi persinggahan.. rindu jugak membaca blog rakan-rakan yang minat menulis yang sentiasa membekalkan kata-kata semangat untuk insan lain..  Kenapa aku hilang? ~gambar ihsan google~ dulunya ramai yang menulis untuk berkongsi kisah.. terutama di zaman internetnya belum begitu maju.. masa tu boleh kira dengan jari siapa aje yang ada telefon pintar.. belum lagi disebut facebook pada waktu tu.. blog bagaikan media penghubung yang digemari semua.. tapi lama ke lamaan bila wujudnya media lain yang makin canggih.. blog semakin maju fungsinya.. bukan saja media penghubung tapi juga menjana pendapatan yang berlipat kali gand...

Kasut sekolah punya pasal

assalamualaikum semua, pagi ni sejuk je rasa sebab hujan di kawasan rumah kami ni.. walaupun tak lebat tapi cukup untuk menyejukkan bumi dan hati-hati kami.. alhamdulillah.. semalam hampir nak hangin jugak satu badan pasal gara-gara kasut sekolah.. ni kasut baru dia yang beli semalam mesti korang pun pelik kan.. apasal la isu kasut sekolah pun nak marah.. hihihi.. anggap je la yang ini adalah entri luahan rasa gitu.. ceritanya macam ni, macam selalu abg long akan gi ke transit bila balik dari sekolah dan terus bersiap untuk makan dan ke sekolah kafa pulak petangnya.. gitulah rutin dia setiap hari.. dan kami pulak macam biasa akan ke transit pada sebelah petang untuk ambik abg long, beg serta barang-barang abg long dan abg ngah di transit.. termasuklah kasut sekolah abg long.. tapi nak dijadikan cerita, boleh pulak semalam masa nak ambik kasut abg long boleh takde kat atas rak tu.. panik la sekejap shah masa tu.. lepas tu dia masuk kereta cakap kasut abg long dah ta...

Entri blog hilang sebab racun?

assalamualaikum semua, pertamanya maaf kalau ada pembaca setia blog Cerita Ita yang menunggu cerita dari blog sejak minggu lepas.. ecece.. ada ke? hahaha... perasan sediri je la kan.. kalau ada pembaca setia ye alhamdulillah.. (sila baca ikut nada nenek dalam Upin dan Ipin ok ;) ).. kalau takde pun masih syukur sebab Allah masih bagi blog ni bernyawa... apa pun terima kasih pasal bagi sokongan ye... entri hilang sebab racun ? mesti korang terkejut apa kaitan entri blog Cerita Ita menghilang sejak minggu lepas kan.. dan paling peliknya apa pulak kaitannya dengan racun? ada kisah sedih di sebalik kisah racun ni...dan ini yang aku nak kongsikan.. bukan aku yang makan racun... atau sesiapa pun racun aku sampai buat entri blog aku hilang.. bukan.. semua bukan.. yang sebenarnya.. minggu lepas kami terima berita seorang jiran yang terminum racun dengan sengaja.. jiran yang merupakan seorang warga emas.. yang kami kenal sejak dari kecik sebagai orang yang sangat penyabar.....