Cerita Ita: HTAA                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HTAA

Kemalangan abg long di sekolah berulang lagi!

Kemalangan abg long di sekolah berulang lagi! assalamualaikum semua, benda ni berlaku semalam.. ramai pun yang bertanya di facebook lepas aku naikkan status dapat panggilan telefon mengenai abg long di sekolah.. panggilan mengejutkan mengenai kemalangan abg long di sekolah.. masa aku dapat panggilan tu aku tak fikir benda lain lagi dah.. terbayang macamana keadaan abg long waktu tu je..  kaki abg long yang berbalut maaf kalau aku tak sempat nak jawab apa-apa komen pun.. panik sekejap semalam tu.. ntah kenapa.. rasanya sebab baru je kat timeline aku lalu cerita pasal kemalangan yang menimpa abg long tahun lepas.. genap setahun wei.. elok je setahun berlalu dan sekarang ni berulang lagi.. Allah.. kapau dulu aku tak panik tapi sekarang ni serius aku panik.. terutama bila dapat call dan cikgu cakap,  "Anak tuan/puan luka kena zink kat sekolah ni"..  korang rasa apa kalau jadi ibubapa? maunya tak panik kan? kami berkejaran balik semalam.. kebetulan pu...

Shah kena bedah hari ni!

assalamualaikum semua,  hari ni aku bersiaran dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, menemani teman serumah sejak hampir 11 tahun yang lalu untuk jalankan pembedahan kecil yang dijadualkan hari ni. pembedahan di Day Care, Tingkat 3, HTAA mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku ada kat sini pagi ni kan? (eh2 perasan artis..haha..). bagi yang tertanya-tanya tu kalau ada ni aku nak cerita sikit apa yang berlaku sebenarnya.  sebenarnya sejak beberapa bulan lepas shah dah mula datang untuk beberapa temujanji dengan doktor berkenaan sakit belakang dia satu masa dulu. yang sakit belakang tu dah satu cerita tapi ntah macamana pulak tetiba muncul satu dua biji ketulan timbul kat belah belakang shah.  bagi shah pulak memula dia ingat cuma biji angin dan takde benda yang serius yang perlu diberi perhatian sangat la. jadinya dia cuma diamkan dan buat tak tau saja. tapi bila doktor buat pemeriksaan doktor terus bagi rujukan untuk buat ujian lanju...

Kenapa dipanggil kakitangan?

assalamualaikum semua, tadi pagi ada cerita menarik sewaktu kami berada di hospital untuk rutin setiap pagi selama 3 hari ni... sebenarnya selama 3 hari ni semua anak-anak ikut aku ke pejabat... asalnya semalam je transit tutup tapi hari ni dah bukak balik dah.. cuma diorang yang taknak pergi ke transit dah... alasannya takde kawan... ceh... memang alasan betul sebab kat tempat kerja ummi pun bukannya ada kawan... tapi ntah apa yang seronok ntah agaknya... Kenapa Kakitangan? dan pagi ni semasa rutin melalui Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, abg long ternampak tulisan di bahagian tepi kawasan meletak kereta yang ada di hospital tu... kawasan tu tertulis "Tempat Letak Kereta Kakitangan Sahaja".. abg long cuma baca dengan jelas bahagian "Kakitangan" tu saja... abg long : "Ummi, kenapa dia tulis kakitangan?, apa kakitangan tu?" aku : "Kakitangan tu pegawai dia la" abg long : "pegawai tu apa?" alamak.... bi...

Nak jadik Ultraman Tiga!...erkkk...

assalamualaikum semua, tadi pagi sempat hantar abg long ke hospital HTAA sekejap untu temujanji dia...sebenarnya temujanji dia bulan 8 tapi disebabkan masalah teknikal dan mak bapak pelupa nasiblah kena anjak tarikh lain... alhamdulillah...perkembangan abg long makin ok.. kencing dan bersih seperti biasa dan tiada masalah lain... syukur Ya Allah... dan doktor bagi tarikh lagi 6 bulan untuk ujian dan temujanji susulan..semoga yang itu pun ok jugak sebab kalau ok doktor kata boleh discharge terus...mengharap... dan ada cerita best waktu jumpa doktor tadi... nak dijadikan cerita disebabkan sekolah cuti hari ni disebabkan jerebu maka aku pun ajak je la dua adik dia lagi...abg ngah dan kakak husna ikut sekali...ok je la diorang tadi... abg ngah siap malu-malu bila kakak ajak main gelunsur..siap keluar ayat dia...takkan saya nak main lagi kan ummi... hehehe...dia rasa dah besar sangat dah kot... tapi tak sampai 5 minit pun...sudahnya dia join sama dan terlebih over pul...

kami dah boleh keluar..

assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni genap 6 hari kami di hospital ni...dan sekarang ni syukur dah boleh keluar..leganya rasa.. dah selamat tanggal semua yang melekat kat badan adik..dan dah siap ujian telinga bagai..barang pun dah siap kemas ni.. tinggal tunggu panggil nama untuk settle bil je..harapnya boleh dapat cepat.. baju kat bawah ni dah sedia untuk tuan dia pakai..lama benor duduk hospital..baju pun ada yang tak sempat rasmi lagi ni.. p/s petang ni kalau takde aral kami terus balik ke johor dan duduk sana sampai abis cuti sekolah..dan adik akan ada susulan pada 23/9/2014 selasa akan datang..

Masih di sini..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari ke 5 adik kena masuk hospital semula.. adik kena jaundice dan demam pada hari ahad aritu..jadi adik dah kena puasa dan disebabkan takde katil kosong hari ahad maka aku kena balik malam tu dan tinggalkan adik di wad kanak-kanak SCN.. dan malam tu aku mula tak boleh nak tido..walaupun tau adik memang tak boleh menyusu tapi hati seorang ibu..tentu terasa bila anak yang dikandung 9 bulan takde di sisi.. dan esoknya hari isnin aku dah awal-awal datang ke wad untuk booking katil dan tengok perkembangan adik..alhamdulillah dapat katil jam 6 petang tu akhirnya setelah menunggu hampir satu hari.. adik datang dengan masalah demam 38°C dan jaundice setinggi 409 mmol/L..cukup tinggi dan menakutkan bila tengok badan adik yang kuning sampai ke peha.. tapi alhamdulillah bacaan makin kurang pada malamnya jadi 350 mmol/L dan terus berkurang menjadi 335 mmol/L pada pagi esoknya ..dan terus berkurang pada pagi selasa kepada 282 mmol/L dan semalam pa...

Wordless Wednesday # 67

assalamualaikum semua, Surat arahan kemasukan wad p/s doakan kami selamat ye...

Antara bersalin normal dan pembedahan...

assalamualaikum semua, ada tugasan lebih berat menanti aku esok...doakan ye...yang aku nak ceritakan adalah peristiwa yang berlaku minggu lepas...baru je... Antara bersalin normal dan pembedahan Gestational Diabetes Mellitus (GDM) disebabkan keputusan OGTT aku sangkut pada bacaan 5.8 yang melebihi normal iaitu 5.6 maka aku dikategorikan sebagai ibu mengandung yang menghidap diabetes atau lebih dikenali sebagai  gestational diabetes mellitus (GDM). maka disebabkan itu jugak aku kena menjalani ujian BSP untuk tau kadar glukos dalam darah sebanyak 4 kali ujian sehari... dan aku dapat arahan untuk buat ujian tu hari Isnin lepas 26 Ogos 2014.. 27 Ogos ujian dijalankan... dan alhamdulillah.. keempat-empat ujian tak melebihi tahap yang dibenarkan iaitu 5.6.. tapi aku tetap dirujuk kepada doktor untuk sesi kaunseling lanjut pada 27 Ogos 2014.. yang mana doktor menjalankan ujian scan wajib pada umur kandungan 37 minggu... sesuatu yang tak terjangka terjadi pada hari tu...dokt...

Sakit jiwa kan orang ni?

assalamualaikum semua, kelmarin ada janji nak post satu cerita pasal gambar WW #40 kan... terpaksa memungkiri janji ok... semalam tak boleh pulak sebab ada kursus grooming di HTAA...seronok.. nanti kita cerita panjang lagi ye... tapi nak cerita satu perkara menarik kelmarin ni... masa nak balik aku sempat sekodeng blogger.... pastu terpandang satu komen.... kat entry sini la Lirik Lagu Rozita dari Kumpulan Lantana alahai kesian kan orang ni..... sakit jiwa kot...ke takde orang buat lagu atas nama dia... hihihi.... sabo je la kan.... nak publish ke tak komen macam ni ye? p/s semalam dapat order lagi untuk produk baru Koleksi Cik Ta...alhamdulillah rezeki...nak tau apa produk baru tu... kejap aku update kat sana ye...

Terima kasih semua

salam semua, apa khabar semua? korang sihat? aku, alhamdulillah masih sihat... aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi doakan mak mertua aku ye..aku doakan juga semoga semua yang mendoakan sejahtera sentiasa hidupnya...amin.. alhamdulillah hari ni mak dah boleh keluar wad dah hari ni.... lega aku dengar berita ni tadi... rawatan susulan kena sambung kat rumah pulak.... p/s sampai sekarang ni aku agak musykil... rawatan kat hospital ni memang kena tunggu waris tanya ke apa masalah? kalau tak tanya doktor tak boleh bagitau ke? dah tu camana nak tanya kalau setiap kali doktor check waris kena keluar?