Cerita Ita: bonus kakitangan awam                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bonus kakitangan awam

Penambahbaikan dalam sistem GCR kepada kakitangan kerajaan

assalamualaikum semua, minggu lepas ada aku terbaca pasal surat pekeliling perkhidmatan baru untuk kakitangan kerajaan.. ada beberapa sebenarnya nanti aku kongsikan la.. tapi aku lebih tertarik pada 2 perkara la tentunya.. iaitu pasal penambahbaikan dalam sistem GCR kepada kakitangan kerajaan atau nama penuhnya gantian cuti rehat.. Penambahbaikan dalam sistem GCR kepada kakitangan kerajaan pada awalnya keluar pekeliling ni aku antara yang agak keliru.. mulanya ingat kerajaan menghapuskan keistemewaan gantian cuti rehat yang telah ada sejak sekian lama buat penjawat awam ni.. rupanya lain pulak ceritanya.. ianya ada lebih kepada penambahbaikkan dalam sistem yang sedia ada sekarang ni.. kalau ikut sistem gantian cuti rehat yang sebelum ini.. penjawat awam cuma akan dibayar sehingga ke 150 hari yang layak dituntut untuk gantian cuti rehat.. jika ada terlebih pengumpulan cuti yang melebihi 150 hari tu maka ianya tidak akan dibayar dan tidak akan dikira.. atau dengan kata ...

Bonus Setengah Bulan bagi Kakitangan Awam

salam sejahtera semua, alhamdulillah, malam tadi ada terdengar pengumuman baik untuk semua yang bekerja dengan kerajaan... tanpa diduga kerajaan mengeluarkan belanja dianggar mencecah RM2.2 billion untuk memberi bonus 2012 pada semua kakitangan awam di seluruh negara... dengarnya semua mendapat setengah bulan gaji dan RM500 bagi yang kakitangan yang sudah berpencen... terima kasih la pada CUEPACS sebab mengutarakan cadangan ni pada PM sebelum ni... difahamkan bonus akan dibayar pada 9 Ogos 2012 ... semoga ianya dapat meringankan beban semua kakitangan awam serta dapat memanfaatkan sumbangan bonus ni untuk keperluan masing-masing... p/s ke buat tambah modal bawak keluar kereta baru sebelum raya? hehehe.... sumber : CUEPACS

eh..ada la bonus...alhamdulillah...

salam semua, aku buat entry sebelum ni sebelum aku balik tadi... dah tu dalam perjalanan balik tadi sebab lama dalam jem dan sempat dengar radio baru la dengar PM umumkan bonus untuk penjawat awam.. tambahan lagi setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500.. alhamdulillah rezeki... (faiz, ko jangan marah lak aku buat entry ni)... sekurang2nya lega sikit kami hujung tahun ni... maklumlah gaji aku dah kena potong gaji separuh untuk bayar rumah kami duduk ni... dah sempit sikit hidung rasa nak bernafas... dengar2 pulak yuran taska anak cam nak naik lagi.. belum lagi tambah yang dalam perut ni dak keluar... memang la orang kata setiap anak ada rezeki kan... aku tak pernah sangkal ayat tu.. mak aku pun pesan.. bukan anak je.. setiap orang ada rezeki masing2 yang ditentukan Tuhan... insyallah.. cuma cepat atau lambat je... dan dengan adanya penambahan gaji lagi tu.. itu lagi satu rezeki... semoga rezeki2 ni tak disekat pulak dengan kenaikan harga barang atau minyak sebelum gaji n...

Cerita belanjawan/ bajet 2012 penuh di sini? bonus confirm takde kan?

salam semua, aku baru je buka blog PM kita ni... nampaknya cam takde je bonus untuk kakitangan awam lagi kan? setakat ini, ni je la pasal kakitangan awam yang tertulis kat situ... SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy Menambah baik struktur gaji penjawat awam- kenaikan antara 7 hingga 13 peratus - kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Menambahbaik skim perkhidmatan mengikut sistem time-base - Guru gred 48 – SSM (tahun ke-20 tahun); SBPA (tahun ke-16) Melanjutkan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun Bantuan yuran pengajian – ijazah sarjana muda (20,000 tempat), ijazah sarjana (5,000 tempat) & PHD (500 tempat) Program Army Care – menaiktaraf & menyelenggara kuarters tentera PESARA KERAJAAN & BEKAS PEGAWAI KONTRAK Pesara Kerajaan - menikmati pelarasan pencen - Melaksanakan kenaikan tahunan sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu se...