Cerita Ita: tak sihat                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tak sihat

Dugaan Besar Buat Kami Part 3

assalamualaikum semua, bila nak menaip entry aku tulis assalamualaikum semua tu terus terngiang lagu assalamualaikum dunia..hehe.. nampak tak di situ? pengaruh benda lagha... huhu... ok kita sambung kisah abg long.... selepas balik dari klinik abg long nampak sihat macam biasa..jadi kami buat keputusan abg long akan bersekolah semula pada hari isnin 2/2/2015...tapi apakan daya memang ditakdirkan kita ni manusia hanya mampu merancang dan kuasa Yang Maha Esa mengatasi segalanya... abg long mula mengadu sakit telinga pada hari ahad malam isnin 1/2/2015..katanya rasa macam ada benda mengigit dalam telinganya... aku mula terfikir ada kutu ke yang masuk atau serangga lain sebab sebelum tu kami bawak anak-anak balik ke rumah mertua sekejap..disebabkan tu aku titiskan minyak zaitun dalam telinga abg long untuk redakan sakit tu... dan alhamdulillah malam tu dia boleh tidur dan tak mengadu sakit lagi... tapi pada pagi isnin 2/2/2015 tu abg long bangun dengan menangis masa nak bersiap k...

Dugaan Berat Buat Kami Part 2

assalamualaikum semua, dah jam 4 pagi ni...ada yang masih belum tidur? aku terkecuali ok..dah tidur dan bangun semula untuk tunaikan semua kewajipan.. kali ni kita sambung cerita mengenai dugaan yang menimpa keluarga kami..harap maklum ye..aku bercerita bukan untuk menagih simpati..bukan juga untuk mengeluh tentang nasib kami...cukup untuk menulis kenangan buat kami supaya kami sentiasa beringat yang perjalanan hidup ini tak selalunya indah dari mula sampai ke hujungnya..tidak juga terlalu pahit sehingga kita tidak sanggup untuk mengenangnya kembali..namun yang pasti apa yang berlaku insyaAllah dapat mengeratkan kasih sayang kami..bukan saja kasih sayang antara kami..malahan dengan keluarga terdekat..kawan-kawan..dan yang paling utama..Allah.. ok iklan dah sudah..jom sambung cerita.. ;) abg long mula demam semula pada hari sabtu 24/1..pada hari tu badan abg long tiba-tiba je panas mendadak pada waktu pagi..dan mula kebah bila kami bagi ubat paracetamol.. hari ahad d...

Dugaan Besar Buat Kami

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis...terima kasih pada pembaca yang masih sudi singgah walaupun tuan rumah dah hanyut entah ke mana.. 2015 memberi kami banyak kenangan dan pengertian tentang hidup...memang banyak..sangat-sangat banyak.. tak tau nak mulakan dari mana... dari awal tahun rutin kami sekeluarga bermula seperti biasa..abg long dah mula persekolahan dengan menaiki tahun 2.. tahun ni sedikit berbeza buat abg long..dia berpindah ke transit baru yang diharap dapat beri perkhidmatan lebih baik dari yang sebelumnya.. abg ngah dan kakak husna juga dah berpindah ke sekolah baru..PASTI ILMI..dan seterusnya berkongsi transit yang sama dengan abg long..hanya adik hadi yang masih setia diletakkan dalam jagaan pengasuh lama abg ngah dan kakak yang buat setakat ni beri khidmat yang sangat bagus..alhamdulillah.. dugaan kami bermula dari hujung tahun 2014.. cuaca yang tiba-tiba menjadi terlalu sejuk di Kuantan ni..alhamdulillah merasa la musim sejuk cuma tak bersalji saja.. a...

husna pulak tak sihat...

assalamualaikum semua, sejak kami ambik husna balik taska semalam dia dah mula tak sihat.. badan dia dedor.. hidung meleleh je dengan hingus.. siap pakej batuk lagi... jadinya malam tadi kami bawak dia ke klinik lepas hantar abg long mengaji.. kami rujuk sekali badan dia yang selalu gatal-gatal dan abg ngah yang juga batuk-batuk... tapi masa kami bawak dia ke klinik semalam dia tak demam... hari ni bangun je pagi badan dia panas balik... aku basahkan kain lampin dan sapu kat kepala dan badan dia.. masih tak kebah sangat... lepas dia minum susu..shah bagi dia ubat.. jadi pagi tadi ke sekolah macam dah segar sikit.. tak lama aku kat opis, cikgu taska whatsapps kata badan husna panas sikit dan dia mula nangis je..muntah-muntah bila bagi makan... sebab aku risau maka aku mintak shah yang kebetulan off hari ni jaga dia.. alhamdulillah aku call tengahari tadi dia dah ok dan tengah tidur lena... yang jadi masalahnya pulak si abg ngah... pagi tadi dia ok je gi sekolah kat sebelah...

tak sihat..

assalamualaikum semua, dah seminggu tak sihat.. selsema... tapi tak teruk sangat.. tapi hari isnin baru ni pegi check up kat klinik desa... bila check berat naik mendadak... bulan lepas cuma 66.5kg... bulan ni jadi 69.5kg... pelik jugak mana datang 3 kg tu dalam sebulan... sedangkan selera makan takde la bagus sangat cuma tak muntah je la... tapi kalau ikutkan nak abiskan nasi separuh pun payah... malam pulak selalu tak makan...jadi susah hati pulak memikirkan... dan lepas tu mulalah jadi rutin baru pulak... pegi check berat 2 kali seminggu... aduhai.. ini yang tak daya... rasanya mungkin berat kat bayi kat dalam perut ni kot... shah pun cakap perut aku kali ni macam lagi besar je dari ngandung yang dulu-dulu... (ke sebab lemak tepu sebelum-sebelum ni tak abis bakar?  ;-P)... tapi memang rasa lebih lelah dari dulu.. nak berdiri sebelah kaki pun dah tak larat kalau tak support dengan tangan lagi sebelah... mungkin jugak sebab faktor umur yang makin meningkat agaknya... ...