Cerita Ita: terluka                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel terluka

Tragedi Abg long Luka Kepala di Sekolah !

assalamualaikum semua, semalam aku ada siarkan gambar abg long dengan luka di kepala yang siap berjahit... ramai yang tertanya-tanya apa yang sudah berlaku sebenarnya... dan aku tak daya nak menjawab satu-satu pertanyaan memandangkan data internet yang ada pun dah agak semput... dan aku rasa dengan menjawab soalan melalui entri ini rasanya lebih memadai.. sebenarnya kejadian menimpa abg long pada hari Selasa 17 Mei 2016 yang lalu memang agak mengejutkan semua orang terutama kami sebagai ibu bapa abg long sendiri... meh aku tepek gambar anak yang betul menguji hati hari selasa baru ni dulu... abg long dengan sengih lebar... sebenarnya cerita dia macam ni... hari Selasa dalam jam 11 lebih pagi lepas aku balik dari acara Lelongan Awam, cikgu sekolah abg long telefon... elok je nada suara cikgu memaklumkan...  Dialog bersama guru: Cikgu : Assalamualaikum puan, puan ni ummi kepada Ahmad Haziq Hakimi ke? Aku : ye saya... Cikgu : Puan, saya cikgu___ , cikgu bertugas minggu ni ...

Salahkan aku wahai suami...

assalamualaikum, Salahkah aku wahai suami.. hanya kerana merajuk masa bersamamu nan seketika dicuri dengan percuma? Salahkah aku wahai suami... hanya kerana hatiku terluka? Salahkah aku wahai suami.. seorang isteri yang hanya mendambakan haknya? Salahkah aku wahai suami.. seorang isteri yang hanya memendam rasa? Salahkah aku wahai suami.. jika kerjayaku sering menyebabkan kuterpaksa meninggalkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu pada anak-anak kita? Salahkah aku wahai suami... kerana mencintaimu seadanya? Salahkah aku wahai suami... kerana mempercayaimu sepenuhnya? Salahkah aku wahai suami... mengabdikan diri pada keluargaku yang tercinta? Salahkah aku wahai suami... menyekat pergaulanmu dengan insan-insan yang hanya akan melalaikanmu saja? Salahkah aku wahai suami... kerana mengingatkan pada tanggungjawab yang hampir kau lupa? Kurenung di penghujung malam...Dan akhirnya ku sedar..sesungguhnya memang aku bersalah selama ini wahai suami..kerana melebihkan cinta d...