Cerita Ita: 2017                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2017

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Ketiga

assalamualaikum semua, mari kita sambung kisah EDP Korea untuk hari yang ketiga.. kalau ikutkan keseluruhan program EDP ni adalah selama 15 hari termasuk hari pergi dan balik.. dan hari ketiga yang aku maksudkan ialah merupakan hari kedua kami di Korea setelah hari pertama kami sampai tu kami selamat melawat Pulau Nami yang indah .. dan hari ketiga ni merupakan hari pertama program bermula secara rasminya di National Human Resource Institute (NHI) di Korea ni..  Hari Pertama kursus EDP bermula walaupun kalau ikutkan program ni dah lama berlalu.. dah masuk 2 bulan dah pun tapi aku masih terkenang-kenang.. ye la bukan selalu pun dapat rezeki ke negara orang.. dapat ditaja pulak tu.. syukur yang teramat sampai ke hari ni dan perasaan masih tak percaya pun masih ada.. NHI Korea meh kita cerita serba sedikit pasal NHI ni, apa dia NHI ni sebenarnya dan apa yang diorang buat kat sini? haa.. sebenarnya NHI ni asalnya diberi nama COTI iaitu Central Official Train...

Berkelana ke Kuala Lumpur mencari ilmu

Assalamualaikum semua, hari ni aku dah selamat pun meredah kesesakkan umat manusia yang sama nak berebut balik ke Kuala Lumpur setelah abis cuti panjang.. alhamdulillah kami tak terperangkap lama dalam kesesakkan tu tadi.. berkelana mencari ilmu tadi kami siap daftarkan diri untuk hadiri satu konvensyen antarabangsa di KLCC.. alhamdulillah dipermudahkan urusan dari perjalanan sampailah ke urusan pendaftaran tadi.. syukur.. syukur sangat sebab diberi peluang hadiri konvensyen macam ni.. harapnya banyak ilmu yang kami akan kutip nanti.. tadi sempatlah hadiri majlis pembukaan yang lebih kepada majlis suaikenal sesama delegasi dari pelbagai negara.. tapi pada aku sendiri agak segan nak berinteraksi dengan diorang.. maklumlah ini kali pertama aku dapat peluang hadiri majlis sebegini.. banyak masa kami tadi kami luangkan untuk baca poster yang dipamerkan dan berjalan dari satu booth ke satu booth untuk tau apa saja maklumat yang perlu.. alhamdulillah banyak jugak ilmu ba...

Salam Aidiladha 1438H buat semua!

assalamualaikum semua, hari ni umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan kedua terbesar bagi umat Islam di seluruh dunia.. iaitu Hari Raya Aidiladha atau raya korban.. alhamdulillah kami masih berpeluang menyambutnya pada tahun ni.. Selamat Hari Raya Aidiladha 1438H tahun ni giliran kami menyambutnya dengan ahli keluarga di Johor.. dan kami dah sampai di Johor pada awal pagi Khamis 31 Ogos 2017 semalam.. alhamdulillah perjalanan dipermudahkan walau banyak kali jugak berhenti rehat dan lelapkan mata.. bahaya kalau mata mengantuk kan? jadinya lebih baik la berhenti rehat dulu.. hari ni kami dalam perjalanan nak ke jemputan kenduri rumah besan mak abah ni.. sambil la bawak anak-anak beraya walau hakikatnya hari raya haji biasanya kami banyak masa duduk kat rumah je.. sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca Cerita Ita.. semoga apa jua pengorbanan yang dilakukan akan memberi sedikit ...

Pengalaman best bercuti di ERYA by SURIA Hot Spring Bentong!

Pengalaman best bercuti di ERYA by SURIA Hot Spring Bentong! Assalamualaikum semua, baru-baru ni kami sekeluarga berpeluang luangkan masa bersama untuk bercuti.. seronok la terutama bila kau dah tinggalkan keluarga untuk masa yang agak lama untuk urusan kerja.. jadinya tak salah kalau bagi sedikit penghargaan buat mereka yang tersayang dengan bercuti bersama kan? Kali ni tempat pilihan kami sekeluarga ialah ERYAbySURIA Hot Spring Bentong ! Bergambar kenangan di lobi ERYAbySURIA Hot Spring Bentong mesti korang pelik kenapalah ERYAbySURIA Hot Spring di Bentong ni yang menjadi pilihan kamu kan? Antaranya ialah mereka ada kolam renang yang best! dan paling best lagi kawasan yang jauh dari kesibukan kota metropolitan.. sangat aman damai tau.. sepanjang perjalanan boleh hayati permandangan yang hijau saujana mata memandang dan jugak air terjun yang cantik! Tapi jangan terkejut sebenarnya jarak resort dan hotel ni cuma 69km je dari Kuala Lumpur.. air terjun yang cantik ...