Cerita Ita: cikgu                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cikgu

Sakit hati tengok cerita Silenced dalam Saranghae TV9

assalamualaikum semua, aku baru je abis tengok cerita Korea dalam slot Saranghae bertajuk Silenced.. masa tengok rasa geram, lepas tengok lagi rasa geram.. korang tengok jugak tak ? gambar sumber google - Silenced ok la aku bagi sinopsis cerita dia sikit ye.. cerita Silenced atau 'The Crucible' ni berkisar tentang Cikgu In Ho yang baru je berpindah mengajar di sebuah sekolah di Bandar Mujin (bandar yang diselubungi kabus).. sekolah ni adalah sekolah yang dibangunkan khas untuk anak-anak yang ada masalah pendengaran sejak 50 tahun yang lalu.. bila dipindahkan tu In Ho macam perasan ada sesuatu yang pelik pada budak-budak yang diajarnya.. yang lebih pelik bila tengok ada bekas luka dan lebam pada badan budak-budak ni.. budak-budak ni pun jenis tak mesra dengan orang.. dan akhirnya dia menemukan sesuatu yang sangat tak masuk akal iaitu penderaan seksual pada anak-anak ni.. yang dilakukan oleh beberapa individu yang terdiri dari pengetua, ketua pentadbiran, ...

Kemalangan kecil menimpa..

assalamualaikum semua, dari minggu lepas aku dah jadualkan semua perjalanan aku untuk minggu ni.. terutama untuk menghadiri kursus Aset Tak Alih di ibupejabat Putrajaya.. tapi apakan daya.. benarlah manusia hanya mampu merancang.. Allah jua la sebaik-baik perlaksana.. satu kemalangan kecil menimpa abg ngah tengahari semalam.. muka sedih je.. aku tampal handyplast tu supaya dia diam.. panik sekejap aku semalam.. sebenarnya sebelum tu anak-anak sibuk bermain.. aku pun ada sekali.. permainan kreatif sebenarnya.. sekali sekala luangkan masa dengan anak-anak.. nanti la aku ceritakan apa permainannya.. lepas tu aku pun dah pesan dengan anak-anak.. dah azan zohor ni.. berhenti bermain dulu la.. syaitan memang suka sangat orang yang bergurau senda waktu-waktu gini..  selepas aku berpesan gitu.. aku ke dapur.. kononnya nak siapkan makanan tengahari la.. sebabnya pagi semalam aku dah siapkan sarapan jemput-jemput nasi.. biasanya kalau sarap jemput-jemput ni anak-anak aka...

Majlis Sambutan Hari lahir Kakak yang simple

assalamualaikum semua, hari ni kerja berlambak tapi tetap jugak nak tepek gambar sekitar majlis simple untuk kakak kat taska dia.. kalau ikutkan kesibukan ummi dia memang tak buat apa-apa la untuk hari lahir kakak...ditambah pulak dengan ketiadaan abang dia lagi dua orang tu.. ooo... aku lupa nak cerita.. abg long dan abg ngah dah kami tinggal kat kampung sejak kami balik bulan lepas... sibuk sangat masing-masing nak tinggal tapi... nanti aku cerita lagi ok.. kali ni entry khas untuk kakak husna... macam biasa kakak dah siap mandi dan pakai baju comel-comel nak ke sekolah.. tapi untuk hari jumaat lepas istimewa sikit sebab ada kek mengiringi... meh kita layan gambar... memula tu la tuan punya badan yang diraikan kan? malu-malu nak potong.. hahaha... comel kan? lepas tu gambar dengan adik hadi.. adik tetiba jadi entiti seram.. haha.. gambar dengan kawan-kawan... mata tetap fokus kat kek.. alahai sukanya orang nyanyikan lagu... dan last sekali gam...

kisah cikgu dan baju sukan abg long..

assalamualaikum semua, dah lama tak menulis di blog... mood memang ke laut waktu ni... berperang dengan emosi hormon... semoga semuanya sihat belaka hendaknya... cuaca di Kuantan ni tiba-tiba bertukar dari sejuk mencengkam tulang...(sampai ada khabar angin yang tersebar katanya ada sajli di pahang...aku jawab balik..memang ada tapi di taman tema genting highland ;) ) tiba-tiba cuaca jadi panas dan kering... hari-hari sibuk minum air banyak-banyak untuk elak kekeringan... anak-anak pun dah mula tunjuk tanda batuk dan selsema... tajuk kat atas tu bukan baru je berlaku sebenarnya.... tapi kisah lama yang masih tak dapat nak ditulis dalam blog ni.... baru-baru ni di kumpulan whatsapps kawan-kawan lama di sekolah dulu ada bangkitkan permasalahan guru dan ibu bapa... teringat kes bapa yang buat laporan polis sebab anak trauma nak ke sekolah... ramai dari kita yang menyalahkan bapa tu terlalu memanjakan anak... walaupun sebenarnya kita tak tau apa sebenarnya yang berlaku sehingga m...

tahniah cikgu....luka lama berdarah kembali...

salam semua, pepagi ni ada lak sesi luahan rasa kan.... tadi aku terbaca kat blog ben pasal GSTT dah boleh jadi guru tetap... alhamdulillah murah rezeki korang kan.....aku saje la nak kongsikan pengalaman aku dulu2... masa tu aku belum lagi jadi isteri orang.... masih anak dara u... aku gi interview mintak jadi cikgu..... dah la susah sebab kena gi peksa segala tu semua.... aku berjaya jugak lalui semua ketiga3 steps interview sampai oral yang last sekali.... tapi 2 kali aku mencuba kecewa jugak bila dah dapat jawapan temuduga.... dan yang kali ketiga pada tahun 2006 kalau aku tak silap... kali ni aku terserempak dengan sorang kawan sekolah aku dulu.... dia berjaya sebab ada pengalaman mengajar sebagai cikgu sandaran... sekali dengan aku juga ada 2 orang calon lelaki yang datang dan diconfirmkan akan dapat jawatan tu sebab calon lelaki tak ramai.....aduh... lagi sekali pilih kasih.... pada masa tu...aku kena masuk dulu.... yang menemuduga aku tu macam tak sungguh pun nak l...